Pada Mac 2009 dulu heboh tentang Zizie Izzette di ajak tidur oleh lelaki kaya. Selepas itu berita dilamar oleh ahli politik Sabah, ibunya tidak memebrikan komen. Sekarang terdedah kahwin dengan Bung Moktar. Betul atau tidak. Dunia aktis penuh dengan simpang siur. Di bawah ini petikan kisah lama. - Nabila
DIKURNIAKAN seraut wajah jelita, kulit yang putih gebu dan susuk badan yang menggiurkan, namun ia tidak sesekali menjadi batu loncatan kepada aktres, Zizie Ezette untuk mendampingi lelaki kaya.
Tidak dinafikan, ada sesetengah artis baik golongan wanita mahupun lelaki yang sanggup ‘menjaja’ diri untuk menikmati kemewahan dalam masa singkat, tanpa mengenali erti dosa.
Zizie sebelum ini, tidak terkecuali pernah menerima ‘lamaran’ daripada golongan korporat yang bergelora jiwa ingin mengadakan hubungan intim dengannya.
“Terus-terang, ramai yang hendak mendekati saya sebelum ini, sebaliknya saya memang tidak berminat mengejar lelaki kaya semata-mata mahu hidup mewah.
“Saya pernah menerima panggilan daripada seseorang yang kaya sambil bertanya terus tentang harga untuk bermalam dengan saya.
“Dua atau tiga kali jugalah dia menanyakan soalan yang sama dalam menggunakan perkataan yang tidak saya fahami.
“Pada mulanya saya memang kurang jelas dengan ayat yang dimaksudkan oleh lelaki ini, namun akhirnya saya mula sedar bahawa ia merujuk mahu meniduri saya.
“Memang saya agak terkejut, malah terdiam seketika apabila dihubungi lelaki ini,” katanya ketika ditemui di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, minggu lalu.
Sambung aktres berusia 31 tahun itu, meskipun tergamam pada awalnya, namun dia segera mendapat kekuatan untuk menjawab semula kata-kata lelaki tersebut.
“Saya terus meminta maaf kepadanya sambil memberitahu bahawa saya bukanlah jenis wanita macam itu yang kemaruk dengan duit.
“Bukannya saya hendak cakap Zizie Ezette ini seorang wanita yang baik sangat. Ya, saya juga bersosial bersama teman lain serta mempunyai kehidupan tersendiri.
“Paling penting, saya masih tahu membezakan batasan-batasan tertentu dan sedar dengan perkara baik dan buruk.
“Saya tidak mahu jadi hipokrit, tetapi apabila tiba perihal macam ini dan berkaitan skandal dengan golongan korporat, memanglah bukan diri sebenar saya,” akui Zizie jujur.
Meskipun secara dasarnya Zizie berpakaian seksi dan sering memegang watak wanita yang kurang ‘elok’ dalam mana-mana drama yang dibintanginya, namun jangan cepat membuat andaian melulu tanpa usul periksa.
“Jangan cepat salah sangka tentang diri saya. Peminat harus mengenali saya terlebih dahulu sebelum bercakap itu dan ini.
“Saya bukannya manusia yang mengejar wang dan saya juga bukan jenis wanita yang menelefon lelaki untuk meminta duit bagi menampung seluruh kehidupan saya.
“Biarlah saya tidak memiliki apa-apa dan hanya ada sumber pendapatan menerusi bidang lakonan, tetapi saya tidak meminta-minta duit daripada orang lain.
“Semua benda yang saya miliki, kereta atau apa sahaja yang saya pakai, semua menggunakan duit hasil titik peluh saya.
“Alhamdulillah, saya sudah cukup bahagia dengan kehidupan yang ada sekarang,” tutur Zizie atau nama sebenarnya Zizie Ezette A. Samad sambil tersenyum manis.
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan