Jamin tidak jadi seperti Bali, Thailand

Jumaat, 25 Disember 2009

Tak jadi macam Bali, tapi lebih teruk daripada itu, gadis bawah umur dah berapa orang dilaporkan "dirogol" (pasal bawah umur) ? - Nabila

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri menegaskan tidak akan menjadikan tempat pelancongan utama seperti pulau dan pantai di negeri ini tercemar dengan pelancong yang tidak beretika.

:Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za’abar Mohd Adib berkata, pihaknya akan memastikan tempat pelancongan di negeri ini tidak seperti di Bali dan Thailand.

Menurutnya, industri pelancongan negeri berkualiti tinggi akan terus dipelihara bagi memastikannya tidak wujud sebarang isu yang boleh menimbulkan rasa sensitif dalam kalangan masyarakat Islam.

“Kita tidak akan bertolak ansur dan kita tidak hendak pulau kita menjadi seperti pulau di Thailand. Itu pun saya tidak lihat (pelancong tidak beretika). Kita (juga) tidak bercadang mengubah pulau atau pantai (sebagaimana) di Bali,” katanya ketika menjawab soalan daripada Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Burok) pada hari ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-12, di Wisma Darul Iman, semalam.

Syed Azman ketika mengajukan perkara tersebut menjelaskan bahawa beliau dimaklumkan bahawa ada pelancong berbogel ketika bercuti di sebuah pulau di negeri ini.

Za’abar bagaimanapun menafikan wujudnya pelancong sedemikian sebagaimana didakwa pembangkang berdasarkan pe-ngalaman ketika bercuti di pulau di negeri ini.

“Dari segi maklumat yang ada, hampir semua kemudahan hotel dan chalet ada maklumat berhubung etika,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut memberitahu tidak pernah berhadapan dengan keadaan sedemikian ketika berada di tempat percutian terbabit.

Beliau turut mengumumkan kedatangan pelancong di kawasan tersebut ketika ini melebihi 45 peratus selain 70 peratus nelayan yang tinggal di kawasan berhampiran pelancongan itu terlibat secara langsung dalam industri tersebut.

Dalam perkembangan terkini, beliau berkata bahawa Kerajaan Negeri sedang memberi tumpuan menaik taraf kemudahan di pulau termasuk menyediakan air bersih, jeti dan laluan buggy.

Sementara itu, katanya, berlaku salah faham antara pe-nganjur dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sehingga menyebabkan bekalan elektrik yang dipotong semasa Fiesta Candat Sotong beberapa bulan lalu.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan