Malam tadi melalui SMS jemputan untuk majlis angkat sumpah telah dibuat. YB Datuk Ahmad Razif Abd Rahman telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Berita sebelum itu Datuk Seri Ahmad Said telah akur untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu untuk memberi laluan perlantikan MB baru dan mengesahkan spekulasi sebelum ini.
Sebagaimana saya tulis sebelum ini orang kuat Ahmad Said telah "warning" Najib (sila baca di sini) jika 'Mat Said' diturunkan kemungkinan UMNO akan hilang Negeri Terengganu. Inilah NELANGnya Mat Said dan orang-orangnya.
Ahmad Said telah menunaikan apa yang disebut. Dia keluar UMNO jadi ADUN BEBAS pada hari yang sama dia meletak jawatan MB Terengganu. Malah bukan itu sahaja, tindakan ini diikuti oleh YB Ghazali Taib Adun Ajil (orang kanan Ahmad Said) keluar UMNO dan jadi ADUN BEBAS juga.
Ini menyebabkan kedudukan kerusi Terengganu sekarang ialah BN (15), PR/PAS (15) dan Bebas (2).
Kah kah kah. Punahlah Terengganu selepas ini.
Surat peletakkan jawatan dan keluar UMNO |
Adakah akan ada undi tidak percaya kepada Menteri Besar baru dilantik Datuk Ahmad Razif Abd Rahman selepas ini, kita akan lihat nanti.
Politik tidak menentu ini tidak mustahil akan ada lagi ADUN UMNO akan keluar parti menurut sumber yang saya perolehi. Siapa dia kita tunggu selepas ini!!!
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum telah diberitakan oleh akhbar mengadakan pertemuan dengan Adun BN. Tahukah berapa orang yang hadir dalam pertemuan tersebut??
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/ahmad-razif-angkat-sumpah-sebagai-mb-terengganu-yang-baru-35709?cp
Tindakan awal "Puak Ahmad Said" untuk memberi tekanan kepada Najib ialah 2 daripadanya meletakkan jawatan supaya kedudukan seri 15-15 dengan 2 Bebas sedangkan 6 lagi daripada BN tersebut boleh melompat bila-bila masa jika tidak dilayan tuntutan mereka!
Orang Terengganu kata UMNO ni bukan pecah tapi "HANCUR LEBUR! PUNAH RANAH!"
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/bekas-mb-terengganu-ahmad-said-keluar-umno-35714?cp
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/ahmad-razif-angkat-sumpah-sebagai-mb-terengganu-yang-baru-35709?cp
2 comments:
Taip surat pun salah
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
Hương Lâm chuyên dịch vụ cho thuê máy photocopy màu hoặc bán máy photocopy màu uy tín, giá rẻ tại TP.HCM và giải đáp máy photocopy nào tốt nhất cũng như link download driver toshiba 456 chính xác.
Catat Ulasan