13 ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA termasuk Naib Presidennya serah surat letak jawatan

Khamis, 17 Disember 2009

Makin celaaru, makin nak pecah satu sudut daripada kapal BN... Karang juga akhirnya. - Nabila

RAJA SYAHRIR ABU BAKAR

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Seramai 13 ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA termasuk Naib Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Wong Foon Meng di bangunan Parlimen di sini.

Ia bagi memberi laluan kepada pemilihan semula MCA iaitu langkah yang diyakini berupaya memulihkan krisis dalaman parti itu yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, peletakan jawatan 13 ahli CC MCA tersebut hari ini hanya berkuat kuasa selepas lapan lagi ahli jawatankuasa itu meletakkan jawatan.

Ini kerana, jika sekurang-kurangnya lapan lagi ahli CC mengambil langkah sama menjadikan semuanya 21 orang atau dua per tiga meletakkan jawatan, pemilihan semula parti perlu diadakan dalam tempoh 30 hari.

Tiong Lai yang juga Menteri Kesihatan seterusnya menyeru ahli CC lain supaya melakukan perkara sama dalam usaha pemulihan parti tersebut.

Pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, beliau berkata, para pemimpin parti itu tidak boleh berdolak-dalik untuk memulihkan kesepakatan dalam parti.

"Kita juga faham MCA sudah kesuntukan masa, tiada masa berdolak-dalik sehingga menyebabkan krisis MCA berpanjangan.

"Ini (peletakan jawatan) tanggungjawab ahli-ahli CC MCA, kita dipilih oleh perwakilan dan mereka perlu buat pemilihan semula," tegasnya.

Hadir sama, Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong; Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun; dan ahli veteran CC parti, Datuk Wong Mook Leong.

Dalam pada itu, Mook Leong memberitahu, sejak 32 tahun menjadi ahli CC dan salah seorang yang terlibat dalam penggubalan perlembagaan MCA, ini kali pertama beliau meletakkan jawatan.

Justeru, katanya, ahli CC lain perlu melakukan perkara sama untuk memberi peluang kepada perwakilan parti melakukan pemilihan semula.

"Mereka (perwakilan MCA) yang melantik kita, jadi mengapa kita perlu takut untuk berhadapan semula dengan mereka," jelasnya.

Mereka yang turut menyerahkan surat peletakan jawatan hari ini ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung; Datuk Yu Chok Tow dan Datuk Hoh Khai Mun.

Turut berbuat demikian, Datuk Dr. Yeow Chai Thiam, Datuk Alex Wong, Datuk Liew Yuen Keong, Datuk Edward Khoo, Tan Kok Hong, Lee Wei Kiat dan Wong Nai Chee.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat baru-baru mempersoalkan tindakan kumpulan Tiong Lai yang bersungguh-sungguh mendesak agar diadakan pemilihan baru parti sedangkan cadangan itu pernah ditolak oleh mereka apabila disuarakan oleh beliau sebelum ini.

Beliau turut mempertikaikan kenapa tiada seorang pun ahli CC meletak jawatan termasuk Tiong Lai dan 12 ahli CC lain yang mendakwa sudah menandatangani surat peletakan jawatan pada 28 November lalu.

Menurutnya, isu tandatangan surat letak jawatan itu cerita lapuk kerana dari dahulu lagi mereka bercakap mahu tandatangan surat tetapi belum berbuat demikian.

Beliau menyifatkan tindakan mereka itu sebagai 'memainkan irama yang sama'.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan