Sabtu, 12 April 2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi Timbalan
Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN) di
sini menurut laporan Bernama.
Najib yang tiba pada jam 1.30 tengah hari, kata Bernama meluangkan masa kira-kira 30
minit bersama Haron yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu.
Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya Dr Huda Haron dan menantu, Dr Azlin Azzuddin.
Turut serta pakar perunding kardiologi IJN Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin.
Tak sempat malam gambar Najib bersalam dengan Dr Haron Din bersama dengan petikan ayat 10 Surah Al Hujurat telah tersebar kononnya DS Najib menyatuni Dr Haron Din. Inilah kepimpinan Wasatiyyah!!!
Ziarah tu bagus tapi lagi bagus kalau boleh jaga isteri dan anak dan minta mereka menutup aurat..
Malas saya nak berhujah panjang pasal gambar ini.. seolah-olah suka sangat kalau ada pimpinan PAS yang sakit terutama 'golongan ulama'.. mudah nak ekplotasi!
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
4 comments:
Alhamdulillah.Walaupun berbeza fahaman politik tetapi masih ziarah-menziarahi. Lihatlah ziarah ini sebagai naluri kemanusiaan. Janganlah disensasikan sebagai isu politik. Percayalah dalam setiap hati manusia itu masih ada perasaan saling hormat-menghormati kelebihan antara satu sama lain.
Tapi perlu ke panggil BERNAMA...
dah banyak kali aku dengar ceramah ustaz umno dan ustaz pas dan ustaz pkr mengatakan menziarah orang yg sakit dapat pahala dan dapat mengembirakan org yg sakit, berkat doa org yg menziarah inshallah, org yg sakit sembuh dengan izin allah.kenapa ada jugak manusiayg berhati tidak bagus ini berhasad dengki dgn gambar di atas? Salahkah beliau melawat atas dasar silaturrahim....dajal memang suka mengadu domba
Tanpa Nama 10.23,
Memang ziarah itu nabi ajar. Yang tak ajar blogger tulis dan ulas daripada apa yang najib ajar. Semasa najib zakit dulu TGHA melawat tak masuk dalam harakah pun.
Sebab itu faham maksud artikel dan faham maksud punulisan bahasa melayu di atas kata sindir!
Catat Ulasan