Dr. Mahathir terima Anugerah Keamanan Global

Khamis, 17 Disember 2009

Tun Mahathir tidak nama dalam senarai 100 pemimpin Islam terbaik. Tidak ada juga dalam senarai 100 pemimpin dunia seperti Anwar. Dapat juga akhirnya... - Nabila


KUALA LUMPUR 16 Dis. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menerima Anugerah Keamanan Global daripada Yayasan Ramadhan iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari United Kingdom.

Anugerah berkenaan disampaikan bagi mengiktiraf sumbangan beliau kepada masyarakat Islam selain inisiatif memperjuangkan keamanan di peringkat global.

Ia disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Ramadhan, Muhammad Umar pada Majlis Makan Malam Anugerah Gala Konvensyen Antarabangsa Uniti Muslim di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Selain Dr. Mahathir, yayasan berkenaan turut memberikan anugerah kepada Yayasan Al-Bukhary untuk khidmat kepada ummah dan Allahyarham Ubaidulla Kadir Basha untuk khidmat beliau dalam bidang kemanusiaan dan pencapaian seumur hidup.

Dalam ucapannya, Dr. Mahathir menyeru supaya semua umat Islam mengetepikan perbezaan dan bersatu-padu demi keamanan sejagat.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan