Apa kata orang yang pernah Saman Hudud Negeri Kelantan

Rabu, 16 April 2014


Datuk Zaid Ibrahim menulis dalam blognya mengajak MCA, DAP, MIC dan parti-parti di Malaysia timur mesti membentuk gabungan baru bersama orang Melayu yang mahukan demokrasi dan kedaulatan undang-undang.

Dalam tulisanya lagi “Negara kita sekular dan ia harus terus begitu. Berbaloi berjuang untuknya,”


Zaid dalam tulisannya menyelar pemimpin Islam yang kononnya menderita “inadequacy syndrome” dalam psikologi tingkah laku dan ini tergambar oleh keperluan berterusan pemimpin ini mempertingkat harga diri sendiri, walaupun kemudian berakhir dengan masalah lebih besar.

Kata Zaid “Mereka rasa tidak dihargai dan oleh itu perlu bersikap lebih ekstrim bagi mendapatkan pengiktirafan yang dikehendaki."

Zaid menyidir “Mereka hanya boleh tenang dengan memberikan mereka tali untuk menggantung DAP, menggantung Malaysiakini dan menggantikan Kanun Keseksaan dengan undang-undang jenayah Islam.”

Saya tak hairan dengan tulisan ini kerana sebelum ini sifat kepuraan Zaid Ibrahim semasa berada didalam Pakatan Rakyat sangat terserlah. Hanya sesetengah dikalangan kita sahaja yang macam nak cium tangan bila si Zaid ini semasa berada bersama Pakatan Rakyat.

Cakap Zaid pun berbelit-belit.


Dulu semasa dia menjelaskan kenapa dia saman hudud negeri Kelantan dia kata sebabnya begini…dalam sistem undang-undang negara kita, kita kena ikut perlembagaan. Kalau kita lari daripada perlembagaan seperti Tun Mahathir buat, maka samalah kita dengan Mahathir, buat apa yang dia suka. Soalnya undang-undang jenayah. Undang-undang yang disebut hudud ini sebenarnya undang-undang enakmen jenayah Kelantan tahun 1993.

Kata Zaid Ibrahim masa dulu, masalahnya undang-undang jenayah dalam perlembagaan kita hanya boleh digubal dalam parlimen, tidak boleh digubal dalam Dewan Undangan Negeri walaupun Kerajaan BN sendiri kadang-kadang menggubal undang-undang di peringkat negeri yang bercanggah dengan perlembagaan, itu saya akui.

Yang ini pun disebut dalam ceramah-ceramah di pentas PAS, dia bertindak hanyalah sebagai seorang peguam untuk menjelaskan peruntukan perlembagaan.

Tapi bila perkara ini nak dibentang di Pusat (persekutuan) dia mula berbelit dan mengajak MCA, DAP, MIC dan parti-parti di Malaysia timur menentang pula.

Apabila diri kita gelap daripada agama, kehidupan kita penuh dengan maksiat... orang kata hati dah hitam... kebenaran Allah sudah pasti jauh daripada kita.











2 comments:

Carlos Santiago berkata...

hahaha.. zaid ni dah tak bleh pakai...

Tanpa Nama berkata...

Kepala dia sekular macam Tun Mamak Mahathir

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan