Selasa, 30 Ogos 2016
Di antara soalan yang dikemukakan dalam Liqa Fikri PAS Pusat, Sabtu
baru-baru ini ialah telahan cadangan Pindaan RUU 355 adalah sia-sia.
Presiden PAS menjawab dengan agak panjang lebar, bukan sahaja melihat
aspek RUU 355 tetapi mengimbau perjalanan dan perjuangan PAS yang
panjang dan istiqamah bagi menegakkan Islam sedari awal penubuhannya.
Saya sempat mencatat sebahagiannya. Saya olah kembali.
Di awal
kemerdekaan, PAS mendesak supaya diletakkan Islam dalam perlembagaan,
walaupun kemudiannya Islam itu disebut sebagai agama persekutusn tanpa
takrif. Suruhanjaya Reid dalam minit mesyuaratnya meletakkan Islam ialah
religion, (sebagaimana yang difahami oleh Barat dan mereka yang
menganut faham sekular). Maka, tepulanglah kepada kita untuk
mentakrifkan Islam (dan tentunya sebagai umat Islam yang faham Islam,
kita akan mentakrifkan Islam itu sebagai addin, cara hidup, way of life
yang terangkum di dalamnya seluruh aspek kehidupan). Banyak pindaan
telah dibuat dalam perlembagaan (yang menunjukkan perlembagaan itu masih
banyak perkara yang belum ‘diselesaikan’).
Di awal kemerdekaan,
pemimpin PAS menyaksikan serangan terhadap PAS. Muncul kata-kata sinis:
‘Laksana Islam, kudunglah tangan orang Islam’ dan lain-lain. Namun,
sebenarnya ia datang dari orang yang jahil dengan hukum Islam. Ketika
itu, negeri-negeri yang mempunyai pusat pengajian pondok bertembung
dengan mereka yang menolak Islam sebagai ad-din. Ini kerana tuan-tuan
guru di pusat pengajian pondok menerangkan Islam yang sebenar yang
meliputi segala aspek kehidupan-ibadat, muamalat, munakahat, jinayat,
(termasuk batas-batas iman dan kufur yang boleh menyebabkan seseorang
Islam gugur dua kalimah syahadahnya jika beriktikad, mengucap atau
membuat sesuatu yang bercanggah dengan aqidah dan syariat). Umno
mengambil peluang ini untuk menyerang PAS. (Media ketika itu, terutama
akhbar utama memainkan isu) seperti kafir mengkafir. (Sedangkan
sebenarnya yang berlaku ialah para ulama mengingatkan tentang batas iman
dan kufur, dan dalam masa yang sama ada kalangan umat Islam yang sangat
mudah menghina agamanya sendiri).
Ketika peristiwa 13 Mei, Umno
bingung kerana tidak dapat mengatasi masalah. Ketika ini juga kerusi
Parlimen bukan Islam mula banyak, terutama di sebelah pantai barat. Umno
minta PAS sertai kerajaan campuran. PAS bersedia menyertai kerajaan
campuran dengan 8 syarat. Di antaranya, diizinkan berdakwah di kalangan
Jabatan kerajaan, kerajaan harus laksana Islam secara tadarruj
(berperingkat), PAS boleh bangkang kerajaan sekiranya ada perkara yang
PAS tidak setuju. Perkara ini tidak boleh berlaku jika PAS salah satu
komponen BN. Hasil dari usaha PAS, banyak adat penjajah ditarik balik
seperti arak dalam majlis rasmi kerajaan, tiada majlis tari-menari, azan
dalam tv, kefahaman agama yang meningkat di kalangan pegawai kerajaan
dan kesedaran Islam, termasuk ramai yang mula aktif dalam kumpulan Islam
seperti Abim, Al-Arqam dan lain-lain.
Pada tahun 1974,
dibubarkan kerajaan Perikatan. Selepas itu, berlaku pelbagai seminar
yang melibatkan ahli akademik seperti Prof Nik Rashid, Prof Ahmad
Ibrahim menganjurkan pelaksanaan hukum Islam berkait dengan jenayah dan
undang-undang Islam yang menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat.
Dilaporkan, Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Hanif Omar pernah
berkata jika dilaksanakan hukum jenayah Islam, kita akan bekerjasama.
Dalam
Umno ada golongan sekular liberal yang tidak setuju melaksanakan hukum
Islam. Inilah yang berlaku dalam krisis Kelantan suatu masa dahulu. PAS
kemudiannya terus menjadi pembangkang, terus berdakwah , meneruskan
agenda pembangunan negeri yang berkait dengan hal tanah, pentadbiran dan
lain-lain.
Hasil tahaluf siasi, PAS menang di Kelantan. PM
Malaysia ketika itu, Dr Mahathir mencabar Kelantan melaksanakan hukum
syarak, kita sokong. Kata-kata ini datang dari orang politik, dari PM,
tentu tidak boleh dibuat main-main. PAS tubuh jawatankuasa melibatkan
tokoh akademik dan para ulama menggubal undang-undang jenayah. Seminar
diadakan dahulu dengan Semangat 46 yang menjadi rakan politik ketika
itu, juga dengan parti politik bukan Islam dan NGO bukan Islam. Ini
menunjukkan kesungguhan PAS memberikan kefahaman yang sebenar kepada
semua pihak, termasuk orang Islam yang jahil dan bukan Islam.
Soalan-soalan mengenai undang-undang jenayah Islam dapat dijawab dengan
baik. Selepas itu, barulah dilulus di Dun Kelantan. PM Dr Mahathir ugut
Kelantan bahawa kerajaan pusat akan bertindak. PAS berfikir dari segi
awlawiyyat (keutamaan). Ia ‘tertangguh’ seketika. Namun pelaksanaan
hukum jenayah ini kemudiannya menjadi majlis ilmu yang sentiasa diajar,
disentuh dan dibincang. Kelantan juga mengadakan Hari Hudud bagi
mengingatkan umat Islam tentang kewajipan melaksanakan hukum syarak.
Pada
tahun 1999, PAS menang di Terengganu. PAS gubal undang-undang jenayah
Islam. Kes ini pernah dibawa ke mahkamah, menyebabkan kes ini
tergantung. Kemudiannya, usul persendirian di Parlimen dikemukakan. Akta
Parlimen 76A melibatkan semua hukum jenayah. Pindaannya memerlukan 2/3
majoriti ahli Parlimen. PAS minta pandangan bekas Ketua Hakim Negara,
Tun Salleh Abas. Oleh kerana ia usul persendirian, tidak mudah untuk
dikemukakan dan diluluskan.
Kelantan mengadakan seminar dan
lain-lain, memberi kesedaran dan membuat desakan, termasuk dari pengamal
undang-undang supaya melaksanakan hukum syarak. Pihak kerajaan negeri
Kelantan atau PAS secara umum boleh bincang dengan kerajaan pusat
mengenai pelbagai perkara lain seperti hal air, elektrik, lebuh raya,
kenapa PAS tidak boleh berunding dengan kerajaan pusat tentang syariah?
Justeru,
jawatankuasa perbincangan melibatkan pentadbir-pentadbir kerajaan,
berbincang tentang usul berkait dengan hukum syarak atau bidangkuasa
mahkamah syariah dan Akta berkaitan. Ahli Parlimen Islam tanpa mengira
parti, semuanya tidak cukup 2/3. Ini adalah kesilapan pihak Umno dan
kerajaan sehingga menjadikan undi orang Islam merosot. Dengan kedudukan
sekarang di Parlimen, undi ahli Parlimen dalam kalangan orang Islam
boleh dapat ‘simple majority’, dan ini melibatkan pindaan RUU 355.
Entahlah, kalau ada di kalangan ahli Parlimen Islam, samada dari Umno
atau ‘pencuri kerusi’ tidak akan menyokong pindaan ini dengan alasan ia
bukan hudud, dan hanya hudud yang tidak boleh dipertikai, lalu
menjadikan ia sebagai satu justifikasi untuk menjadikan usul ini
sia-sia.
Kita juga ada hujah. Kaedah fiqh menyebut; ‘Perkara yang
tidak dapat dibuat semuanya, jangan ditinggalkan sebahagiannya (atau
semuanya)’. Di sini maqasid syariah main peranan. Bukannya menggunakan
maqasid syariah untuk menidakkan perjuangan memartabatkan hukum syarak.
PAS juga mengambilkira fiqh realiti dengan mengemukakan hukum ini untuk
orang Islam berdasarkan pendapat ulama dan sesuai dengan Perlembagaan
Malaysia.
Pindaan RUU 355 adalah berkait dengan konsep
kehakiman dalam Islam, walaupun melibatkan sebahagian hukum syarak,
tetapi bukan hanya hukum. Dari hukuman 3 tahun penjara, RM5,000 dan 6
sebatan boleh diubah kepada hukum syarak. Di sana ada Akta 76A, namun
kita boleh buat sebatan dan boleh perkenalkan tatacara saksi dan
lain-lain prosedur.
Hukuman Islam ta'dib, bukan ta'zib.
Undang-undang sekarang sebenarnya tiada roh. Ia akan menjadi pendidikan
kepada masyarakat. Tersebarnya mungkar, maksiat bererti gagalnya
undang-undang manusia. Keindahan hukum Islam akan dapat dilihat apabila
dilaksanakan.
Dalam sejarah Islam, ramai hamba yang dimerdekakan.
Hukum beberapa jenis kaffarah melibatkan memerdekakan hamba. Kerajaan
Mamalik, Saljuk, Moghul dan lain-lain adalah bekas hamba. Ramai juga
ahli hadis dari kalangan hamba yang dimerdekan yang disebut ‘mawla’.
Amerika Syarikat sendiri lambat menangani dan menyelesaikan isu hamba
walaupun ia dianggap negara hebat.
Berbalik kepada isu PAS keluar
dari Pakatan, ia bukan semata-mata isu hudud, tapi prinsip parti,
termasuk hal-hal politik. DAP sangat biadab terhadap urusan orang Islam
dengan mencampuri perkara yang tidak ada kaitan pun dengan mereka. Umno
adalah parti sekular. Islam ajar kita pendekatan dakwah, berdamai dengan
orang yang mengajak berdamai, berlawan dengan orang yang mengajak kita
berlawan. Sama ada ikhlas atau tidak, itu adalah urusan Allah.
Dalam
sejarah Islam, pendekatan berdamai melonjakkan sokongan. Contoh
Perjanjian Hudaibiah. Nabi punya pandangan jauh, pandangan politik.
Apabila Quraisy tandatangan Perjanjian, bererti mereka mengiktiraf
negara Islam yang didirikan oleh Nabi di Madinah. Butiran perjanjan
pula, apabila dilihat secara zahir seolah-olah merugikan Islam tetapi
sebenarnya ia menguntungkan Islam untuk jangka masa panjang. Walaupun
tahun itu para Sahabat tidak boleh mengerjakan umrah, ini wajib muassa'
(luas), boleh kerjakan umrah kemudian. Nabi letak politik negara,
awlawiyyat (keutamaan) bebaskan negara dari buat umrah.
Usul
Persendirian berkait dengan Pindaan Akta RUU355 adalah sebahagian dari
perjuangan PAS yang panjang bagi memartabatkan agama Islam sebagaimana
yang dikehendaki Allah. Kalau ia berjaya, sebahagian dari perjuangan itu
Berjaya. Kalau tidak berjaya, niat dan kesungguhan telah dibuktikan dan
mereka yang menggagalkan usaha baik ini tetap akan ditanya tentang
niatnya. - HARAKAHDAILY 30/8/2016
NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK
..................
Penulis
adalah Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan
Ulama PAS Pusat dan Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulama PAS
Terengganu.
TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
4 comments:
Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
KLIK-> PESUGIHAN TOGEL
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam pasang NOMOR
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi NOMOR
4"Anda udah kem-m tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
Solusi yang tepat jangan anda putus asah...AKI akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh NOMOR 2D ,4D, 6D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub:KI JAYA DI NO: [[[085-321-606-847]]]
ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D
ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND
ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D
DAN PESUGIHAN TUYUL
Tlg admin buang komen di atas kerana ia berunsurkan perjudian.
LOLIPOKER Agen Taruhan Poker Online di Indonesia. LOLIPOKER merupakan salah satu website poker, Bandar ceme keliling Terpecaya di indonesia. domino qq online Dengan Pelayanan Costumer Service Kami yang Ramah Dan Profesional yang Standby 24 Jam Di livechat untuk anda .
Agen Taruhan Poker
Situs Judi Terbaru
Bandar Judi Online
LOLIPOKER
Bandar Poker Uang asli
Situs Bandar QQ Online
Catat Ulasan