Najib Berbohong Lagi!!

Sabtu, 31 Mei 2014


Bila kita bercakap tentang sesuatu isu, atau perbincangan dalam sesuatu isu yang ternyata tidak benar, atau tidak menyeluruh, dan banyak perkara di sorot dari pengetahuan para pendengar, maka, mereka yang bercakap itu dikatakan berbohong.

Dengan berbohong mereka mendapat keuntungan besar... maknanya dengan berbohong mereka akan mendapat faedah besar dalam mempengaruhi pendengar, dan ini adalah satu perbuatan menipu.

PM kita DS Najib Razak antara orang yang dimaksudkan.. suka berbohong dalam banyak hal. Mengenai kenaikan harga petrol, kenaikan harga barang, tarif elektrik, pertukaran MB dan lagi lagi lagi sehingga saya tak mampu nak tulis!!

PM yang suka berbohong, pemimpin yang suka berbohong adalah suatu MALAPERTAKA untuk rakyatnya. Tapi bagi Najib bohong itu dah jadi macam darah daging..

Terkini Najib kata Malaysia membebaskan 2 warga asing yang dijadikan tebusan tanpa sebarang bayaran. Ya kita bangga tapi dalam hati kita betul ke CAKAP NAJIB NI??

Hari ini laporan Reuter kata pembebasan dua wanita yang diculik di Sabah semalam dalam usaha bersama pihak berkuasa Malaysia dan Filipina hanya dicapai selepas pembayaran "wang tebusan yang besar".

Laporan ini bercanggah sama sekali dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa "tidak ada wang tebusan dibayar" untuk membebaskan pelancong China, Gao Huayun dan pekerja resort, warga Filipina Marcy Dayawan, yang diculik dari Singamata Adventures dan Reef Resort, di Semporna, 2 April lalu.

Najib menggunakan twitter untuk mempengaruhi pemikiran rakyat terhadap dirinya. Tweetnya, Najib menulis semasa lawatan rasminya ke China:

"Saya baru sahaja diberi taklimat oleh @PDRMsia bahawa kedua-dua wanita diculik dari sebuah resort di Sabah April lepas diselamatkan oleh pihak berkuasa kita."

"Tiada wang tebusan dibayar bagi mendapatkan pembebasan mereka. Kejayaan hasil kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina. Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat."

Apa yang saya boleh simpulkan KALAU TAK BOHONG tak dinamakan BN @ UMNO.


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

7 comments:

Tanpa Nama berkata...

Menipu adalah sifat munafik tapi masih ada orang yg dikatakan ulama menyanjung tinggi si munafik ini

Unknown berkata...

Apa pulak habua pihak milian Kalau tak ada wang tebusan? Janji apa pak jibb bagi sampai tebusan dibebaskan? Tepuk dahi cari jawapannya.

Tanpa Nama berkata...

sya terpaksa tipu sebab kawan..kawan pon dah bagi PANDA.MH370 jatuh tertembak hancur pon tak mengapa..lagi pon ni kemalangan..janji china bayar segala kos..serta bagi percuma panda seumur hidup..

Tanpa Nama berkata...

btul la...china dah tembak mh370...janji dia bayar semua kos....

Tanpa Nama berkata...

pak najibtuya ni memang kaki penipu kaki perempuan. biasalah dlm politik. semua penipu. sy difahamkan rundingan diadakan antara wakil malaysia dgn penculik minta wang tebusan rm12.5 juta.....! nak bohong lagi ka pak najibtuya? kalo tukar dgn kangkung tak apa jugak.

Unknown berkata...

Salam mullah qadammullah..tak baik kita kata pemimipin kita najib menipu..tapi bukan niat dia untuk menipu kita rakyat malaysia dan dunia..cuma najib ni..dia kencing aja...entahlah esok ada 7 golongan org yang berjalan di padang mahsyar..ada yang kepala kebawah kaki ke atas..ada yang lidahnya terkeluar sampai ke pusat.ada yang sambil berjalan minum bara api..entahlah memacam lagi.nauzubillah..cuma nanti esok tunggu ajalah bila allah menyoal di akhirat kelak..ini mahkamah sebenar mahkamah allah tak ada korupsi..dalam kubur pun malaikat beseloroh dengan kita ..tapi seloroh dema kaso...tak betui jawab dibalunnya sampai tak mahu...subahanallah..

Unknown berkata...

Positive Thinking saja. Hidup tenang

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan