Selasa, 1 April 2014
Sebelum ini kita telah membaca satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan kemudian mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi
Menurut
laporan itu, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui
perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan
penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China,
apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib"
dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang
kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.
Sesuatu yang menarik untuk diberi perhatian, laporan tersebut menyebut,
sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik
sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang
dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu
kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.
Antara
perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam
tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo “sangat mencurigakan” itu
dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut
Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan
Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang
mencurigakan" (pembaca boleh rujuk di sini)
Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan
Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh
GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.
Setelah
GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di atas kapal
Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera
memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan
mereka dan segera menerima "jaminan” bahawa "semua langkah" akan
diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi
sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.
Walau
bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak
diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370
dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan
International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau
Hainan)
Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA)
yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai
Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "ketara menyimpang" dari laluan
penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke
rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447
kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.
Sinifikan dengan talefon penumpang China berdering
Adalah kritikal untuk
diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku,
pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi
telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di
keseluruhan Kepulauan Spratly.
Liputan telefon China Mobile
dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang
ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam
kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga
digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun
aktiviti menyelamat di lautan.
Pembaca boleh merujuk artikel di laman Tranungkite,net pada 9 Mac 2014 sehari selepas MH370 dikatakan hilang (rujuk di sini)
Bagaimana Tentera Laut Amerika
Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego
Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana
pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem
terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) yang berupaya menggantikan
manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka
elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti
kendalian mana-mana pesawat drone.
Semasa minum di tepi pantai bersama seorang sahabat yang pernah menjelajah dunia termasuk di Afghanistan kami berbincang pasal agak sukar untuk mengawal kapal terbang boeing yang besar secara remote seperti mengawal drone.
Saya mencari maklumat berkenaan dengan kawalan (romete) pada kapal terbang boeing.
Pada November 2006, syarikat pembuat kapal terbang Boeing menerima paten
daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk sebuah sistem yang mana
apabila ia diaktifkan, memampukan sesebuah pesawat diterbangkan ke
lokasi tertentu dengan juruterbang tidak mampu berbuat apa-apa.
Autopilot ‘tanpa gangguan’ (bukan remote/kawalan) itu boleh diaktifkan oleh juruterbang, sensor
dalaman atau menggunakan jaringan satelit serta radio dari jarak jauh
oleh agensi kerajaan AS seperti CIA.
Ia bertujuan untuk mengambil alih penerbangan itu andai berlaku cubaan
oleh pengganas untuk mengalih atau melencongkan sesuatu pesawat ke
laluan atau destinasi lain.
Sistem baru yang dibangunkan selepas pasca 9-11 adalah untuk membolehkan pihak
berkuasa AS menguasai dan mengawal sepenuhnya untuk mengelak rampasan.
Kalau sebelum ini kapal terbang boeing hanya boleh membuat auto pilot mengikut apa yang dimasukkan dalam sistem, itu pun pada ketinggian yang tertentu dan kelajuan tertentu. Ini juga membantu pilot untuk berehat dalam perjalanan yang jauh.
Apabila sistem berkenaan diaktifkan, sesuatu pesawat itu akan
diterbangkan dengan kawalan luar ke lokasi yang telah diprogram lebih
awal.
Boeing dalam kenyataan pada 1 Disember 2006 berkata, ada keperluan
mendesak dalam industri penerbangan bagi mewujudkan satu teknik yang
secara muktamad dapat mengelak invidu yang tidak bertauliah daripada
menguasai sesuatu pesawat dan kemudiannya membahayakan keselamatan
penumpang atau orang lain dalam laluan perjalanan kenderaan berkenaan,
dengan ini ia akan dapat mengurangkan kesan kemusnahan yang mampu
dilakukan individu di dalam sesuatu pesawat (yang dirampas).
“Secara khusus, ada keperluan untuk mewujudkan teknik yang akan
memastikan laluan perjalanan sesuatu kenderaan adalah berkekalan dengan
mengalihkan sebarang proses membuat keputusan yang salah oleh manusia
termasuk ancaman keganasan di atas kenderaan (pesawat) berkenaan,”
katanya.
Untuk menjadikannya bebas sepenuhnya, sistem itu mempunyai bekalan kuasa
sendiri serta bebas daripada pemutus litar kapal terbang.
Kapal berkenaan akan berada dalam mode otomatik walapun telah mendarat
dan mekanik atau kakitangan kerajaan yang berkenaan akan dipanggil untuk
mematikan sistem berkenaan.
Boeing telah mewujudkan beberapa kaedah untuk mengaktifkan sistem berkenaan.
Antaranya termasuk suis manual untuk ditekan juruterbang atau pengesan
khas di pintu kokpit yang akan mula bertindak apabila mode anti
pengganas teraktif walaupun hanya tenaga yang minimum digunakan untuk
memaksa buka pintu kokpit.
Pilihan lain ialah jaringan tersembunyi di mana pegawai kerajaan atau
wakil syarikat penerbangan di darat akan memantau dan mengarahkan kapal
dalam mode otomatik apabila sah keselamatan kapal terbang dikompromi.
Jaringan komunikasi radio juga boleh digunakan untuk memaklumkan
kemudahan darat atau kapal terbang lain bahawa sebuah pesawat telah
diaktifkan dalam mode otomatik.
Berbalik kepada teori rampasan
Walau bagaimanapun, meskipun
pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh
dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem
laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan
transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup
pada jam 01:21
Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian
ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih
belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China
Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini
di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia
kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan
perkapalan.
Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat
suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan
fakta "kehilangan" Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah
berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush
"menghilangkan" penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64
penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan
menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara
berkenaan tidak berlaku.
Banyak kemungkinan boleh berlaku setelah 24 hari berlalu tanpa sebarang pentunjuk yang konkrit yang boleh kita mengata ya kepada apa yang berlaku.
Terpulang kepada pembaca....
TEMA Kali ini...
CBox
WAKTU SOLAT
Masih dalam pembinaan
Berita Harian: Mutakhir
TranungKite Online (TKO)
Detikdaily
Selatan Online
Berita Harian: Dunia
Berita & Akhbar
TKO Geng
WebBlog
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Archives
-
▼
2014
(158)
-
▼
April
(52)
- Dulu kata sesat tapi sekarang datang ziarah nak ci...
- Hudud: Media Sosial Bukan Islam Menyerang Dengan F...
- Obama perkena Nasi Goreng USA
- Kelemahan kenderaan rasmi Obama, "Cadillac One" (T...
- Bantahan TPPA & hukuman mati 529 anggota Ikhwan pa...
- Najib buat malu Malaysia tak boleh sebut perkataan...
- Minum Arak mabuk tak apa asal jangan berzina! Ist...
- Agaknya bila Najib Nak letak jawatan??
- Felixia Yeap: Akan Peluk Islam Ramadan ini!
- Dia tak ada tangan bukan kerana HUDUD
- Obama akan cuba Mee Mamak bila bersama Najib?
- Hudud: Adakah PAS akan alami nasib yang sama denga...
- Selapas 14 Tahun Baru Tun Daim Sedar Pasal Menteri...
- Cakap-cakap Disebalik Anwar Tarik Diri Tanding Pr...
- Fatwa Baru BN: Tolak Hudud Tak Apa Bagi Orang Islam!
- Rozi Mamat Ganti Ahmad Said MB Terengganu??
- Ini Dia Bekas MB Kelantan Selama 22 Tahun
- Bomoh 1Malaysia Buat Ritual Di Lokasi Kemalangan K...
- PAS nak bincang fatwa RIP??
- Mengulas Tulisan Khalid Samad Pasal UMNO Meminta P...
- Hakim: Kerana tidak bersumpah Anwar di sabitkan be...
- Hudud: Mahathir ingat semua orang Islam suka mencu...
- Positif Ganja Vs 26 Saman (Laju)
- Tuan Guru Nik Abdul Aziz rakam takziah kepada Karp...
- Karpal Singh meninggal dalam kemalangan di Tapah (...
- Banyak betul kuman dalam lokap di Malaysia!
- Ini video menjadi pertikaian Wardina terhadap Usta...
- Terkini: Cubaan Menjunam Pesawat Southwest Airline...
- Apa kata orang yang pernah Saman Hudud Negeri Kela...
- Orang Ipoh Warning Pasukan JDT
- Tembelang UMNO Pecah: Tolak Usul Pelaksanaan Hudud
- Kementerian Sahkan Penutupan Universiti Antarabang...
- Terkini: Pesawat Airbus A320 berlanggar dengan Ai...
- Made In Malaysia: Ya Hanana Versi Disko??
- Najib @ UMNO Sangat Suka Kalau Ada Pimpinan Terti...
- Tentera Malaysia kena belajar dengan Tentera Indon...
- Buat Laporan Polis kerana Gangguan Laungan Azam S...
- PDRM & SKMM hipokrit dalam mengambil tindakan kepa...
- Pemilik akaun Facebook Yang Menghina Rosmah di tah...
- Felixia Yeap: Apa maksud "Saya Hanya Tunggu Hidayah"?
- Memali: Antara 2 Tun, Ada seorang yang bercakap BO...
- Punca Sebenar Kenapa Pak Lah Diawasi Oleh Amerika ...
- Al Fatihah Untuk Ustaz Awang Jidin Tukul Besi
- Sebuah lagi kapal terbang MAS berpatah Balik?
- Dr Saharuddin, Presiden Kesedaran Pencegahan Jenay...
- Simbol MH370 dalam filem Man Of Steel? (bersama de...
- Bapa penumpang MH370: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga
- Royal Aeronautical Society (RAeS): 5 ‘kemungkinan...
- Insiden terowong: JDT sekadar didenda RM30,000
- Apa yang anda faham daripada gambar ini??
- Perjanjian Sulit Ketenteraan Malaysia Dengan Ameri...
- Pesawat Boeing Boleh Diterbangkan Dari Darat, Mem...
-
▼
April
(52)
Tops Mingguan
- Najib Berbohong Pasal MH370 Mengakhiri Penerbangannya di Lautan Hindi??
- JAIP, JAIS Tahan 81 Pasangan Disyaki Berkhalwat
- Rancangan Menjatuh dan Mengaibkan Presiden PAS Gagal
- Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa
- Zul Kuala Krai Ibarat “anak nakal” dalam penjara
- Dr. Mahathir berundur dari Petronas
- Misteri Masej Philip Wood Penumpang MH370 Membuat Posting Minta Tolong Dari Diego Garcia??
- Raja Petra Ada Saudara Perempuan di UK
- PASMA Cuba Bersendirian Menolak Kerjasama dengan Unit Amal?
- Hudud, Kenapa Hishamuddin Rais takut sangat?
Tops Bulanan
-
Peraturan Islam perlukan penguatkuasaan. Penguatkuasaan perlukan kepada undang-undang. - Nabila KUANTAN: Pelajar berusia 16 tahun adalah an...
-
KUALA LUMPUR 1 Dis. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya sebagai Penasihat kepada syarikat minyak neg...
-
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan bahawa tiada serpihan milik pesawat berkenaan ditemui setakat ini. Sepatutnya ti...
-
Saya tak berapa suka untuk mengulas kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Hishamuddin Rais berkenaan isu Hudud. Walaupun dia lebih berhati-...
-
Kerajaan Pulau Pinang mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai Lapangan Terbang...
-
KUALA LUMPUR 5 Sept . - Pelajar yang ditahan polis bagi membantu siasatan insiden menunjukkan punggungnya kepada gambar Perdana Menteri, Da...
-
Pemimpin pembangkang Israel Shaul Mofaz berkata, Perdana Menteri Benyamin Netanyahu berupaya menggulingkan pemerintahan Presiden Amerika Bar...
-
Pemuda Gerakan Pulau Pinang, mempermainkan kata kata dan semalam turut memperli Lim Guan Eng berkaitan dgn masaalah pemilik rumah sewa yg di...
-
Orang tanya saya kenapa Najib tak suka Ahmad Said? Kenapa Najib boleh Razif yang hanya menang kerana undi KEM Tentera di Seberang Takir? ...
-
Pagi tadi hakim membuat keputusan menolak saman fitnah RM2 juta difailkan bekas calon PKR bagi kawasan Dun Bukit Besi Mohd Shamsul Mat A...
Tops Keseluruhan
-
Saya terbaca satu artikel berkenaan dengan masej oleh Philip Wood seorang warga US yang dalam perjalanan ke Beijing menggunakan MH370...
-
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan bahawa tiada serpihan milik pesawat berkenaan ditemui setakat ini. Sepatutnya ti...
-
Usaha untuk menghancurkan Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin hari ini di Mesir sangat jelas. Mahkamah di Mesir hari ini menjatuhkan hukuman ...
-
Semalam Tun Mahathir (saya bahasakan "orang tua" bahasa manja digunakan di kampung saya untuk menghormati orang yang tua tapi m...
-
Seorang wartawan Amerika Syarikat, Christopher Bollyn yang menulis buku berjudul "Solving 9-11: The Deception that Changed the W...
-
Malam tadi melalui SMS jemputan untuk majlis angkat sumpah telah dibuat. YB Datuk Ahmad Razif Abd Rahman telah mengangkat ...
-
Seperti yang saya tulis sebelum ini, Kementerian Kesihatan merahsiakan keputusan ujian selama 3 bulan dan perkara ini diulas apabila mak...
-
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh 74 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6 lebuhraya utara selata...
-
Menurut sumber yang dipercayai Ahli Dewan Undangan (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud dikatakan akan menarik semula surat perletakkan jawata...
-
Mereka dianggarkan 50 orang berpakaian hitam dengan sepanduk “Unite against racism global”, berarak sekitar Dataran Merdeka dengan mem...








1 comments:
Teori di atas ada kemungkinan. n skrg ada 1001 persoalan yang belum terjawab. menurut sumber, MH370 skrg ini berada di sempadan negara afganistan-pakistan yg disembunyikan ole AS lakhnatullah.
Catat Ulasan