Blogger Pro UMNO salahkan Zumba Punca Kekalahan BN di Kajang

Isnin, 24 Mac 2014


Kekalahan BN di PRK Kajang mendapat banyak ulasan daripada blogger pro UMNO dan rata dikalangan mereka menyalahkan jentera pilihan raya UMNO (bukan BN). Antara yang paling banyak disebut dan dipersalahkan ialah Zumba selain daripada mempersoalkan penglibatan blogger yang lebih mengampu sesetengah pemimpin tertinggi daripada memberikan info yang sebenar.

Mereka menyebut duit hanya disalur kepada pengampu untuk mengampu atau 'mengangkat telur' (penggunaan bahasa kasar yang terkenal dikalangan blogger umno) pemimpin yang dipilih bukan melakukan kerja untuk memenangkan parti.


Zumba menurut blogger berkenaan adalah program bersuka ria semata-mata, hanya bersantai sambil makan sate kajang. Kata-kata sinis Jom berzumba sehingga pru-14 adalah kecaman kepada program berkenaan yang telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri DS Muhyidin Yasin.



Hakikat sebenar yang tidak difahami oleh blogger pro UMNO ialah rakyat sudah benci dan tidak lagi boleh menerima UMNO @ BN. UMNO sudah tidak releven lagi perlu difikirkan oleh mereka bukan mencari 'kambing hitam' untuk disalahkan. Blogger pro UMNO pun sebenarnya sudah tidak releven lagi, hanya sekadar menjadi mengampu 'telur umno' demi mencari sesuap nasi!!




1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Dah tak tau camna nak ckp tentang negara aku sendiri yg berPMkan otak udang dan sumbangan hanya pengiktirafan sbgai PM paling memalukan. Klau diganti pun sama gak mungkin lebih teruk langsung tak berotak dgn muka biratnya.

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan