Oleh Rozaini Mohd Rosli
Apabila rakyat meminta hak mereka, pemimpin berkata,”Tunggu dulu...kita perlu tengok agar tidak membuat kesilapan...perlu selidiki mekanisme dan pentafsiran peraturan dan undang-undang mengenainya...tak boleh terburu-buru.”
Bila rakyat yang tidak ada rumah dan tanah memohon keduanya, pemimpin berkata,” Kita perlu selidik undang-undang...kita tak boleh buat sesuatu dengan terburu-buru...banyak pentafsiran oleh peguam-peguam yang berbeza...”
Kebiasaannya, rakyat akan mengadu kepada insan-insan yang mendekati mereka.
Keperluan rakyat terlalu banyak. Tetapi jentera kerajaan juga sudah semakin bertambah, khususnya bagi Pakatan Rakyat yang telah memerintah lima buah negeri di Semenanjung Malaysia.
Rakyat meletakkan kemenangan pada kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat agar menyegerakan usaha untuk meringankan bebanan dan memenuhi keperluan asas rakyat dalam hal perumahan, tanah, pendidikan anak-anak, dan kesihatan.
Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim, telah mengetengahkan usaha merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor untuk memberi sebahagian keselesaan kepada rakyat.
Tentunya fokus terhadap mencapai kecemerlangan dalam memberi khidmat kepada rakyat menjadi antara agenda utama kerjaan Negeri Selangor. Ia menuntut suatu gandingan yang cemerlang antara agensi dan jentera kerajaan negeri dalam memenuhi dasar negara dan pengoperasian Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.
Pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri Selangor sewajarnya menjadi pengangkat utama agenda Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor (KPRNS). Rakyat tidak akan bertolak ansur dalam soal tersebut.
Suatu ukuran baru mengenai prestasi pegawai dan kakitangan kerajaan Negeri Selangor perlu diwujudkan. Kesemua gerak kerja dan pengoperasian dasar kerajaan negeri adalah bertumpu kepada menjadikan keduanya rakyat-oriented. Budaya sedemikian sungguh asing bagi pegawai dan kakitangan yang sudah biasa dengan didikan Umno-BN yang menjadikan program lebih ketua-oriented dan menghasilkan rakyat yang terasa dis-oriented dengan janji-janji pemimpin dan sifat oppotunis pegawai dan kakitangan kerajaan negeri.
Budaya sedemikian menyuburkan rasuah dan penyelewengan serta menimbulkan budaya mementingkan diri yang mendalam; ketiga-tiganya akan menyusahkan rakyat dan menghalang mereka dari mendapat apa yang patut untuk mereka terima.
Ukuran baru prestasi yang disebut sebelum ini perlu bagi memastikan bahawa pegawai dan kakitangan yang berada dalam tampuk perkhidmatan kepada rakyat melaksanakan amanah mereka tanpa diskriminasi dan dengan sikap yang profesional.
Lanjutan daripada itu, pegawai dan kakitangan yang tidak memenuhi kriteria tersebut wajarlah diganti dengan pegawai dan kakitangan yang lebih bersedia, rela dan meyakini dasar-dasar dan budaya kerja yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Rakyat tidak lagi sanggup untuk terus berada di bawah satu gaya dan budaya pentadbiran yang mirip kerajaan Umno-BN.
Beberapa orang penduduk di Selangor menyuarakan harapan bahawa kerajaan negeri Selangor yang baru ini tidak melengahkan usaha-usaha yang berkesan dalam memperbaiki sistem dan budaya kerja di kalangan jentera kerajaan negeri Selangor. Merayatkan ekonomi negeri Selangor memerlukan suatu jentera yang bukan sahaja arif mengenai pengagihan sumber ekonomi kerajaan negeri tetapi yang sensitif dan menghayati keperluan utama dalam arena pembangunan insan sebagai satu sektor yang akan menjamin daya saing rakyat negeri Selangor di peringkat antarabangsa dan global.
Pemacuan pembangunan insan rakyat Selangor akan menghasilkan satu kelompok rakyat yang tinggi ilmu pengetahuannya, senantiasa memelihara alam sekitar, menghindar rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, dan kelembapan dalam gerak kerja pentadbiran kerajaan negeri serta benar-benar boleh diharapkan untuk menjana kesejahteraan masa depan negara dan rakyat marhain.
Kerajaan yang berjaya di mata rakyat yang sudah celek politik ialah kerajaan yang bertindak serta-merta dan tidak jemu mendengar aduan rakyat (walau dari mana datangnya), menelitinya segera tanpa sebarang kelengahan, dan membuat keputusan-keputusan yang menjadi priority dalam jangkamasa yang sesingkat mungkin. Rakyat senantiasa diberi satu time frame yang jelas oleh kerajaan yang mentadbir dalam memberikan keputusan-keputusan yang menyentuh priority Rakyat.
Hubungan dua hala sedemikian adalah di antara ciri-ciri pentadbiran yang cemerlang. Kebiasaannya dalam era pentadbiran kerajaan negeri Umno-BN, priority mereka yang memerintah tidak sama dengan priority rakyat. Dengan sebab itulah berlaku kemiskinan rakyat yang berterusan, penjagaan kesihatan rakyat yang buruk, kos kehidupan rakyat yang tinggi, perumahan yang jengkel dan berbagai lagi kemelesetan yang dialamai oleh rakyat.

0 comments:
Catat Ulasan