Adakah Dun Terengganu akan dibubar??

Selasa, 13 Mei 2014


Mengikut maklumat terkini Adun daripada Umno yang telah keluar dari Umno dan mengistiharkan diri sebagai Adun bebas di Terengganu.

Mereka ialah YB Dato Seri Ahmad Said, MB Terengganu (Dun Kijal), YB Ghazali (Dun Ajil), YB Dato Mat Jidin (Dun Permasuri), YB Ir Rosli (Dun Kemasik), YB Nawi (Dun Hulu Besut) dan YB Roslee Daud (Dun Bukit Besi)


Pembubaran Dun dan Pilihan Raya bagi Negeri Terengganu di jangka akan diadakan dalam masa terdekat setelah YAB Dato Ahmad Razif MB Terengganu mendapat perkenan dari Tuanku Sultan Terengganu untuk membuburkan Dun ekoran daripada 6 orang YB daripada Umno telah mengumumkan keluar dari Umno dan menjadi YB bebas..

Kedudukan Kerusi Terkini Dun Bagi Negeri Terengganu ialah PAS 14  PKR 1 UMNO 11 BEBAS 6 daripada 32 jumlah Kerusi Dun Negeri Terengganu.

Pilihan Raya Negeri akan diadakan tak lama lagi jika Najib tak mampu untuk sogok balik YB-YB yang telah keluar parti.

Adakah ini pertanda Negeri Terengganu akan jatuh semula kepada Pakatan Rakyat dan petanda DS Najib akan digulingkan daripada UMNO!!!


Ramai orang UMNO marah bila menonton siaran perletakkan jawatan MB Terengganu oleh Ahmad Said dipandang sinis oleh pimpinan UMNO.

Ada yang mengganggap ini Hadiah untuk Ulang Tahun 68 UMNO kepada Umno Terengganu.

Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada PM dan segala barisan penasihat PM yang arif lagi bijaksana kerana telah menghadiahkan satu hadiah ulangtahun UMNO ke 68 yang amat bermakna kepada rakyat Terengganu.
"Perletakan jawatan" Ahmad Said sebagai MB Terengganu amat mengejutkan walaupun ia telah hangat dibincangkan sebelum ini.
Apa yang menarik untuk dibincangkan di sini ialah adakah masalah yang sedang berlaku kini tidak difikirkan oleh PM dan penasihatnya sehingga menyebabkan kerajaan BN Terengganu lumpuh ekoran beberapa adun BN keluar parti.
Terima kasih PM atas hadiah yang amat bermakna kepada warga UMNO Terengganu yang telah bertungkus lumus mempertahankan UMNO BN dalam PRU ke 13 yang lalu.
"Akhirnya hadiah yang ditunggu-tunggu telah tiba dari PM dan barisan penasihatnya."

Jika ada pilihan raya UMNO akan mendapat tentang bukan sahaja daripada Pakatan Rakyat (PAS) tetapi calon bebas di 32 Dun kata jurucakap Mat Said.

Sama-sama kita tunggu UMNO akan berkubur mampus di Terengganu!!!
TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)




1 comments:

Miss Vee berkata...

‘Perfect Women’ - This is What Every Men Really Want !!
Kenikmatannya Terasa Hingga ke Subuh !! >>>CLICK HERE !!

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan