Khamis, 8 Mei 2014
Pergolakan UMNO Terengganu kini makin parah dan kritikal. Orang-orang Datuk Seri Ahmad Said tidak puas hati dengan perkembangan terkini yang dilihat seolah-olah menekan MB untuk melepaskan jawatan MB.
Semalam The Star telah menyiarkan lagi berita yang kononnya proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu sedang dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini.
The Star menyebut dua individu tersebut iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman, 49, dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45 akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri.
Detik perubahan di Terengganu harus dilakukan apabila Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah menandatangani satu surat persetujuan bahawa beliau akan kekal selama setahun selepas Barisan Nasional menang tipis di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi tempoh selama setahun selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu berundur secara baik.
Sumber dari Putrajaya berkata, Ahmad menandatangani surat persetujuan itu kira-kira dua minggu selepas PRU-13, 5 Mei lalu.
Surat sepanjang dua perenggan itu menyatakan Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri.
Walau bagaimana pun disebelah Datuk Seri Ahmad Said perkara ini tidak dianggap terlalu serius kerana kedudukan BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Pakatan Rakyat (PAS) yang memperoleh 15 kerusi.
Ini memberikan kelebihan kepada Datuk Seri Ahmad Said untuk menekan musuh politik dikalangan parti sendiri dengan ugutan keluar parti.
Malah Ahmad Said telah pun memperkukuhkan kedudukannya dalam UMNO Terengganu dengan pelbagai sokongan. Tak hairan kalau kita lihat banner dan kain rentang menyatakan sokongan ini telah terpapar dimerata tempat.
Malah Jabatan Penerangan Negeri juga digunakan untuk kempen kekal MB.
Baru-baru ini Ketua Umno Bahagian Marang yang telah mengambil ketetapan dalam satu retreat Umno Bahagian itu menyokong penuh Dato’ Seri Haji Ahmad Said selaku Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.
Malah beberapa orang exco termasuk Nawi Haji Mohammad merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri juga menyatakan sokongan penuh kepada Dato’ Seri Haji Ahmad.
Difahamkan nama Abdul Razif dan Wan Hakim telah dikemukakan kepada Istana.
Kalau dulu ada usaha-usaha membuat undi tidak percaya kepada beliau, Ahmad Said pernah berjumpa Dato' Harun Taib untuk membuat rundingan dan bila akhbar bertanyakan hal ini dia selamba menjawab datang untuk membeli kambing Ustaz Harun Taib. Takkan tak ada kambing UMNO!!!
Pihak kami dimaklumkan beberapa orang kuat DS Ahmad Said telah berjumpa dengan YB Ustaz Saiful Bahri Mamat untuk suatu rundingan Ustaz Saiful Bahri Mamat sekarang ini adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kebetulan adalah anak buah Ustaz Harun Taib paling kanan.
Anwar Ibrahim dan setpolnya Abdul Rahman (yang rosakkan hubungan PAS-PKR Terengganu) pernah menziarahi Ustaz Saiful semasa beliau sakit dulu dan pernah berkata dalam loghat utara "Anak buah Ustaz Harun tapi lebih keras daripada Ustaz Harun"
Ada pihak bertanyakan Ustaz Saiful tentang perkara ini beliau menafikan wujud perjumpaan berkenaan dan berkata bersedia untuik berbincang dengan Ahmad Said jika dia berhasrat untuk berjumpa.
Datuk Seri Ahmad Said juga bermasalah sekarang ini dengan Sultan Terengganu, Pertabalan Sultan baru-baru ini tidak ada jemputan untuk Wakil Rakyat malah tiada pingat diberikan. Tiada majlis yang menunjukkan Sultan sudah tidak suka Mat Said. Mat Said hanya ada peluang dengan PR sahaja bagi mempertahankan kedudukannya.
Pihak kami difahamkan orang kuat Ahmad Said telah memberikan amaran jika perkara ini mengaibkan MB dan jawatan timbalan menteri seperti dijanjikan tidak ditunaikan DS Najib akan kehilangan Terengganu.
Betul ke Mat Said warning Najib melalui Orang kuatnya?? Kita nak lihat "Nelang Mat Said"
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
6 comments:
Perang gila kuasa dah bermula. Yg melantik taknak berambus yg nak kena buang meroyan tak nak turun takhta...
Ada juga yang kena NATANG sekali lagi
Kesian tengok tok said ni, org2 tua kata dahi sempit ni tanda kurang cerdik.
Bakal penganti nampak lebih berkaliber dan hensem plak tu..
Elok lah ganti Mat Said tu... bagi lah chance orang lain plak untuk berumah besar berkereta besar dan sebagainya..
Apa yang aku perhatikan pada mat said ni tidaklah sehebat mana..perangai kampung dia tu membuatkan Terengganu tidak kemana2..banyak membazir..
Biasa ah dlm politik heran apa gak, Mahathir ludah UMNO kemudian jilat balik,gak Mat Said tu kira nelang dah YB lain dak berani ketak langsung.Saya tabik Razali itu teman sejati.Fikirlah hak dlm UMNO sama belaka,nak 3T- takhta,wanita,harta.Saya simpati habis manis sempah dibuang.Jasa Mat Said bnyk maka kita kenang retek.Sayang, nasi sudah jadi bubur.Memang DS orng nelang.
dah org tak ndak tunggu apa lagi.... pindah aje le... setuju sangat tok mat keluar parti... buat parti baru... kami sokong tok mat said..
Catat Ulasan