Khamis, 3 April 2014
Hari ini gempar pula cerita sebuah pesawat Malaysia Airlines, MH004 dalam penerbangan ke United
Kingdom terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) berikutan kerosakan teknikal.
Pesawat Airbus A380 yang berlepas pada jam 10 pagi itu sepatutnya
dijangka tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London pada jam 11 malam
ini.
Namun pesawat tersebut terpaksa berpatah semula ke KLIA setelah sejam
di udara kerana mengalami kerosakan kipas paramotor (propeller) pada
sayap kiri.
Menurut wartawan
MySuara yang dihubungi oleh seorang penumpang MH004 tersebut, semasa sesi penundaan selama hampir empat jam tersebut
menyatakan rasa trauma dengan insiden MH370 yang hilang 8 Mac lalu dan
dikatakan berakhir di Lautan Hindi.
"Pagi tadi adik saya berseloroh supaya berhati-hati ketika melintasi
Lautan Hindi. Apabila juruterbang memaklumkan pesawat menghadapi masalah
teknikal dan terpaksa berpatah balik ke KLIA, saya berasa sangat cemas
dan gementar,” Jelasnya penjawat awam yang dalam perjalanan untuk
menyambung pelajaran peringkat sarjana.
“Apapun saya sedikit lega dengan tindakan pantas dan bijak juruterbang.
Jika pesawat telah dibaiki sekalipun, saya rasa tidak sedap hati. Saya
mungkin tidak dapat tidur lena untuk 12 jam penerbangan kali ini,”
tambahnya.
Kerosakan teknikal tersebut bagaimana telah dibaiki dan penerbangan
disambung semula pada jam 1.30 tengah hari tadi dengan pesawat yang
sama. Pihak MAS tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut.
Sebelum ini, pada 23 Mac sebuah pesawat MAS MH006 dari Kuala Lumpur ke
Incheon, Seoul terpaksa dilencongkan ke Hong Kong ekoran generator kapal
terbang yang tidak berfungsi.
Nampaknya semua yang terjadi kepada MAS akan menjadi perhatian dan bahan berita.
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
10 comments:
Saya nak naik penerbangan domestik pun dah rasa gerun
Naik je tikar mengkuang terbang.
Tikar terbang selamat dsn jimat
Zam..zam..ala..kazam...
Satu hari MAS akan bangkrap ataupun kena lelong.....siapa yg tanggung RAKYAT sebb MAS pakai duit RAKYAT.......
kalau aku pun trauma oiiii
Jgn trauma...ini perkara biasa...sensasinya slps apa yg jd pd MH370......nk mati...kat maner2 pun bleh mati klu dh ditentukn....kita harus kuat smgt mnyokong kjaan msia...
Darah tumpah negara ku.....
Betul king..kbtulan isu MAS so apa shja yang berlaki berkaitan MAS akan hd trauma
Seram nak naik mas buat masa ni. Mungkin effect dri 370 x cukup tido kot or terlalu memikir smpai hilang pokus semua engineer. Adoyaii... tatutnya
Jangan naik MAS dan beritau semua jangan naik bior bangkrup MAS.
Catat Ulasan