Rabu, 2 April 2014
Orang kata malang tak berbau.. untung buruk nasid juga tidak dapat diduga. Selamat Omar, bapa kepada seorang daripada penumpang pesawat MH370
mengalami kerugian kira-kira RM10,000 selepas kediamannya dipecah masuk
dua lelaki di Felda Bukit Mendi, dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, dua penyamun terbabit yang
memakai topeng dan bersenjatakan sebilah parang melarikan barang kemas
seperti rantai tangan, subang dan wang tunai.
Suspek dipercayai warga Indonesia itu menceroboh masuk ke rumah
berkenaan selepas mengumpil tingkap salah satu biik mengejutkan isteri
Selamat berusia dalam lingkungan 30-an yang juga ibu tiri Mohd Khairul
Amri bersama anak perempuan lapan tahun ketika kedua-duanya sedang
tidur.
Redha dengan apa yang berlaku, berserah diri adalah sebaik-baik pilihan. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayat kepada keluarga Selamat..
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan