Hudud, Kenapa Hishamuddin Rais takut sangat?

Selasa, 6 Mei 2014


Saya tak berapa suka untuk mengulas kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Hishamuddin Rais berkenaan isu Hudud. Walaupun dia lebih berhati-hati dalam menyebut tetapi kenyataan sinikal dan sangat biadap kepada mereka yang berusaha untuk melaksakan peraturan agama membuatkan saya rasa dia tidak suka dengan hudud.

Melebel dan membuat tohmohan kepada sebahagian kepimpinan PAS yang berusaha untuk melaksankan hudud sebagai golongan yang ghairah untuk bekerjasama dan membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO suatu yang sangat dangkal. Sepatutnya seorang yang aktivis dan penganalisis politik Hishamuddin sepatutnya tidak emosi dalam membuat telahan politik.

Saya melihat sentimen dan emosi mempengaruhi Hishamuddin dalam membuat kenyataan. Kita memang boleh berbeza pendapat tetapi kalau perbezaan itu diasaskan atas sentimen diri sendiri sepatutnya Hishamuddin berdiam diri sebab ini adalah hukum Allah.

Hudud sebenarnya hanya salah satu daripada cabang undang-undang Kanun Jenayah Syariat Islam (II) yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 1993. Jenayah syariah Islam perlu difahami dalam bentuknya yang lebih jelas seperti hudud, qisas dan takzir.

Seperti yang saya tulis sebelum ini hudud mengandungi
7 elemen iaitu Syurb, Qazaf, Zina, Sariqah, Hirabah, Riddah dan Bughah.

Orang Islam sepetutnya tidak perlu risau sebab bila hukuman Allah dijalankan kita tidak lagi diazab oleh Allah diakhirat nanti atas kesalahan yang telah dihukum didunia.

Orang bersalah sahaja merasa risau dan takut. Apakah Hishamuddin Rais rasa ada membuat salah sehingga boleh dikenakan hukuman hudud, qisas dan takzir?

Satu perkara yang diingatkan kepada Hishamuddin jika kesalahan itu tak terdedah dan tidak ada yang tahu, bertaubat dengan Allah adalah sebaiknya. Sebab itu hakim-hakim Islam diajar untuk mengelak seboleh-boleh jangan menghukum dengan mencari keraguan yang ada.

Adakah Hishamuddin rasa kalau ditangkap terus dipotong tangan tanpa bicara?

Berilah peluang kepimpinan PAS yang berusaha untuk kearah ini buat kerja mereka., tunggu dan lihat. Kalau nak komplen atau melabel tunggulah sehingga perkara ini selesai.

Jangan kita pula menjadi penghalang.


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)




17 comments:

Tanpa Nama berkata...

Hisham ni eloklah tidak mencampuri urusan hudud, jika tidak dapat memahami bhw ianya adalah perintah Allah yg mana tidak boleh diulas-ulas lagi. Biarkan orang yg faham mendalam dlm ilmu agama shj membicarakannya. Jika dia mahu memperkatakan mengenai hudud sebaiknya dia pelajari terlebih dahulu, kerana dikhuatiri ia menjadi sesat dan menyesatkan jika tanpa dipandu dgn disiplin ilmu.

bat8 berkata...

Tuan,

Pandangan hisham ini dikongsi oleh ramai orang yang menyokong PAS dalam PRU 13 lalu yang bukan ahli PAS. Kerana sokongan merekalah maka PAS mendapat sampai 15 kerusi di Selangor. PAS berada di arus perdana politik tanah air. Jika kita toleh keadaan sebelum tsunani 2008, PAS hanya kuat Di Kelantan je. Pencapaian PAS di Kedah dan Terengganu sahaja. Ahli PAS kena ingat baik PAS maupun UMNO tidak boleh mencapai kejayaan yang cemerlang jika hanya bergantung kepada undi ahli parti sahaja.

Orang PAS jangan jadi macam cai UMNO - susah nak faham isu. Tiada orang Islam yang tidak menyokong hudud. Yang me jadikan kebimbangan penyokong PAS yang bukan ahli PAS ialah takut PAS kena main dengan UMNO menggunakan isu hudud ini. Kebanyakan mereka ini sayangkan PAS dan mereka amat faham dengan perangai UMNO.

Dalam isu sokongan UMNO kepada usaha PAS Kelantan membawa RUU Hudud ini, bagi orang yang masak dengan perangai UMNO nampak ketidakseriusan UMNO. Yang kita N ajib cakap lain, jamil khir cakap lain. Semua pemimpin UMNO hanya cakap sahaja sedangkan usaha yang ikhlas diperingkat pemimpin tertinggi UMNO tak ada. Kami sudah tengok banyak stail ini digunakan oleh UMNO untuk menipu pelbagai pihak untuk mengekalkan kuasa dan melepaskan diri apabila terdesak. Takkan kita tidak nampak stail Najib - dia sanggup berjanji apa sahaja untuk melepaskan diri dia seorang. Tengok pada janji-janji sebelum PRU 13, Menifesto BN PRU 13. Berapa yang dia kelentong setelah menang? 5 tahun sudah cukup untuk kita menilai dan mengenali Najib dan UMNO dibawah Najib.

Pemimpin PAS selalu memberi alasan bahawa UMNO m3nunjukkan keinginan untuk menyokong setelah berpuluh tahun menentang perlaksanaan hudud dsb. Ini adalah pandangan yang cetek.

Ingat semasa kempen-kempen Naj8b dan UMNO sebelum PRU 13. Macam-macam janji dan aku janji diberi. Bermacam-macam bantuan dihulur dan ditabur. Lepas menang apa jadi? Bila dah menang Najib dan UMNO mungkir. Dia tindas rakyat kow-kow sampai saat ini masih tidak berubah.

Apakah ciri-ciri ini yang masih terus diamalkan menunjukkan keikhlasan dan keinginan hendak berubah?

Apatah lagi bila kita maklum bahawa UMNO menolak untuk melaksanakan hudud di Terengganu sedangkan enekmen Hudud Terengganu pun sama seperti Kelantan dan keadaan sosio-politik pun sama dengan kelantan. Tak ada sebab mengapa UMNO mahu sokong hudud dilaksana di Kelantan sahaja sedangkan tak mahu hudud dilaksanakan di Terengganu?Tak p3lik ke kepada p3mimpin PAS sikap UMNO dalam isu ini.

Pemimpin PAS pun menyumbang kepada kebimbangan orang ramai diluar PAS kerana tidak menghuraikan p3ndirian PAS m3ngapa.PAS menerima hasrat UMNO hendak m3nolong PAS melaksanakan hudud di Kelantan sahaja sedangkan UMNO bol3h juga bersama-sama melaksanakan hudud di Terengganu jika UMNO mahu.

Itu pokok persoalan yang cuba disampaikan ol3h hisham dan penyokong2 PAS yang bukan ahli. Jangan ikut perangai UMNO, dia yang bodoh maka UMNO menganggap s3mua rakyat pun bodoh macam ahli UMNO!


fazil berkata...

Hisham rais dan mohd sayuti omar bernama....tempayan retak ni siapa penulisnya...sekadar mencedok artikel dari internet atau keluar mencari bahan berita....mcm bukan rangkaian sumber maklumat?

fazil berkata...

Hisham rais dan mohd sayuti omar bernama....tempayan retak ni siapa penulisnya...sekadar mencedok artikel dari internet atau keluar mencari bahan berita....mcm bukan rangkaian sumber maklumat?

Tanpa Nama berkata...

Pas kena faham strategi. kena ada pakar dalam peperangan. perang saraf, pertempuran terbuka atau jungle warfare. ini simbolik. nanti ada juga insan yang tak faham maksud peperangan ini. kalau PAS berkerjasama dengan musuh sebelumnya untuk memerangi musuh satu lagi jawabnya tentu Pas dah kalah awal awal lagi.Betul ada sunnah dalam pakatan, tetapi dalam perjuangan untuk Islam hanya keajaiban sahaja yang boleh menyebabkan musuh menyokong Pas. Jadi pemimpin Pas fikir fikirkan lah.

Unknown berkata...

Utk Bat8

Pandangan hisham ini dikongsi oleh ramai orang yang menyokong PAS dalam PRU 13 lalu yang bukan ahli PAS. Kerana sokongan merekalah maka PAS mendapat sampai 15 kerusi di Selangor. PAS berada di arus perdana politik tanah air. Jika kita toleh keadaan sebelum tsunani 2008, PAS hanya kuat Di Kelantan je. Pencapaian PAS di Kedah dan Terengganu sahaja. Ahli PAS kena ingat baik PAS maupun UMNO tidak boleh mencapai kejayaan yang cemerlang jika hanya bergantung kepada undi ahli parti sahaja.

1. Apa kaitan ahli PAS sahaja dengan Hudud? Apakah bukan ahli PAS tak mahu hudud? Hudud datang daripada Allah untuk semua bukan untuk PAS. Adakah saudara berfikiran sekira buat hudud kita akan kalah PRU? Makna buat hukuman Allah kita tak dapat sokongan?

..............

Orang PAS jangan jadi macam cai UMNO - susah nak faham isu. Tiada orang Islam yang tidak menyokong hudud. Yang me jadikan kebimbangan penyokong PAS yang bukan ahli PAS ialah takut PAS kena main dengan UMNO menggunakan isu hudud ini. Kebanyakan mereka ini sayangkan PAS dan mereka amat faham dengan perangai UMNO.

2. Tuan ada prof kenyataan ini bahawa PAS main-maian dalam hukum hudud? Tuan tahu tak semenjak bila hudud ini menjadi isu dalam PAS.

Tuan juga tak tahu pasal isu sekarang ini, soal UMNO nak buat hudud atau tidak itu bukan urusan kita tapi "Opportunities" (peluang) yang UMNO bagi. Tuan baca artikel saya di sini baru tuan faham maksud sebenar.

http://tempayanretak.blogspot.com/2014/04/mengulas-tulisan-khalid-samad-pasal.html

........

Saya ulas 2 perenggan dulu

Unknown berkata...

fazil mempertikai saya samada bernama atau tidak bukan hujah. Sama juga saya kita boleh mempertikaikan Hishamuddin dan Sayuti pasal dia bukan tokoh agama mana dia boleh bercakap pasal agama... samakan!!!

Cari hujah lain kalau tak setuju

Unknown berkata...

Sekarang PAS dah berperang dengan UMNO pasal Hudud, hanya yang tak sedar tak tahu.. L:Ihat siap kena selepas ini

bat8 berkata...

Tuan,

Sebagai orang Islam kita semua mahu hudud tak kira orang PAS atau orang UMNO atau orang Amerika yang berugama Islam. Sebab kita sokong usaha PAS untuk membawa hudud di Kelantan maka kita menyalurkan pandangan yang pada pandangan orang diluar PAS tidak diambilkira ol3h p3mimpin PAS. Kita tidak mahu usaha ini gagal kerana sikap naif yang tidak berpijak kepada realiti. Apakah sdra masih keliru bahawa PAS mengamalkan sikap terbuka kepada pandangan berb3za dan meraikan kep3lbagaian p3ndapat demi kebaikan Islam bercanggah d3ngan sikap sdra.

2. Adakah saya meragui kesungguhan PAS untuk melaksanakan hudud? Kat mana dalam komen saya yang saya meragui kesungguhan PAS? Kalau sdra baca elok2 dan s3cara berhati-hati apa yang saya tulis - saya meragui keikhlasan UMNO dalam membantu PAS dalam melaksanakan hukum hudud di Kelantan berdasarkan s3jarah dan kepada perangai UMNO yang ada hari ini. Saya bagi hujah2 saya. Bol3h faham tak?

3. Sdra kata UMNO bagi "OPPORTUNITIES". Ini adalah satu perkataan yang mempunyai makna besar. Pernah dengar frasa-frasa: ETP, NKRA,KPI wasatiyyah dsb yang dilaungkan ol3h UMNO? Perkataan2 besar untuk m3mukau rakyat yang kosong sahaja.

Jadi pertayaan saya - tolong hurai dan jelaskan apakah b3nda yang dikatakan "opportunities" yang UMNO beri kepada PAS selain dari perkataan "OPPORTUNITIES" yang berbunyi hebat itu? Pernah UMNO memberi jaminan secara rasmi dan jelas apa bentuk bantuan yang bol3h UMNO beri dalam bentuk 1,2,3 dsb? UMNO hanya bercakap kabur s3perti s3lalu. Tidak sukar untuk UMNO mengeluarkan tawaran jelas dalam isu perlaksanaan hudud ini kerana UMNO melalui kerajaan pers3kutuan mempunyai JAKIM, Majlis Fatwa, p3lbagai pakar yang boleh membantu UMNO untuk m3njelaskan apa bentuk
"OPPORTUNITIES" yang UMNO nak tawarkan kepada PAS.

bat8 berkata...

Sdra tidak bol3h m3ngamalkan sikap berpuak seperti puak ulamak, puak profesional di dalam perjuangan PAS kerana dasar PAS hanya satu iaitu Tauhid yang satu.Keperdanaan PAS hari ini adalah kerana gabungan dan kerjasama erat kedua kumpulan ini yang berjuang atas kalimah yang satu: la illah haillallah Muhamad Rasulullah.

Jangan jadi seperti UMNO.Mereka berpuak2 bukan m3ngikut kelulusan akademik tetapi berdasar ketua-ketua yang mempunyai poket t3bal dan dalam.Mereka membentuk puak untuk tujuan mencari kesenangan dengan m3mintas pelbagai peluang ekonomi yang disediakan oleh kerajaan kepada orang ramai.

Jangan jadi kelulusan akademik sebagai asas untuk berpuak. Yang berk3lulusan ugama,memanglah m3mpunyai kel3bihan dibidang itu t3tapi selalunya tidak arif dibidang-bidang lain. Jadi golongan profesional yang berada dalam PAS memang tidak ahli bidang ugama. Mereka ahli dibidang mereka masing-masing selain ugama dimana puak yg berp3ndidikan ugama tidak mahir. Saya percaya cinta mereka kepada Allah dan Rasul tidak kurang dari mereka yang berkelulusan ugama.

Jadi wise up sdra. Jangan main angkat puak dalam PAS. Kalau tak àpa beza PAS dan UMNO.

sarjan misai berkata...

hujah yg baik dari bat8...admin ce try bg hujah balas..yg kuinginkan hanya lahpencerahan...

Unknown berkata...

Terima kasi Bat8

Saya setuju PAS engamal sikap terbuka dan sudara pun setuju, sebab itu ada banyak forum mengenai hudud. Apa masalahnya?

Yang saya tegur ialah sikap menyerang secara tidak rasional dengan pelbagai label kepada pimpinan PAS yang nak hudud ini.

Dalam tulisan tuan, tuan sebut tuan meragui kesungguhan UMNO atas sejarah yang berlaku. Maknalnya tuan tak baca link yang saya pasal OPPORTUNITIES. Saya sebut dalam SWOT kesungguhan UMNO ada melihat secagai acaman dan ada juga melihat sebagai peluang (OPPORTUNITIES).

OPPORTUNITIES just adalah strategi PARTI dalam isu ini... Cthi paling kecil mendaki guna ada melihat sebagai acaman dan ada melihat sebegai peluang itu adalah bergantung perseptif masing-masing.

Bila saudara kata saya berpuak-puak dalam PAS bermakna saudara tak banyak tulisan saya kesuluruhannya dan melabel saya berpuak-puak. Saya tak marah sebab tanggapan seseorang bergantung setakat mana ditahu.

Untuk makluman tuan saya telah hurai pasal Dewan Ulamak PAS, Siapa yang layak jadi ulama dalam PAS. Pasal 43 perlembangaan PAS menghuraikan Dewan Ulama PAS pusat. Dan Pasal 47 menghuraikan Dewan Ulama Negeri. Dalam perlembangagan PAS tidak ada satu pasal pun menyebut siapa yang layak jadi ulama. Ulama yang dsebut sebenar adalah ahli PAS sendiri yang meletak nilai. Jadi sesiapa ahli PAS boleh jadi ulama kalau ikut perlembangaan.

Jadi tulisan kemudian tuan sudah lari dan tak perlu saya ulas. Saya anggap itu tanggapan tuan yang saya rasa salah untuk saya.

Ok terima kasih sekali lagi.
Maaf tulisan tak teratur dalam perjalanan, Lagi pun ruang ini tak sesuai untuk berforum. Just untuk komen sahaja.

bat8 berkata...

Sdra,

Pertama sekali kita yang perlu kita fahami mengenai isu hudud ini ada 2 perkara: pertama Enakmen Hudud yang telah diluluskan oleh DUN Kelantan, kedua ialah proses untuk melaksanakan hudud itu sendiri dan rentetan yang berlaku disekitar proses itu sendiri oleh 2 pemain utama iaitu PAS dwn UMNO.

Setakat ini, orang seperti saya tidak mempertikaikan enekmen hudud itu. 3nekm3n hudud itu terlalu t3knikal dan diluar kemampuan kami untuk mengulasnya. Apatah lagi ia digubal oleh satu pan3l yang eminen seperti AlMarhum Dr Mahmud Saedon dan Almarhum Prof. Dr Ahmad Ibrahim.

Yang diulas dan diberi pandangan alternatif adalah pe4kara kedua diatas. Perkara ini tidak memerlukan kepakaran khusus jika ingin memberi komen mengenai enekm3n itu sendiri.

Saya tidak bercadang untuk menjawab komen te4baru tuan kerana terdapat percangahan dengan apa yang dikatakan sebelum dan ulasan selepasnya. Contohnya mengenai " OPPORTUNITIES". Sila rujuk balik 2 komen sdra diatas.

Mengenai isu berpuak - juga adalah respon saya apabila sdra menuduh hishamudin rais dan sayuti omar diatas. Saya rasa komen saya diatas sudah cukup jelas dan tak ada apq nqk ditambah.

Cuma satu yang saya ulas - jangan guna alasan "STRAT3GI" sebagaimana UMNO m3nggunakan alasan " kerana keaelamatan negara" sebagai alasan untuk menutup isu. Sebenarnya apa yang kita bincangkan setakat ini adalah isu-isu yang berada diluar apa yqng dikatakan strat3gi. Ia adalah keperihatian yang lumrah timbul difikiran sesiapa sahaja yang mengambil berat mengenai dan sayangkqn PAS. Ia l3bih kepada menuntut pencerahan kerana banyak maklumat yang ada didepan mata tidak mendapat feedback yang sewajarnya dari pemain utama dipihak PAS.

Jika sikit-sikit bagi alasan strategi, takbol3h beritahu - then there is something wrong with u people. Perkara yang pertama terlintas dibenak fikiran ialah keupayaan PAS itu sendiri.

Undi nak bila PRU/PRK tapi cara macam tak perlu undi kami. Sorry to say lah itu perception biasa bila berhadapan dengan PAS.

wake up project berkata...

Assalam..nak laksana hukum Islam jgn separuh2..buat semua sekali..ini tak, hudud je...yang lain, keadilan sistem ekonomi, kos sara hidup, pencegahan perzinaan mcm tutup aurat dan pergaulan bebas..tutup aurat juga termasuk dalam tv, ,majalah dan surat khabar, kemudahan untuk kahwin, sekarang kan mcm susah nak kahwin..cuba la luas sikit pengertian undang2 Islam tu..ah lagi satu, hudud bukan pada yang Islam je,, tapi pada semua..

Tanpa Nama berkata...

Nak tahu UMNO ikhlas atau tidak cuba minta pimpinan tertinggi PAS buat penerangan hudud dalam tv,boleh ker?Jika ini berlaku mungkin banyak persoalan harubiru rakyat dan gitugini hudud akan terjawab.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak mau jadi islam lagi...hukum bunuh ke? Ada kah org yg keluar islam sama dgn penjenayah?

Tanpa Nama berkata...

setuju dng pndangan....
kami sayang pas.... kami takut pas dipermainkan umno yg memang sifatnya suka munkir janji... maklumlah kan spesis setan....
klau 56th tak boleh jelas dan berbincang untuk hudud... mengapa pula di saat umno nak tenggelam tiba2 mau kpd hudud....
mesti ada agenda politik di sebalik perjumpaan itu...
pas jngan terkena tipu bnyak kali dng umno yg dah nak kojol..

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan