Menunjukkan rakyat sudah tidak 'tertahan' bencinya atas campur tangan ini. - Nabila
KUALA LUMPUR: Siasatan Suruhunjaya Komunikasi dan Multimedia terhadap komen dalam laman web yang menghina Sultan Perak mendapati ia dimuatkan oleh orang awam sebaik baginda memperkenankan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar pada 6 Febuari lalu, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan suruhanjaya itu, Mazlan Osman, berkata siasatan itu termasuk komen yang dimautkan dalam dua laman web rasmi kerajaan negeri iaitu laman web Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan laman web Buku Tetamu Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak.
Siasatan itu dijalankan berhubung penyalahgunaan kemudahan internet mengikut Seksyen 223(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kata Mazlan, yang merupakan saksi ke-16 pendakwaan dalam kes perbicaraan Karpal Singh yang didakwa membuat kenyataan hasutan terhadap Sultan Perak.
Pengerusi DAP itu didakwa membuat kenyataan itu pada sidang akhbar di pejabatnya di Tetuan Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama di sini antara 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari pada 6 Februari lalu.
Mazlan, 44, semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi turut membacakan beberapa komen menghina Sultan Perak untuk rekod mahkamah dan berkata beberapa penulis komen-komen itu telahpun dihadapkan ke mahkamah.
Menjawab satu soal, saksi itu berkata sebelum 6 Febuari, jabatan itu tidak menerima sebarang aduan seperti itu dan banyak komen menghina Sultan Perak dimuatkan dalam kedua-dua laman web rasmi kerajaan Perak itu antara 9 Febuari dan 12 Febuari.
Sebelum itu, Cif Insp Ishak Arshad, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, memberitahu mahkamah bahawa siasatannya terhadap sembilan orang yang ditahan kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di hadapan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, mendapati mereka mahu mendapatkan sokongan bagi membatalkan pelantikan Zamry sebagai Menteri Besar.
Beliau berkata 3,000 hingga 4,000 orang pula telah berkumpul berhampiran Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada hari kejadian walaupun polis tidak mengeluarkan sebarang permit untuk tujuan itu.
Ishak berkata bahawa dalam "Ops Bubar" pada hari itu, polis bukan sahaja bertugas untuk memastikan keselamatan tetamu yang akan hadir ke majlis mengangkat sumpah Zambry sebagai Menteri Besar yang baru, tetapi juga untuk menjaga keselamatan orang ramai yang hadir di perkarangan istana.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhajaya Kehakiman Azman Abdulah disambung 16 Mac tahun depan. - Bernama
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan