Bung Moktar Nafi Akan Berkahwin Dengan Zizie

Rabu, 16 Disember 2009

Nafi perkara biasa, UMNO nafi PAS nafi, Anwar nafi, Akil Hayy pun nafi. - Nabila

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin Rabu menafikan bahawa beliau akan berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air, Zizie Ezette.

"Saya tidak cukup kacak untuk beliau," kata wakil rakyat Barisan Nasional itu ketika dihubungi melalui telefon selepas wakil media gagal menjejakinya di Bangunan Parlimen di sini.

Desas-desus yang mengatakan Bung Moktar, 50, akan berkahwin dengan Zizie, 31, merebak dengan pantas di Parlimen sejak pelakon itu membuat pengakuan dilamar seorang Anggota Parlimen dari Sabah baru-baru ini.

Sebelum itu, Bung Moktar telah berjanji untuk datang ke bangunan Parlimen untuk berjumpa dengan beberapa wakil media yang ingin mendapatkan kepastian mengenai hubungan beliau dan Zizie.

Bagaimanapun, wakil media kemudiannya dimaklumkan melalui SMS bahawa beliau sibuk dan terpaksa menghadiri satu mesyuarat hari ini.

"Sorry, there is no kahwin kahwin kahwin, hahahaha," katanya dalam satu lagi SMS kepada media.

Ditanya sama ada beliau telah melamar Zizie menerusi SMS, Bung Moktar tidak membalasnya.

Selain media, ramai Anggota Parlimen turut tercari-cari Bung Moktar untuk mengesahkan perkara itu.

Rakan karib beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, ketika dihubungi, enggan memberi sebarang komen manakala Datuk Ismail Kassim (BN-Arau) pula berkata, perkara itu soal peribadi dan beliau tidak tahu mengenainya.

Bung Moktar telah berkahwin dan mempunyai empat anak.

-- BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan