MCA tidak habis-habis dengan masalah. MIC senyap sunyi. UMNO dengan 3 PM. PR & PAS jangan terikut sama dalam hal ini. - Nabila
Naib presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan penyokongnya yang menganggotai jawatankuasa pusat (CC), akan menyerahkan surat peletakan jawatan mereka kepada setiausaha agung MCA pagi ini bagi membolehkan pemilihan baru parti itu diadakan.
Difahamkan Liow mendapat sokongan 12 anggota CC yang akan meletakkan jawatan secara beramai-ramai bagi mengenakan tekanan ke atas anggota yang lain supaya turut berbuat demikian.
Beliau memerlukan sembilan lagi anggota CC untuk meletak jawatan sebelum pemilihan baru parti itu dapat diadakan.
Perlembagaan MCA menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 21 anggota CC diperlukan meletak jawatan sebelum pemilihan dapat diadakan. Jawatankuasa MCA mempunyai 31 anggota.
Surat peletakan jawatan Liow dan kumpulan penyokongnya akan diserahkan kepada setiausaha agung, Datuk Wong Fong Meng pagi ini.
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan