Selawat Perdana Malam Cinta Allah & Rasul Trend Baru UMNO Mendekati Rakyat?

Sabtu, 22 Mac 2014


Datuk Seri Najib Tun Razak adalah perdana menteri UMNO yang satu-satunya telah di'bina' imej islamiknya walaupun dia ini bercakap Islam pun tak tahu. Kalau dulu Tun Abdullah Badawi yang memang diketahui mempunyai latar belakang Islam tetapi imej yang ditonjolkan tidak "berlebihan' islamiknya mengalahkan 'ulama pondok' seperti Najib.

Sangat berbeza dengan Tun Dr Mahathir yang nak cari dia pakai kupiah pun sangat susah sehingga saya difahamkan gambar dia berkupiah dalam buku karangan Ahmad Lutfi Othman "Mufti lawan Mahathir" telah dibeli dengan harga RM70 daripada wartawan. Itu pun ada yang kata gambar ini edit photoshop.



Sebenarnya trend "mengilamikkan" imej kepimpinan UMNO bermula di Kedah dalam projek menawan Kedah. Tak hairan jika kita lihat anak Mahathir yang anti kupiah ini telah bersama-sama menjayakan projek "mengulamakan" imej anak sendiri.



Kita ditonjolkan Mukhriz Mahathir dengan imej yang sangat warak sedangkan anak-anak Mahathir ini mengelumbang dengan syarikat judi dan arak. Perkara ini telah berjaya sehingga ada yang berbangga dengan Mukhriz yang prihatin terhadap agama Islam, malah boleh jadi iman solat!


Program Himpunan Selawat Perdana 1435H: Malam Cinta Allah dan Rasul yang disiarkan secara langsung di TV Alhijrah dan TV1 malam tadi satu lagi projek "Membina Imej Islamik" Najib terutama 2 hari sebelum PRK Kajang.

Kaedah baru ini didapati berjaya menarik minat masyarakat setelah beberapa program hiburan sudah semacam tidak releven dengan dengan golongan pertengahan yang educated dan islamik.

Program ini menampilkan ikon agama terkenal, Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf dan tausiyah pula bakal disampaikan Habib Ali Zaenal Abidin. Selain itu, ia juga turut disertai Imam Muda dan Pencetus Ummah.

Antara selebriti yang turut ke sana semalam, Adam AF, Ella, Neelofa, Zizan Razak, Mawi, Adira, Nora Danish, Erra Fazira, Shahir, Nabil Ahmad, Rita Rudaini, Fizz Fairuz, Jep Sepahtu, Tomok, Zahida Rafik, Irma Hasmie, Yatt Hamzah, pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie dan ramai lagi.



Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak perlu mengawar-warkan program ini kerana secara tidak langsung ikon-ikon terkenal akan membuat publisiti secara percuma. Malah badan NGO Islam akan turut membantu. Tak hairanlah Tabung Haji telah menaja 100,000 sejadah dan 50,000 air mineral di program Selawat Perdana malam tadi. Ini semua memudahkan kerja UMNO @ BN.

Semuanya berlaku secara sepontan dan kerajaan dilihat telah beralih untuk menjadi Islamik!!


Rakyat sebenarnya dahagakan program Islam.. Kalau pimpinan PAS tak cakna dalam hal ini, jangan hairan selepas ini pimpinan PAS 'berdogol' (tak berkupiah) atau bersongkok dan kot kononnya nak tunjukkan sikap mendekati masyarakat bukan Islam dan UMNO pula berjubah dan berserban. UMNO akan dilihat pembela Islam memainkan peranan PAS yang asal!

13 comments:

Tanpa Nama berkata...

Cetek ulasanmu.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang ceteknya tentang ulasan ni ? Hakikatnya, UMNO tidak pernah mesra dengan Islam. Lihat konsert-konsert maksiat yang dibenarkan oleh kerajaan UMNO-BN. Lihat kedai-kedai araknya, disko-diskonya, kedai-kedai nombor ekor, rancangan-rancangan berbentuk hiburan semata di RTM. Cuba kita kira berapa banyak program Malam Cinta Allah Dan Rasul dan sepertinya yang pernah dibuat oleh UMNO-BN ? Berapa banyak program maksiat pula yang dibuat oleh UMNO-BN ?

Bagi sesiapa yang percaya UMNO-BN mesra Islam, tunggu sahajalah lepas Kajang. Menang atau kalah, ia akan kembali menyogokkan hiburan & maksiat kepada masyarakat.

Sayang sungguh sayang, agama digunakan untuk tujuan duniawi.


Saya setuju dengan ulasan bahawa PAS juga harus berhati-hati. Jangan main politik dengan mengorbankan imejnya dan matlamatnya semata-mata ingin mengejar undi.

Tanpa Nama berkata...

Pandang secara hati terbuka dan jangan bersangka buruk sepanjang masa.

Program yang dilakukan spt di atas kalau akan membawa umat Muhammad di bumi Malaysia lebih dekat dengan ugama Allah ini, adakah perlu dipandang sinis.

Kalau perjuangan kamu adalah atas nama Islam dan bukan atas kehendak utk berkuasa, kamu patut bersyukur dan tak perlu gusar bila mana ratus ribu umat Muhamad menghadiri majlis mengdekatkan diri kpd Rasul yang tidak dianjurkan secara lansung oleh Pas.

Kalau majlis itu menjadi pencetus untuk majlis yang serupa dianjurkan atau membawa perubahan kepada cara berfikir pemimpin sekarang, patutkah kita menentang?

Kalau ada anak bekas pemimpin menunjukkan kecenderungan kps Islam, perlukan kita (yang mengaku memperjuangkan Islam) memperlekehkannya. Bukankan kita sepatutnya menambahkan doa munajat kita supaya ramai lagi menurut jejak langkah seperti mukhris. Ini tidak, kita ambil saudara kandungnya yg tidak ada kena mengena dengan beliau di dalam arena politik sebagai justifikasi oleh memperlekehkan beliau. Adilkah kita?

Soalan saya kps penulis; bolehkah kamu memberi jaminan adik beradik kamu atau anak cucu kamu akan mengikut 'jalan' dan 'cara' kamu yg semestinya kamu rasa jalan/cara yang betul? Percayalah itu semua kerja Allah.

Berbaik sangkalah sesama kita dan pohonlah kepada Allah semoga menolong umat Muhammad di bumi malaysia ini.

Jangan taksub untuk mendapat pengiktirafan manusia mana parti boleh dilabel sebagai pembela Islam. Kalau kamu dipilih Allah, itu adalah rezki kamu. Pengiktirafan sebenarnay adalah dari Allah jua.

Unknown berkata...

Terima kasih Tanpa Nama 1.06
Nabi sebut tentang kamu semua adalah pimpinan dan bertanggungjawab atas kepimpinan kamu. Maksudnya seorang pimimpin ada tanggungjawabnya dan seorang ayah ada tanggungjawabnya, Pasal itu pemimipin Islam boleh jadi wali mengatasi saudara sebelah bapa.

Saya rasa anda jelas apa yang saya tulis.

Kita tak boleh beri jaminan, tetapi kita ada uslud untuk menuju ke jalan yang baik. Sebab itu cerdik pandai Islam menyebut kebenaran tidak ditegak atas kebathilan,

Memang semua kerja Allah tetapi kita berusaha. Tapi kalau kita berdalih untuk tidak melaksanakan adakah kita nak salahkan Allah? Saya tanya kamu pula, bagaimana??

Parti (bahasa Melayu), ada sebutan lebih jelas Jamaah dan ini disebut oleh Nabi. Adakah kita ikut Jammah yang diminta oleh Rasulullah s.a.w. dipanggil taksud?

Saya tanya anda pula. Boleh kah kita tinggal jamaah Islam sekarang? Boleh kita sokong kebathilan atas dasar orang Islam menjadi pemimpin? Harap jawab!

Tanpa Nama berkata...

as.salam saudara penulis
bukan anjuran saya untuk meninggalkan jemaah

kawan saya dari parti pas mempunyai pandangan spt berikut.
setakat hari ini Allah masih belum memberi tanggungjawab sebagai pemimpin di bumi malaysia ini kepada parti pas. (kenapa? saya tiada jawapannya). Mungkin berkat usaha usaha berterusan yg dijalankan oleh pas dan kumpulan2 yang mempunyai kesedaran maka terzahirlah aktiviti keagamaan secara terus spt diatas atau kemudahan sosial spt perbankan islam, hospital islam, saluran tv islamik, sistem muamalat dsb boleh dinikmati oleh umat Muhammad di malaysia.

Beliau merasakan perkara2 tersebut adalah satu pencapaian. Beliau bukan mencari kredit secara direct & bukan ingin mendapat pengiktirafan dari rakyat tetapi bangga Allah memudahkan perlaksanaan tersebut.

Teruskan usaha anda dan harus bersyukur bila Allah manifest usaha kita dengan perkembangan2 yang positif walaupun kita tak mendapat kreditnya. Kredit dari Allah lagi penting. Berdoalah supaya ada nanti titk pertemuaan antara kedua pihak

Jangan tuan rasa cuak bila beratus ribu menghadiri majlis tersebut. Jumlahnya adalah lebih ramai dari majlis muzik tempoh hari di bukit jalil. Saya bersyukur tetapi terkilan tidak sempat menghadiri majlis bersama ulama habib ali zainal abidin & habib sykh abdul qodir asseqqaf

wasalam


Tanpa Nama berkata...

Manusia jenis sesumpah tu...
Konsert maksiatpun buat....zikirpun buat...
Kau orang fikur lah...jenis manusua apa ni

Saiful berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

mau tutup mulut org kg ka.. psl konsert maut di bkt jalil?

Tanpa Nama berkata...

orang buat baik pun salah... buat jahat pun salah..

apa kau nak sebenarnya??

Unknown berkata...

kita mesti jadi mukmin yg kuat, rakyat yg kuat lg cerdik, jgn terlalu naif.
kata sayyidina ali ra, mengulas kekalahan jemaahnya dlm majlis tahkim,
jemaah yg benar tlh d kalahkan oleh jemaah yg batil ttpi pintar.
oleh itu berhati2 lah kita terhadap jemaah yg teramatlah batilnya

Unknown berkata...

Wasalam Tanpa Nama 3.01
Terima kasih atas komen. Apa yang saya nak sebut Abdullah Ubai tidak buat konsert untuk menandingi Nabi s.a.w tetapi dia bina Masjid tapi masjid itu dibakar oleh Rasulullah s.a.w kenapa?

Kita bukan bincang pasal cuak kerana orang hadir ramai tepai bahasa melayu dalam penulis itu sebut trend baru UMNO BN menghadapi golongan dakwah haru difahami.

Walahualam

Tanpa Nama berkata...

Blog yang bodoh...cetek ilmu..menulis mengikut nafsu..manusia macam nilah perosak umat islam..munafik terangterangan..

Tanpa Nama berkata...

Ape bende la korang nie....perlu ke kaitkan benda yg baik nie ngan politik.....

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan