Siapa anak muda bertopeng yang mencetuskan provokasi? (bersama video)

Khamis, 1 Mei 2014


Mereka dianggarkan 50 orang berpakaian hitam dengan sepanduk‎ “Unite against racism global”, berarak sekitar Dataran Merdeka dengan membakar suar.

Pergaduhan berlaku apabila kumpulan tersebut melanggar kamera media hingga menyebabkan pertengkaran mulut berlaku. Seorang daripada mereka mengasari petugas media dengan cuba menarik kamera jurukamera tersebut.

Mereka memanggil  media dengan kata-kata kesat seperti “media anjing” dan “inikah namanya kebebasan media‎”.

Kumpulan anak muda berpakaian hitam ini tiba-tiba sahaja melanggar benteng Unit Amal untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka. Anggota Unit Amal membuat benteng di situ ketika mereka menolak ke hadapan, membaling botol air dan terbabit dalam pergelutan.

Pergelutan itu, sedikit sebanyak 'mencemarkan' himpunan kali ini yang pada umumnya dilihat terkawal.

Keadaan cemas itu bagaimanapun kembali terkawal apabila Unit Amal dapat mengawal keadaan.

Pihak mana yang menghantar anak muda berkenaan untuk mencetuskan provokasi dan kenapa sebahagian mereka menutup muka mereka?

Manakala Pengerusi Solidariti Anak ‎Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham yang ditemui oleh The Malaysian Iinsider selepas kejadian menafikan kumpulan anak muda itu daripada SAMM dan menyatakan kekesalan dengan insiden tersebut.

Video kejadian menunjukkan bukti mereka ini.. Siapa mereka?



TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

10 comments:

Bile dah jadi mcm ni..semua org tuding jari ngata org ni le, org tu le punye keje dan sbgnye..Entahlah..harap2 tak teruk sangat mvm negara luar negara udah le..

Unknown berkata...

Tujuan perhimpunan bukan ini yang rakyat mahukan. Kami ingin berkumpul secara Aman. Jangan ada provokasi seperti ini lagi. Siapa mereka ? Mereka juga rakyat. MARAH !!! Kebanyakannya Rakyat rata2 MARAH. Taraf kehidupan semakin menghimpit ekonomi institusi kekeluargaan. Yang senang kian lenang. Yang susah semakin terbeban. Kenapa terjadi ??? Sebab kepimpinan mengingkari Perintah ALLAH SWT.

Tanpa Nama berkata...

Pertama sekali kita kena tanya apa niat kita untuk melibatkan diri. Apa objektif perhimpunan dan apakah yg kemungkinan yg akan terjadi.
Soalan mamat tu tak relevan kerana dia tahu siapa yg patut bertanggungjwb ke atas dahi kwn dia yg berdarah. Yg patut bertanggungjwb adalah dia yg menjerit, berhimpun dan merusuh, dan juga tuan punya diri sendiri. Bertanggungjwb lah atas segala perbuatan dan tindakan.

Tanpa Nama berkata...

Ada la pehak yg hantar mereka untuk cetuskan kekecuhan,agar himpunan gst ni gagal dan dijadikan alasan utk menghentam penganjuran nya.tapi syabas rakyat kerana telah memahami niat mereka yg cuba memprovok himpunan ini.

Tanpa Nama berkata...

Terang dah badan tulis SAMM..siapa lagi..suruh dyorg ni pegi aekolah pondok dulu...

Tanpa Nama berkata...

inilah pihak ketiga yg diutuskan oleh dajjal utk mencetuskan provokasi dlm usaha sebilangan rakyat menyatakan ketidak puasan hati dlm pentakbiran skg.mereka inilah anjing pemakan bangkai dgn topeng dan baju samaran............tidak berani bersemuka secara terangan.itulah amalan mereka dan semuga tuhan menerangkan hati mereka sebelum dikuburkan.

Tanpa Nama berkata...

Org umno kot....semua bende2 jahat ni org umno yg buat

Unknown berkata...

badrul berghenti laaaaah!

Tanpa Nama berkata...

memang umnuuu! yang arah depa buat,selalunya yang buat kacau ialah balaci2 umnu?

Tanpa Nama berkata...

Kalau org jahat takkan dia nak tulis kat baju dia ' saya pembunuh' kemudian buat kecoh. Ini org upahan, kalau tak caya tangkap mangkok ni, ajar sikit bg dia mengaku. Suruh polis tangkap puak2 ni . Habis cite...

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan