Hudud: Adakah PAS akan alami nasib yang sama dengan Sultan Brunei??

Rabu, 23 April 2014


Laporan Sinar Harian semalam 22 April 2014 menyuebut golongan LGBT memboikot sebuah hotel milikan Sultan Brunei kerana Sultan Brunei akan memulakan hukuman rejam bagi pengamal homoseksual. Pada masa yang sama PBB memberi pengumuman bahawa kod hukuman terbaharu Brunei dikatakan telah melanggar hak asasi manusia.

Tekanan demi tekan dikenakan atas hasrat dan cita-cita murni ini. Sebelum itu Sultan Brunei juga mengalami masalah yang sama dalam negara sendiri semasa arahan undang-undang Islam untuk dilaksanakan dimana ada individu Islam yang tidak bersedia ke arah pelaksanaan ini.

Kerajaan negeri PAS Kelantan akan membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke Parlimen dalam masa terdekat.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri pada Rabu 2 April 2014 lalu sebagai menyahut kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa Kerajaan Pusat bersedia bersama membantu jika kerajaan negeri Kelantan bersedia melaksanakan undang-undang berkenaan.

Atas peluang yang diberikan ini PAS mengambil kesempatan untuk membentangkannya di Parlimen. Langkah ini mendapat pandangan yang bertentang sebahagian daripada ahli PAS sendiri yang melihat PAS sepatutnya melakukan referendum rakyat Kelantan untuk melihat sokongan.

Istilah terburu-buru dalam hal ini telah dimainkan, seolah-olah PAS Kelantan terburu-buru dalam tindakannya kerana cabaran daripada UMNO.

Ada juga yang menyebut in adalah perangkap UMNO untuk memecah belah Pakatan Rakyat. Saya tak berhasrat untuk tulis panjang kerana saya telah ulas di sini (sila baca).

Manakah PAS menjadi sukar dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS apabila ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu, Dr Rosli Alani membuat kenyataan tidak bijak dan kenyataan ini telah dimainkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Saya juga tak nak ulas panjang pasal Dr Rosli Alani, dia ini pernah ada kes dalam kenyataannya terhadap Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi suatu masa dulu.

Seperti kata
Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw sebagai ahli penyokong kelab PAS memang mereka akan dilema dalam hal ini. Tanggungjawab penerangan kepada bukan Islam tidak boleh dibebankan ke atas mereka, malah mereka sendiri sepatutnya diberikan lagi penerangan yang lebih jelas.

Sepatutnya PAS ambil peluang untuk menjelaskan kerana ini adalah satu-satunya peluang terbaik PAS untuk bukan Islam.

Kesungguhan untuk melaksanakan hukum hudud dalam PAS sendiri sebenar tak terserlah. Dulu di Terengganu berapa ramai bijak pandai undang-undang seolah sambil lewa dalam hal ini. Hanya yang berpendidikan skular Hj Wan Mutalib sahaja yang beriya-iya dengan bekas Pesuruhjaya PAS sekarang hingga akhirnya mereka terjumpa ada undang-undang Islam lebih awal daripada undang-undang tubuh negeri Terengganu yang ada sekarang sehingga
pewartaan rang undang-undang kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M setelah ditanda-tangani oleh Tuanku Sultan Terengganu. Undang-undang ini dibentang oleh DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan diluluskan didalam sidang tersebut pada 7 Julai 2002.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Ini adalah ekoran janji PAS pada pilihan raya 1990. Tapi malangnya Tun Mahathir membuat ugutan dalam perlaksanaan hukum hudud ini.

Selepas itu PAS Kelantan seolah-olah mendapat 'lesen' tak payah bersungguh-sungguh atau mencari iktiar kerana Tun Mahathir menghalang. Ayat bukan Karpal Singh menghalang tapi Mahathir menjadi alasan untuk hal ini.
 

Saya masih ingat bagaimana seorang peguam yang membantu Ahmad Lutfi Othman dalam penulisan bukunya berkaitan pemecatan Tun Salleh Abas, berjudul "Islam, Kehakiman dan Kediktatoran" (Penerbitan Pemuda, 1989) telah bercakap pada Jawatankuasa PAS Pusat semasa AlMarhum Ustaz Fadhil Noor Presiden masa itu adakah PAS nak lawan perlembangan atau nak ikut perlembangan dalam undang-undang hudud... tidak ada kata putus PAS pada masa itu.

Saya cerita semua ini, sekadar nak maklumkan kita (PAS) macam selesa selepas kita memang dan jadi YB yang bertugas untuk rakyat. Kita tak fikir kita akan dipersoalkan oleh ALlah dengan apa yang kita janji.

Semasa kita berkuasa di Kelantan, kita mungkin lalai.. jika kuasa itu ditarik apa kita nak jawab kepada Allah. Misalnya di Perak, kita diberi kuasa, kita buat perjanjian Pangkor II?? Apakah alasan kita?

Itu dari dalam PAS, manakala pada Pakatan Rakyat sendiri PAS juga menghadapi laluan sukar dengan DAP yang boleh dikatakan 100% tidak akan bersetuju. Kita rasa kita tak kisah kerana kita tak pernah mengharap daripada DAP. Jika ada pun kira bonus.

Kita juga menghadapi masalah yang besar dengan PKR termasuk Islamik PKR sendiri. Pimpinan PKR yang Islam bercakap semacam senada dengan orang kafir! Saya rasa yang ini saya akan ulas dalam artikel lain... nanti panjang pula.

Daripada luar Pakatan Rakyat, BN khususnya. UMNO adalah tongak BN sebagaima kata Presiden PAS dia kata dia bersetuju, dalam hati itu urusan Allah. Manakala komponennya sama juga dengan DAP kita mungkin tidak mengharap..

Belum lagi dibentang kita sudah lihat alunan ombak dan geloranya...


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Semoga allah merahmati pada mereka2 yg bersungguh mahukan menegakkan hukum allah

XUMNO berkata...

Tanggungjawab sesebuah kerajaan Islam dan pemimpin2 muslim ialah menegakkan Hukum Allah. Berjaya atau tidak adalah urusan Allah. Sekurang2nya apabila berhadapan dengan Rabbul Jalil di Padang Masyar nanti kita tidak terbeban untuk menjawabnya. Yang akan terseksa untuk memberi alasan nanti adalah pemimpin2 yang mengaku islam di dunia tetapi menentang Hukum Allah terlaksana semasa di dunia. i

Tanpa Nama berkata...

Pandangan saya. Kpm perlu mewajibkan mata pel syariah disemua sek prkt spm . Skrg kat sek agama shj. Insyaallah 5 ke 10 thn akan dtg x da masalah ttg pemahaman hukum hudud, qisas, diat dan ta' zir.

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan