Mengikut laporan Astro Awani penggunaan Nyamuk Toxorhynchites atau ‘nyamuk gajah’ untuk membasmi wabak denggi telah menunjukkan hasil yang positif.
Satu 'penurunan ketara' kes demam denggi telah dilaporkan di tapak kajian pertama untuk inovasi kawalan pembiakan Aedes ini, menurut Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Di tapak kajian pertama untuk projek ini iaitu Kampung Sri Aman, Subang, tiada kes denggi dilaporkan daripada Ogos 2012 hingga Julai 2013, semenjak projek ini dimulakan pada Jun 2011.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/nyamuk-gajah-toxo-berjaya-turunkan-bilangan-kes-denggi-di-subang-31232?cp
TERESA (kanan) bersama Roslan (kiri) melepas nyamuk Toxorhynchites di kawasan hutan Jalan Bestari 2, Kampung Sri Aman 10 oktober 2011 |
Selepas lima kali program pelepasan nyamuk Toxo telah dijalankan di Kampung Sri Aman iaitu pada Oktober 2011, Januari 2012, Julai 2012, Mac 2013 dan Julai 2013.
Jentik-jentik nyamuk Toxo bertindak memakan jentik-jentik nyamuk Aedes sekaligus mengurangkan pembiakan pembawa demam denggi.
MBSJ berharap program Toxo dapat terus membantu mengurangkan kejadian kes denggi di kawasan MPSJ.
Pada masa yang sama, kawasan di bawah MPSJ menunjukkan peningkatan kes denggi sebanyak hampir 900% pada 2014.
Program Pengawalan Pembiakan Nyamuk Aedes Menggunakan Nyamuk Toxo adalah dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan bank CIMB yang diperuntukkan sebanyak RM60,000 bagi menjayakan program ini.
Pihak kesihatan telah mengenakan denda RM50 bagi setiap ekor jentik-jentik aedes. Kalau ada 13 ekor jawabnya sia-sia duit BR1M.
Aedes |
Ada sedikit kemusykilan iaitu semasa larva nyamuk ini bersifat kanibal tetapi bila besar menjadi naymuk bersifat harbivora? Entah-entah selepas ini nyamuk gajah ini hisap darah barulah kita pengsan.. gajah!!!
Di sini ada 15 fakta menarik pasal nyamuk.
- Nyamuk sudahpun wujud sejak 100 juta tahun lalu (dah lama dah..)
- Kira-kira 3,000 spesis nyamuk dikenalpasti dan mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitan dengan cepat. Diketahui hidup banyak di kawasan tropika dan juga Artik.
- Dari telur ke nyamuk dewasa yang macho hanya mengambil masa 4 hingga 7 hari. Ianya bergantung kepada suhu. (Patutlah banyak sangat nyamuk, cepat betul proses perkembangannya!)
- Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanyalah 10 hingga 20 hari saja. Nyamuk betina bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1,000 hingga 3,000 biji sepanjang hayatnya. (Kesian nyamuk jantan, agaknya lepas saja habis ‘tugas’, terus mati..)
- Kibasan sayap nyamuk ialah 300 hingga 600 kali sesaat (itu yang datangnya bunyi “nyyyennng” tu..sebab laju sangat sayap dia).
- Nyamuk jantan mampu mengesan kahadiran nyamuk betina yang seksi dengan hanya bunyi kibasan sayapnya (memang senjata rahsia ni).
- Nyamuk juga boleh kenal nyamuk spesis lain dengan hanya berdasarkan bentuk tompok di sayap (ada tompok rupanya).
- Apa makanan nyamuk? Nyamuk makan pelbagai cairan (termasuk darah), dan mineral dari buah-buahan, tumbuhan serta dari sampah sarap dan air bertakung (patutlah banyak nyamuk aedes, dah memang makanannya air bertakung).
- Nyamuk mampu terbang sejauh 1.5 kilometer dari habitatnya tapi ada spesis yang mampu terbang sejauh 30 kilometer (jauh perjalanan, ramai ‘pelanggan’).
- Bagaimana nyamuk mencari mangsa? Nyamuk mempunyai penglihatan infrared iaitu kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida. Kita membebaskan haba dan melepaskan karbon dioksida bila bernafas. Senanglah nyamuk ‘target’ kita (kalau pakai selimut tebal, mungkinkah pelepasan haba dapat dikurangkan? Lalu nyamuk tak nampak kita?)
- Spesis nyamuk yang paling ganas agresif ialah nyamuk yang hidup di kawasan Artik di Kanada. Satu kajian di mana para pengkaji sengaja mendedahkan kaki, tangan dan badan mereka untuk santapan nyamuk. Keputusannya, 9,000 gigitan dalam masa seminit. Kalau dibiarkan, darah kita akan kering dalam masa 2 jam (pergh..ganas betul tu!)
- Nyamuk betina saja yang suka menggigit kita. Darah sumber protein untuk mereka hasilkan telur. Nyamuk jantan hanya menghisap cairan tumbuh-tumbuhan (macam baik jer nyamuk jantan nie..)
- Nyamuk memang terkenal menyebabkan penyakit demam malaria, denggi, JE dan sebagainya. Nyamuk juga membawa penyakit kepada haiwan seperti penyakit kecacingan pada lembu dan kuda.
- Dilabel sebagai ‘makhluk pembunuh’ sebab penyakit demam malaria sudahpun hampir membunuh setengan dari populasi manusia sejak zaman paleolitik (zaman batu daa..).
- Asal usul nyamuk aedes adalah dari Timur Asia. Mereka sampai ke sana melalui tayar-tayar buruk yang diimport (hati-hati dengan tayar buruk)
Nyamuk bunuh nyamuk..
Tak hairan sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat pun ada sikap nak "bunuh membunuh"
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/nyamuk-gajah-toxo-berjaya-turunkan-bilangan-kes-denggi-di-subang-31232?cp
0 comments:
Catat Ulasan