Rabu, 26 Mac 2014
Seperti yang saya tulis sebelum ini usaha untuk menghancurkan Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin hari ini di Mesir sangat jelas dimana mahkamah
di Mesir telah menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas
presiden Islamis Mohammed Morsi atas tuduhan
kononnya menyerang dan membunuh anggota polis (baca di sini)
Mereka fikir, mereka boleh memadam api perjuangan Islam?? Nyata mereka sebenarnya silap. Walaupun diseksa, dipenjara atau dibunuh namum gerakan Islam tidak pernah padam dalam sejarah perjuangannya kerana perjuangan ini bukan bermatlamatkan duniawi tetapi semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t.
Lihat bagaimana mereka yang dihukum mati boleh senyum bergembira kerana mereka tahu janji Allah sudah pasti. Tidak ada yang sebaik-baik janji melainkan janji Allah s.w.t. melalui Rasulunya.
Gambar di atas menunjukkan Dr. Sofwat Hijazi (paling kiri). Tiada tangisan, tiada kesedihan dan tidak merasa gementar.. Itulah pejuang Allah s.w.t. yang akan sentiasa ada dimana-mana sahaja dibumi ini!!!
Kata-kata Dr Sofwat Hijazi dalam satu ucapannya yang penuh bersemangat untuk
membebaskan Palestin dari Zionis harus difahami dan dihayati. Ucapanya "Insya Allah bumi
Palestin akan merdeka di bawah kepimpinan Dr Mursi, kita akan bersolat
di Masjidil Aqsa. Insya Allah"
Tindakan hukuman mati ke atas 529 pengikut bekas presiden, Mohamed
Morsi adalah melanggar prinsip keadilan sejagat demikian bantahan yang
dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Selasa.
"Tidak pernah ada dalam sejarah hukuman mati secara besar-besaran dan beramai-ramai ini dilakukan dalam era moden hari ini.
"Ia adalah bertentangan dengan prosedur dan undang-undang hak asasi
kemanusiaan sejagat," kata Rupert Coville, jurucakap kepada pesuruhjaya
tinggi PBB mengenai hak asasi kemanusiaan.
Tapi di Malaysia, kita diam hanya sibuk dengan MH370 nak pasang bendera separuh tiang bila? Majlis fatwa hanya bincang dan isytihar orang Islam dalam nahas syahid akhirat... tak ada perbincangan tentang syahid mereka yang dibunuh beramai-ramai di Mesir melalui hukuman mati?
Bukan kita tak setuju pasal MH370, kita pun prihatin tapi kenapa membisu dalam isu pembunuhan di Mesir sehingga orang bukan Islam seperti Rupert Coville lebih dahulu bersuara?
Mana prihatin kita sesama mukmin seperti hadis Rasulullah s.a.w. yang melibatkan bandingan sesama mukmin laksana satu badan??
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan