PRK Bukit Gelugor: Ahli PAS, Pemikiran UMNO

Sabtu, 10 Mei 2014


Seorang ahli PAS yang juga
ahli perniagaan yang telah bersara, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar, menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor. Penamaan calon ditetapkan Isnin ini.

Mohamed Nabi berkata beliau mahu menyertai pertandingan itu berdasarkan polisi PAS dan prinsip-prinsip Islam, dan bahawa beliau telah bermimpi bahawa hudud akan dilaksanakan di Pulau Pinang pada tahun 2020.

Beliau juga merayu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya bertanding di kerusi tersebut yang menjadi kosong selepas kematian Karpal dalam nahas jalan raya pada 17 April.

"Jika tidak, saya akan bertanding sebagai calon bebas. Saya tidak akan keluar PAS dan akan kekal dalam parti itu dan berjuang untuk Islam," kata Mohamed Nabi dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau menggesa pengundi di Bukit Gelugor menyokongnya, yang mengikutnya, bermakna menyokong hudud juga, kerana beliau akan terus berjuang untuk Islam di Pulau Pinang. Melalui semakan saya dia ini bekas Setiausaha Pas cawangan Kampung Banjar dan beberapa kali membuat kenyataan diakhbar berhubung hudud sebelum ini pernah keluar di akhbar Utusan Malaysia.

Semakan data culaan Bilik Gerakan PAS menunjukkan data rekod tersimpan dia ini adalah AHLI UMNO CAWANGAN KAMPONG BANJAR DUN GOMBAK SETIA BAHAGIAN GOMBAK NEGERI SELANGOR dengan nombor keahlian 02700360. 


Bila menjadi ahli PAS untuk memperjuangkan hudud
kita ada saluran parti dan tatacaranya. Tidak boleh buat seborono ikut sedap kita fikir.

Cara berfikir kita pun adalah cara berfikir Islam yang mana Rasulullah ajar mengikut ketaatan kepada Jamaah.

Punah PAS kalau macam ini, ada yang laju sangat macam si Mamat ni. Ada pula yang kata hudud belum sesuai lagi sebabnya keadaan belum lagi kondusif!! Yang bercakap ni bukan calang orang pimpinan dan hebat pula ilmu Islamnya!

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

Nabi Bux ni dulu memanglah ahli perniagaan tapi jual cucog kodok, kueh gulung dan bingka letak letak kat kedai-kedai disamping bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah. Tapi kena buang kerja kerana banyak sangat karenah dan suka bergaduh dengan rakan-rakan sekerja. Sekarang bertugas sebagai tukang kebun masjid.

Kerja guard pun tak layak, macam mana la nak ganti tempat Karpal Singh. Bukan lagi macam langit dengan bumi, malah lebih lagi.

Tanpa Nama berkata...

Jgn diukur pd wajah2 keduniaan, itu cuma istidraj. Lihatlah melalui cermin ketakwaan. Beri peluang kpd dia cuba nasib

bat8 berkata...

Kita tutplah cerita ini. Cybersniper dah bongkar siapa org ni. Semakan keahlian UMNO secara onlin3 membuktikan mamat ni ahli UMNO.

Inilah stail sesetengah orang nak hidup ditim3 ekonomi nazak ni. Kalau tidak takkan si Ali Tinju dok ajak kengkawan buat s3naman punggong depan rumah ambiga hari tu. Sekarang si Ali ni buat hal lagi - kali ni dia isytihar keluar UMNO. Tu le antara cara cai-cai UMNO cari makan.

Tanpa Nama berkata...

bat*8. Sebenarnya, RAMAI ahli PAS ada juga keahlian umno. Tapi bukan umno pun. Sebab 'dipaksa' jadi ahli tanpa pengetahuan....

Dex Banner berkata...

Thanks, we appreciate your articles. Good day! DB Product Review

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan