Anak pengasas Hamas dikatakan ejen Israel

Khamis, 25 Februari 2010

BAITULMAKDIS 24 Feb. - Anak seorang pengasas Hamas dikatakan berkhidmat sebagai ejen Israel untuk tempoh lebih sedekad dan telah membocorkan pelbagai maklumat sulit yang menggagalkan banyak serangan berani mati yang dirancang oleh Hamas.

Akhbar harian Haaretz melaporkan hari ini, individu terbabit, Mosab Hassan Yousef merupakan salah seorang penyampai maklumat paling berharga bagi agensi perkhidmatan keselamatan Israel, Shin Bet.

``Maklumat daripada Mosab membantu penangkapan beberapa individu berkedudukan tinggi ketika intifada berdarah Palestin yang bermula pada 2000,’’ kata Haaretz.

Bapa Mosab, Sheik Hassan Yousef yang merupakan salah seorang pengasas kumpulan militan Hamas pada 1980-an ketika ini berada dalam penjara di Israel.

Seorang jurucakap Hamas, Mushir al-Masri berkata, laporan Haaretz itu tidak lebih daripada sekadar karut dan bohong. - AP

Catatan Nabila: Dia dikatakan tukar agama menjadi kristian

Baca Lagi...

Kelantan Tiada Halangan Wanita Pegang Jawatan Tinggi - Nik Aziz

KOTA BAHARU: Kerajaan negeri Kelantan tidak mempunyai sebarang halangan dan masalah dengan lebih ramai wanita memegang jawatan tinggi di dalam sektor awam berbanding lelaki.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perkara yang paling penting adalah mutu perkhidmatan dan kualiti kakitangan awam itu yang perlu diambil kira tanpa mengira kakitangan itu wanita ataupun lelaki.

"Di dalam Islam lelaki dan wanita sama sahaja. Tiada siapa yang lebih," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin Isnin lepas bahawa trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Nik Abdul Aziz berkata di dalam Islam, lelaki hanya mendahului wanita sebagai pemimpin dalam rumahtangga.

"Bagi saya ianya tidak menimbulkan sebarang masalah jika ramai wanita memegang jawatan tertinggi di dalam sektor awam," katanya. - BERNAMA

Baca Lagi...

Keluarga Teoh Gembira Anak Beng Hock Bawa Nama Keluarga

ALOR GAJAH: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock hari ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah meluluskan permohonan berhubung penggunaan nama Teoh bagi anak yang dilahirkan tunang mendiang, Soh Cher Wai.

Kakak mendiang, Teoh Lee Lan berkata mereka sekeluarga gembira apabila di beritahu Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya bahawa Beng Hock akan dinamakan sebagai bapa dalam sijil kelahiran bayi itu.

Katanya keluarganya memutuskan untuk menamakan bayi lelaki itu dengan nama Teoh Er Jia.

Teoh, 30, setiausaha politik seorang anggota exco kerajaan Selangor, ditemui mati terjatuh di aras lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai selepas diminta memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna dana oleh beberapa wakil rakyat Selangor.

Sebelum ini, keluarga mendiang telah membuat beberapa permohonan supaya nama Teoh dinamakan sebagai bapa kepada anak yang dilahirkan Soh.

Soh, yang kini masih dalam pantang di rumah keluarganya di Batu Pahat, Johor, melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.9 kilogram di Hospital Pantai, Batu Pahat, Johor pada 22 Feb.- BERNAMA

Baca Lagi...

Syed Hussin, Saya Mohon Maaf - Tee Beng

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Dr. Syed Husin Ali berhubung beberapa kenyataannya melalui media sebelum ini.

Katanya, permohonan maaf itu telah dipanjangkan kepada Lembaga Disiplin PKR dan beliau dimaklumkan perkara tersebut akan dirujuk kepada pihak pimpinan tertinggi.

"Walaupun kenyataan maaf saya ini tanpa kebenaran lembaga kerana mereka perlu merujuk dulu pada pimpinan tertinggi, saya ingin memohon maaf kepada Syed Husin berhubung semua kenyataan saya melalui media sebelum ini.

"Saya juga ingin menarik balik semua kenyataan saya terhadapnya sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas hadir memberi keterangan kepada lembaga disiplin di sini hari ini.

Beliau mengakui segala kenyataannya terhadap Syed Husin sebelum ini dipengaruhi perasaan marah, salah faham dan emosi.

"Semuanya salah faham, pada ketika itu saya memberi kenyataan mengikut perasaan marah dan emosi. Saya harap kita dapat meneruskan perjuangan parti sebagai sebuah keluarga," katanya.

Sebelum ini, Tee Beng mempersoalkan kesahihan pelantikan Syed Husin sebagai Timbalan Presiden PKR selepas mahkamah memutuskan bahawa Parti Rakyat Malaysia (PRM) masih wujud.

Pada sidang akhbar 3 Februari lalu, dia dengan lantang mempersoalkan gabungan PRM dan PKR kerana status parti itu.

Sebelum menyertai PKR, Syed Husin merupakan Presiden PRM. Malah Tee Beng juga mencabar Syed Husin supaya meletak jawatan dalam PKR.

Dalam pada itu, beliau berpuas hati dengan perjumpaannya bersama ahli lembaga disiplin parti hari ini ekoran kritikan kerasnya terhadap kepimpinan parti dan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Saya berpuas hati dengan perjumpaan hari ini. Saya anggap semua isu berkaitan dengan diri saya sudah selesai," ujarnya.

Menurutnya lagi, perjumpaannya hari ini hanya menjawab segala soalan daripada ahli lembaga berhubung semua kenyataannya dalam media yang menimbulkan kontroversi dan keputusan akan dikeluarkan dalam masa dua minggu.

"Saya memberi kerjasama dan menjawab semua soalan mereka. Kita tunggu dan lihat apa keputusannya nanti, saya tidak boleh komen," katanya.

Ditanya mengenai kenyataannya terhadap Guan Eng dan adakah beliau akan memohon maaf seperti tindakannya kepada Syed Hussain, Tee Beng berkata, beliau tidak akan memohon maaf dan menarik balik kenyataan terhadap Guan Eng.

Sehubungan itulembaga disiplin parti untuk membuat penilaian.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan ada berbincang mengenai perkara tersebut semasa disoal oleh lembaga disiplin.

"Sudah tentu isu itu dibangkitkan...dan saya menjawab semua soalan yang ditanya berhubung kenyataan saya pada media.

"Isu saya dan Syed Husin adalah persengketaan dalam keluarga, manakala Guan Eng adalah persengketaan saya dengan 'jiran'. Saya serahkan kepada 'bapa' untuk menyelesaikannya dan saya tidak akan menarik balik kenyataan saya terhadapnya," katanya.

Dia turut menegaskan masih lagi seorang ahli PKR dan meminta media menghentikan segala spekulasi dirinya akan meninggalkan parti itu.

"Saya masih seorang ahli PKR, saya mohon kepada semua dan pihak media supaya menghentikan spekulasi saya akan meninggalkan parti. Itu tidak benar," katanya.


Baca Lagi...

Anwar Akui Salah Pilih Calon

Rabu, 17 Februari 2010

PULAU PINANG: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui beliau salah memilih beberapa calon bagi mewakili parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum yang lepas.

"Calon bagi kerusi Parlimen saya yang pilih. Ketika itu PKR masih baru. Jadi kita terpaksa angkat (mereka)," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, PKR akan lebih berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang tidak goyang, tetapi kuat dan bersih.

Minggu lepas, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengisytiharkan keluar dari PKR dan menjadi Anggota Parlimen bebas.

Beliau kecewa dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta kesal dengan perjuangan PKR dalam pakatan pembangkang. - BERNAMA
Baca Lagi...

Tidak pernah dendam

Selasa, 16 Februari 2010

KUALA TERENGGANU – Irwan Affandi Che Mat, 30, tidak pernah berdendam dengan adiknya, Shahrul Azmi, 20, meskipun tindakan remaja itu menikamnya dengan menggunakan pisau rambo, 3 Februari lalu hampir meragut nyawanya.

Irwan Affandi yang baru pulang dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dikatakan telah memaafkan segala kesalahan adiknya kerana menganggap segala perlakuan itu dilakukan di luar batas kesedaran remaja terbabit.

Bapa saudaranya, Rozali Hassan, 48, berkata, hubungan rapat yang terjalin antara dua beradik itu menyebabkan mangsa mudah memaafkan adiknya walaupun sedar perkara itu membawa sejarah hitam dalam hidupnya.

Keakraban dan kemesraan mangsa dengan ahli keluarganya kata Rozali, dapat dilihat apabila perkara pertama yang ditanya Irwan Affandi sebaik sahaja dia sedar di HSNZ adalah keadaan bapa, ibu dan adik-adiknya.

“Saya beritahu bapanya sudah meninggal dunia, manakala adiknya terpaksa ikut undang-undang (dalam lokap), walaupun payah namun saya lihat dia boleh menerima hakikat itu dengan linangan air mata,” katanya ketika ditemui semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Irwan Affandi cedera parah dan berada dalam keadaan kritikal setelah dia ditikam adiknya sendiri menggunakan sebilah pisau rambo ketika sedang tidur di rumahnya di Kampung Pulau Duyong.

Bagaimanapun bapanya, Che Mat Nik, 51, seorang mekanik enjin bot meninggal dunia di tempat kejadian setelah turut ditikam oleh suspek ketika cuba membantu menyelamatkan mangsa.

Setelah 10 hari kejadian malang tersebut menimpa keluarnya, Irwan Affandi yang koma selama enam hari akibat tikaman itu akhirnya beransur pulih dan dibenarkan pulang ke rumah petang kelmarin.

Namun begitu kata Rozali, anak saudaranya memilih untuk pulang ke rumah neneknya di Pulau Duyong, bukan rumah sendiri selain belum bersedia untuk berjumpa dengan pihak media kerana masih bersedih di atas insiden berkenaan.

“Keadaan fizikalnya sudah 70 peratus pulih, tapi emosinya masih ‘sakit’ kerana kejadian itu telah memberi kesan besar kepadanya, oleh itu dia tidak mahu balik ke rumahnya sebab tidak mahu ingatannya terganggu.

“Dia ada minta untuk menziarahi kubur arwah bapanya dan berjumpa adiknya di lokap, kami akan menunaikan permintaan itu selepas keadaannya pulih sepenuhnya,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Pulau Duyong.

Menurut Rozali, bagi mengubat kedukaan dan menghilangkan segala kisah hitam itu daripada fikiran kakak dan anak saudaranya, beliau bercadang untuk membawa mangsa dan ahli keluarganya bercuti apabila keadaan mengizinkan.

“Namun, apa yang membimbangkan saya adalah masa depannya (Irwan Affandi) kerana akibat tikaman itu organ penting seperti hati dan paru-paru cedera, mungkin dia tidak boleh melakukan kerja berat lepas ini,” katanya. _ SInar Harian
Baca Lagi...

Tidak perlu ada sambutan Maulud

KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Negeri tidak akan mengadakan sebarang sambutan bagi menyambut Maulidur Rasul memandangkan bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan.

Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan tetap tidak akan menyambutnya, walaupun negeri lain membuat sambutan secara besar-besaran.

“Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa.

“Di rumah saya sendiri, saya tak pernah buat Maulud. Sebenar-benar Mau-lud bagi saya, bagi orang seperti kami (gerakan Islam) ialah mewujudkan suasana Islam dalam sebuah negara. Ini sebenar-benar Maulud,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sewaktu berkunjung ke rumah Pengerusi Eksekutif SBJ Binajaya Sdn Bhd sempena sambutan Tahun baru Cina di sini, semalam.

Dua hari lepas, akhbar arus perdana menyiarkan laporan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang sebelum ini diadakan setiap tahun bagaimanapun ekoran kritikan hebat dan bimbang kehilangan sokongan orang Melayu, Kerajaan Negeri itu membuat keputusan untuk mengadakan kembali perarakan Maulidur Rasul walaupun mengikut program asal sebelum ini ia dibatalkan.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, baginya penerapan nilai-nilai Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Pas di negeri ini sepanjang tahun adalah Maulud sebenar.

“Saya di Kelantan ditugas menjaga Kelantan betul-betul berasas kepada Islam. Ekonomi cara Islam, sosial cara Islam, budaya cara Islam yang dilaksanakan sepanjang tahun, itu Maulud bagi saya. Maulud bagi saya sepanjang tahun,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menggalakkan rakyat di negeri ini meneruskan amalan kunjung-mengunjungi dalam usaha mengeratkan hubungan di antara kaum.

“Saya datang ke rumah Datuk Tan untuk mengucap Selamat Tahun Baru kepada kaum Cina. Ucapan tahun baru ini ialah adat resam bangsa tertentu. Orang Melayu tidak ada tahun baru, selain tahun hijrah. Zaman dulu peladang dan petani ada musim menabur.

“Kini sudah tidak ada. Yang ada ialah tahun hijrah. Sambutan Tahun baru bagi orang Cina, itu dia punya fasal. Saya setiap tahun datang mengucap Tahun Baru Cina kepada orang Cina.

“Dan orang Cina nak kata tahun harimau ke, tahun apa, itu dia punya pasal. Tak ada apa. Dalam Islam tak ada masalah apa,” katanya.

Mengulas mengenai ama-lan kunjung mengunjungi, Nik Abdul Aziz berkata, ia tidak menjadi masalah dalam Islam.

“Masalah orang Melayu berkunjung Tahun Baru Cina ke, orang Cina nak berkunjung ke rumah orang Melayu, tak ada apa dalam Islam.

“Kita jangan sekali-kali terpengaruh dengan keadaan semasa. Kadang-kadang benda yang berlaku semasa ini tidak serupa dengan kehendak agama. Tetapi dengan sebab benda itu berlaku semasa bercanggah dengan agama, kadang-kadang menjadi masalah. Contohnya, Maulud Nabi.

“Saya minta orang Melayu, Cina dan sebagainya duduk dalam keadaan baik. Orang Islam tidak meletak bangsa ini lebih, walaupun bangsa Arab, walaupun bangsa Nabi, namun tidak lebih dari bangsa lain,” katanya. - Sinar Harian
Baca Lagi...

Libya gantung semua visa EU kecuali Britain

TRIPOLI 16 Feb. - Libya telah menggantung pengeluaran visa kepada semua warga Kesatuan Eropah (EU) kecuali Britain, kata seorang pegawai di lapangan terbang antarabangsa utama negara tersebut hari ini.

Agensi berita ketika mendapatkan pengesahan mengenainya daripada pegawai terbabit yang enggan namanya disiarkan berkata: ``Benar. Keputusan mengenai perkara ini sudah dibuat. Tiada visa akan dikeluarkan untuk rakyat Eropah kecuali Britain.’’

Tiada penjelasan diberikan berhubung punca tindakan itu diambil dan tiada pengesahan rasmi diperoleh sama ada daripada kerajaan Libya mahupun para pegawai EU.

Libya sudah berbulan-bulan lamanya menghadapi masalah diplomatik dengan Switzerland berhubung pendakwaan ke atas dua ahli perniagaan negara Eropah itu yang bekerja di Libya. - Reuters
Baca Lagi...

Abdullah bersumpah apa yang ditulis Tuan Ibrahim Tak Benar

Ahad, 14 Februari 2010

Jimadie Shah Othman

Exco Pemuda PAS Abdullah Karim - yang mengecam Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dalam isu jawatankuasa disiplin - kini bersumpah dengan nama Allah bagi mempertahankan hujahnya.

"Saya bahkan bersumpah dengan nama Allah bahawa apa yang ditulis oleh Tuan Ibrahim itu adalah tidak benar sama sekali," katanya.

Tuan Ibrahim pada 3 Februari, antaranya mendakwa aduan Abdullah - berhubung penglibatan ahli PAS dalam "konspirasi menjatuhkan Pakatan Rakyat" - kepada jawatankuasa disiplin tidak dilayan kerana tidak berasas dan dibuat berdasarkan dengar cakap.

Abdullah yang juga timbalan ketua Pemuda PAS Pahang sebelum itu mempertikaikan kewibawaan jawatankuasa tersebut susulan kontroversi penggantungan jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pada 29 Januari lalu.

Abdullah antaranya dilaporkan membayangkan jawatankuasa disiplin PAS berat sebelah apabila memejamkan mata terhadap aduan-aduan tertentu, termasuk yang dilaporkannya kepada jawatankuasa itu dan pejabat agungnya.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini kelmarin, Abdullah menyatakan keraguannya kemungkinan "terdapat sebab-sebab lain" aduannya ditolak.

"Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah pada bila-bila masa dimaklumkan oleh Tuan Ibrahim atau mana-mana orang lain bahawa aduan saya tidak boleh diambil tindakan kerana ada bukti, atau kerana ia sekadar dengar cakap sahaja, atau kerana sebab-sebab lain yang menyebabkan aduan ini ditolak," katanya.

Kenyataan tidak dibetulkan

Setelah ditegur Tuan Ibrahim sebelum ini, Abdullah berkata, beliau telah menggunakan "saluran yang betul" dengan menghubungi sendiri naib presiden itu melalui panggilan telefon dan e-mel.

"Namun, selepas seminggu berlalu, Tuan Ibrahim tidak menjawab e-mel saya dan tidak juga memperbetulkan tulisan tersebut yang masih kekal ada di dalam blognya.

"Maka, saya tidak mempunyai pilihan bagi menyatakan kebenaran ini melainkan membuat penjelasan terbuka dan saya berharap hal ini dan perkara-perkara lain yang bersangkutan dengannya dapat diperjelaskan di dalam mesyuarat jawatankuas pusat PAS yang akan datang," katanya.

Jawatankuasa pusat PAS akan dijadual bersidang esok di ibu pejabatnya di ibu negara.

Abdullah juga sekali lagi mempersoalkan kedudukan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mengelolakan aduan kepada jawatankuasa disiplin kerana ia dilihat memberikan kuasa yang cukup besar kepadanya.

Perkara itu juga, tambahnya, menunjukkan jawatankuasa itu seolah-olah hanya menerima arahan dari setiausaha sgung.

"Jika inilah keadaannya, ianya perlu diperbetulkan bagi mengelakkan konflik kepentingan dan juga angapan-anggapan negatif yang lain. Soal menentukan sesuatu aduan tatatertib itu mempunyai merit atau sebaliknya, tidak sepatutnya diputuskan oleh seorang individu sahaja.

Beliau juga sempat menempelak Mustafa yang tidak langsung memanggilnya berhubung aduannya walaupun telah memberitahu media akan melakukannya segera awal bulan ini. - Malaysiakini
Baca Lagi...

UMNO sedia bincang dengan Pas

BESUT 13 Feb. - UMNO bersedia duduk semeja dengan Pas bagi membincangkan isu berkaitan dengan Islam sekiranya kenyataan berhubung cadangan tersebut dikeluarkan menerusi Majlis Syura parti itu dan bukannya individu.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, walaupun kenyataan berhubung isu terbabit dikeluarkan oleh Presiden Pas sekalipun, UMNO tidak akan menerimanya kerana ia adalah keputusan secara individu.

Katanya, ini disebabkan UMNO bimbang berdasarkan kenyataan pemimpin Pas sebelum ini ia kerap berubah mengikut musim dan kadangkala keputusan dibuat tidak menggambarkan pendirian parti itu yang sebenar.

''Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah memberitahu yang beliau (Najib) tidak pasti pasal perbincangan dengan Pas sebab ia selalu berubah,

''Kenyataan itu hanya dibuat atas kenyataan Datuk Nik Aziz saja......kecuali kalau Majlis Syura Pas kata nak bekerjasama dengan UMNO...kita setuju lah.

"Kalau ikut yang lepas-lepas nanti dia berubah-ubah," katanya selepas merasmikan Program Juara Rakyat Peringkat Bahagian Besut di Dewan Gong Kemuntong Jerteh di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri mengulas cadangan Nik Aziz sebelum ini yang mencadangkan parti itu duduk semeja dengan UMNO bagi membincangkan isu berkaitan Islam.

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, sebarang keputusan mesti mengikut dasar parti.

''Kalau seorang sahaja buat keputusan..kita tidak boleh terima," katanya.

Mengenai tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang berceramah di atas pentas pembangkang, Muhyiddin berkata, tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Tengku Razaleigh sebelum ini sebenarnya banyak bercanggah dengan dasar-dasar dan pendirian kerajaan.

''Walaupun kita telah meneliti ucapan beliau (Tengku Razaleigh) namun ia masih belum dibawa kepada pihak pengurusan tertinggi UMNO untuk tindakan selanjutnya.

''Sebagai seorang lebih senior dalam parti, dia patut beri contoh yang baik dan bukannya membuat kenyataan sebaliknya," kata beliau.


Baca Lagi...

Ku Li Perlu Nilai Kedudukannya Dalam UMNO - Muhyiddin

BESUT: Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Tengku Razaleigh Hamzah perlu menilai kedudukannya dalam parti ekoran tindakannya yang menggunakan platform pembangkang untuk menyatakan pendirian berkenaan isu royalti minyak.

Timbalan Perdana Menteri berkata Umno memandang berat tindakan Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu.

"Platform yang dia (Tengku Razaleigh) gunakan itu bukanlah platform kerajaan pusat atau platform Umno...saya dimaklumkan ia ditaja oleh PAS.

"Oleh itu sepatutnya perkara itu tidak berlaku dan kita juga ikuti banyak kenyataan-kenyataan yang beliau dah keluarkan dan saya lihat ada juga bertentangan dengan prinsip kerajaan dan parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk Daerah Besut di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri mengulas tindakan Tengku Razaleigh yang menyatakan pendiriannya mengenai royalti petroleum melalui platform pembangkang pada 28 Jan lepas di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu, Kelantan.

Muhyiddin berkata bekas Menteri Kewangan itu yang sudah dianggap veteran dan berpengalaman sepatutnya mempunyai pendirian yang tetap berhubung soal royalti minyak.

"Saya tidak sesuai nak tunjuk ajar, padahal Ku Li lebih senior daripada saya dan dia lebih tahu daripada saya.

"Harap teliti semula kedudukannya kerana dilihat melakukan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip parti atau yang bertentangan dengan dasar parti dan kerajaan. Jadi serah kepada kebijaksanaan Ku Li," katanya.

Mengenai cadangan PAS untuk bekerjasama dengan Umno, Muhyiddin berkata cadangan yang dikemukakan itu tidak mengambarkan permintaan daripada akar umbi parti berkenaan.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dah beritahu, kita (Umno) tak pasti kerana mereka (PAS) selalu berubah-ubah. Ia dibuat atas kenyataan (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) saja, kecuali kalau partinya buat keputusan seperti Majlis Syura yang bagi kenyataan nak berkerjasama dengan Umno dan kalau itu berlaku, kita ambil serius.

"Kalau setakat seorang dua yang nyatakan benda (kerjasama) itu, kemudian dia boleh berubah, tak setuju dan ia tak jadi apa-apa. Kita dah melihat banyak peristiwa dulu yang lepas-lepas, bila sebut nak kerjasama, esok dia patah balik," katanya.

Katanya, Umno tidak boleh bergantung kepada cadangan seorang dua untuk bekerjasama, sebaliknya mestilah datang daripada keseluruhan parti.

"Setakat hari ini kita hanya mendengar...tak sesuai untuk kita respons," katanya. - BERNAMA


Baca Lagi...

Guru Besar Dan Pengetua Dapat Iimbuhan Jika Berjaya Lonjakan Prestasi Sekolah Mulai Tahun Depan

KUALA TERENGGANU: Bermula tahun depan, guru besar dan pengetua yang berjaya melonjakkan kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan akan diberikan ganjaran dan insentif oleh Kementerian Pelajaran.

Timbalan Perdana Menteri Tan sri Muhyiddin Yassin berkata penilaian prestasi akan mula dilakukan tahun ini dengan setiap pencapaian sekolah akan menjadi kayu pengukur terhadap prestasi guru besar ataupun pengetua.

"Malah bukan sahaja kepada pengetua ataupun guru besar, imbuhan itu juga akan turut dirasai oleh guru-guru di sekolah yang terlibat dan ini akan memberikan galakan kepada golongan tersebut untuk berusaha lebih keras bagi meningkatkan prestasi sekolah masing-masing," katanya.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah kecemerlangan pelajar Yayasan Terengganu kali ke 31 dan program Juara Rakyat peringkat Parlimen Kuala Terengganu di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak memperjelaskan bentuk ganjaran atau insentif yang akan diberikan nanti.

Sementara itu, Muhyiddin turut memuji kerajaan negeri Terengganu kerana memberikan komitmen yang besar terhadap bidang pendidikan dengan mengiktiraf negeri itu sebagai peneraju bidang pelajaran di negara ini.

"Ini dapat dilihat melalui peruntukan besar kepada bidang pendidikan selain memberi bantuan kepada pelajar memperoleh buku elektronik dan imbuhan kecemerlangan," katanya.

Katanya, komitmen itu menjadikan Terengganu berjaya muncul sebagai negeri yang mencatatkan keputusan terbaik dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) selama sembilan tahun berturut-turut.

Di samping itu, katanya, negeri itu berjaya melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Palajaran Malaysia (STPM).

Muhyiddin berkata walaupun, tidak ada sekolah di Terengganu yang disenaraikan antara 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) baru-baru ini, namun itu tidak bermakna kerajaan meminggirkan sekolah di negeri itu.

"Banyak sekolah di negeri ini yang mencapai tahap cemerlang, namun tidak disenaraikan dalam sekolah SBT kerana masih mempunyai kekurangan dalam satu dua perkara.

"Namun dengan adanya usaha gigih semua pihak termasuk ibu bapa, guru-guru dan pelajar itu sendiri, saya pasti, lebih banyak sekolah di negeri ini akan tersenarai pada masa akan datang," katanya.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 106 buah sekolah cemerlang di kawasan Kuala Terengganu dan menyampaikan sumbangan cek sebanyak RM100,000 dari Jabatan Perdana Menteri kepada Persatuan Pengusaha Keropok Losong.

Sumbangan itu diterima oleh Pemangku Pengerusinya Abu Bakar Yusof.- BERNAMA


Baca Lagi...

Bayi Baru Lahir Ditemui Terbakar Dalam Tong Sampah

KUALA KRAI: Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui terbakar di dalam sebuah tong sampah besar milik Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) di Jalan Tengku Zainal Abidin di sini pagi tadi.

Tidak dapat dipastikan sama ada bayi yang masih bertali pusat dan uri itu telah dibakar hidup-hidup. (Gambar disebelah hanya hiasan)

Ketika ditemui oleh tiga petugas MDKK yang sedang melakukan tugas memungut sampah di situ kira-kira 11 pagi, bayi yang berkulit cerah tersebut ditemui rentung pada sebahagian badan sementara kakinya juga terputus dari badannya.

Salah seorang petugas tersebut, Mohd Zain Pa'Su, 57, berkata pada mulanya beliau dan rakan-rakanya terkejut apabila mendapati tong sampah tersebut telah terbakar.

"Tong sampah ini turut dipenuhi dengan rumput, kayu dan zink yang didapati disusun dengan rapi seolah-olah bagi menyembunyikan sesuatu.

"Amat jarang tong sampah ini terbakar.

Disebabkan sukar untuk mengangkat sampah kerana tongnya terbakar, kami terpaksa memunggahnya.

"Tetapi alangkah terkejutnya kami apabila menemui mayat bayi lelaki di dalamnya. Ketika itu separuh badan bayi itu masih putih tetapi masih ada bara api pada keseluruhan badannya," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, DSP Abdul Rahim Che Ghani berkata berdasarkan siasatan, tong sampah itu dipercayai terbakar sejak pagi semalam.

"Tetapi disebabkan semalam bukan waktu untuk memungut sampah, tidak ada sesiapa yang menemui bayi itu sehinggalah kakitangan MDKK menjalankan tugas mereka pagi ini," katanya.

Beliau berkata para petugas MDKK tersebut telah membuat laporan kepada dua anggota polis bermotosikal yang melakukan rondaan di kawasan tersebut kira-kira 11.25 pagi tadi.

"Kita turut mengesyaki suspek sengaja membakar tong sampah itu untuk menghapuskan bahan bukti kerana bimbang ia akan diketahui umum," kata Abdul Rahim.

Beliau berkata pihak polis sedang menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Kuala Krai untuk mengetahui punca kematian bayi tersebut.

Katanya pihaknya juga percaya perbuatan itu dilakukan oleh remaja yang tinggal di sekitar bandar ini kerana beranggapan tidak mungkin orang luar akan berkereta bagitu jauh untuk membuang bayi tersebut.

Beliau meminta orang ramai agar memberi maklumat mengenai kejadian tersebut dan juga meminta hospital dan klinik memaklumkan kes pesakit yang baru bersalin.

Abdul Rahim berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. Pada Rabu lalu, kes buang bayi turut dilaporkan di Kampung Permatang Duyong, Melaka manakala sehari sebelum itu, satu kes turut berlaku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Satu lagi kes dilaporkan berlaku di Kedah, Isnin lalu.- BERNAMA


Baca Lagi...

Tender Tidak Lulus Punca Zahrain Keluar Parti

PULAU PINANG: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan tindakan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar daripada PKR sebagai menjaga kepentingan individu dan peribadi.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, keretakan antara beliau dan Anggota Parlimen Bayan Baru itu berpunca apabila Zahrain gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort.

Katanya, beliau tidak meluluskan tender tersebut kerana syarikat yang disokong kuat oleh Zahrain baru sahaja ditubuhkan dua bulan sebelum tender projek dikeluarkan iaitu pada akhir September 2008.

"Saya rasa punca utama beliau letak jawatan ialah gagal dapat projek itu. Adakah saya diktator jika saya tidak beri kelulusan tender berjuta-juta itu kepada syarikat 'dua ringgit' itu?," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menegaskan bahawa syarikat berkenaan baru sahaja ditubuhkan dan menyebabkan beliau tidak yakin dengan keupayaan syarikat untuk mengendalikan projek yang bernilai lebih RM40 juta itu.

"Saya rasa Zahrain masih lagi geram kerana saya tidak luluskan tender tersebut pada syarikat dua ringgit itu dan punca beliau keluar parti dengan mengatakan saya seorang diktator," katanya.

Selain itu, Lim juga mempersoalkan tindakan Zahrain meletak kesemua jawatannya dalam parti, tetapi tidak sebagai Pengerusi dan Anggota Lembaga Pengarah Island Golf Properties Sdn Bhd sedangkan jawatan itu dilantik oleh kepimpinan parti dalam pakatan pembangkang.

Semalam, Zahrain mengumumkan keluar daripada PKR kerana kecewa dengan perjuangan parti itu dan hilang kepercayaan terhadap penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, beliau yang mengisytiharkan dirinya sebagai Anggota Parlimen Bebas, berkata keputusan itu dibuat kerana tidak yakin dengan kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang pimpinan Lim yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis. - BERNAMA

Baca Lagi...

Syor tubuh Kelab Penyokong BN P. Pinang

Isnin, 8 Februari 2010

BANGI 7 Feb. - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan penubuhan Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang bagi mewujudkan satu gelombang baru dalam usaha merampas semula negeri itu daripada penguasaan DAP.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri berkata, kelab berkenaan boleh menjadi satu platform untuk menarik sokongan kumpulan yang tidak mahu menganggotai mana-mana parti komponen BN di atas sebab tertentu.

Katanya, walaupun tidak berparti, kumpulan terbabit mempunyai kuasa undi yang boleh menentukan jatuh bangunnya kerajaan negeri yang pada masa ini didapati telah mengecewakan majoriti rakyat.

"Biarpun mereka tidak mahu menjadi ahli mana-mana parti komponen, adalah penting juga jika mereka dapat menyertai kelab penyokong ini.

"Dengan cara itu kita harapkan satu gelombang baru dapat diwujudkan dengan dokongan semua parti komponen di Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Golf Amal dan melancarkan Tabung Amal UMNO Serdang di sini hari ini.


Baca Lagi...

Jangan pertikai keputusan Pas

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Dewan Pemuda Pas mahu semua pihak dalam parti menghentikan segera perbuatan mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Disiplin berhubung kes yang melibatkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, langkah itu perlu kerana tindakan tersebut boleh menjerumus Pas ke arah suasana yang tidak harmoni sekali gus memberi kesan kepada perjuangan parti.

Tegas beliau, secara realitinya bukan mudah untuk jawatankuasa itu menjatuhkan hukuman apatah lagi apabila ia membabitkan tokoh-tokoh tertentu di dalam parti.

''Namun begitu Pemuda Pas percaya setiap hukuman atau tindakan yang dikenakan adalah berdasarkan fakta. Saya yakin mereka tidak menjatuhkan hukuman secara sewenang-wenangnya sebaliknya berasaskan kepada siasatan terperinci.

''Saya amat berharap selepas ini tiada lagi kedengaran suara-suara mempertikaikan keputusan ini. Terimalah ia dengan hati yang terbuka dan berlapang dada,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan sesetengah pihak dalam Pas terus bertindak mempertikaikan keputusan jawatankuasa tersebut termasuk Khalid.

Lebih malang lagi perbuatan itu dibuat secara terbuka terutama dalam laman blog.

Selain Khalid, seorang anggota Exco Dewan Pemuda Pas, Abdullah Karim turut mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Disiplin secara terbuka.

Pada 29 Januari lalu Khalid dihukum gantung jawatan sebagai Yang Dipertua Pas kawasan Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Lujnah Politik Pas selama enam bulan berkuat kuasa hari ini sementara Hassan diberi amaran.


Baca Lagi...

Pas sedia kerjasama dengan UMNO

MUHAMAD ZAID ADNAN

KUCHING 7 Feb
. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu sedia bekerjasama dan berbincang dengan UMNO dalam setiap perkara termasuk yang berkaitan dengan hal politik dan agama.

Beliau berkata, polisi kerjasama antara Pas dan UMNO sama ada membabitkan perkara yang boleh dibincang atau sebaliknya bukanlah pertama kali dilakukan kedua-dua parti berkenaan dan ia merupakan polisi yang berpanjangan dari dulu hingga hari ini.

Katanya, kerjasama di dalam politik merupakan amalan demokrasi sebagaimana yang diamalkan negara ini yang mana Pas boleh bekerjasama dalam perkara yang boleh dipersetujui dan jika perkara sebaliknya berlaku, parti akan memberi nasihat dan ia amalan biasa bagi negara demokrasi.

“Dalam negara demokrasi, kita tidak berperang, sebaliknya kita berhujah, berdebat, berbahas dan berbincang. Tidak ada pemisahan antara agama dan politik bagi Pas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama pemimpin Pas negeri dan mendengar taklimat mengenai persiapan parti bagi menghadapi pilihan raya negeri di salah sebuah hotel terkemuka di sini.

Terdahulu, beliau diminta mengulas gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu Pas lebih tegas dalam pendiriannya sebelum membuat tawaran untuk berbincang dengan UMNO mengenai sebarang isu.

Turut hadir Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Pesuruhjaya Pas Sarawak, Osman Mustafa.

Abdul Hadi memberitahu, kerjasama antara Pas dan UMNO berlaku semasa era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bersama Allahyarham Datuk Fadzil Noor, bekas Presiden pada ketika itu dan yang terbaru berhubung isu kalimah Allah yang beliau wakili sendiri.

Jelasnya, Pas akan memberi pandangan dalam menangani perkara berkaitan sosial, ekonomi dan ketenteraman awam malah ada antara pandangan parti diterima kerajaan secara senyap-senyap.

“Dalam perkara yang kita boleh bersama seperti isu berkaitan ketenteraman awam dan keselamatan negara, kita akan bersama kerajaan.

“Dan sekiranya berlaku perkara yang kita tidak boleh bersama seperti isu royalti minyak, kita akan menegur kerajaan namun kita bersabar,” jelas beliau. - Utusan Malaysia


Baca Lagi...

Siapa MB Perak: Nasib Zambry, Mohammad Nizar Esok

ARIFFUDDIN ISHAK

KEMELUT pertikaian siapakah Menteri Besar Perak yang sah dari sudut undang-undang bakal dirungkai dalam keputusan bersejarah oleh Mahkamah Persekutuan esok.

Setelah genap setahun Barisan Nasional (BN) menguasai Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kini bakal berhadapan dengan satu fasa baru dalam karier politiknya sebagai Menteri Besar.

Undang-undang akan menentukan sama ada BN akan terus mengekalkan kedudukannya di negeri itu ataupun menyaksikan Pakatan Rakyat yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP kembali merampas kedudukan mereka seperti selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) lalu.

Malah lebih jauh daripada itu, keputusan siapa yang bakal menjadi 'juara rakyat' di Perak memberi signifikasi yang lebih luas dalam corak perkembangan politik di Malaysia.

Tidak kurang juga yang melabelkan keputusan berkenaan adalah antara 'hidup dan mati' sama ada bagi BN mahupun pakatan pembangkang.

Bagi BN, sudah pasti pengekalan status quo sedia ada akan menjadi penanda aras bagi merangsang semula sokongan rakyat di negara ini terutamanya bagi negeri-negeri yang terlepas ke tangan pembangkang selepas PRU-12.

Bukan itu sahaja, penguasaan BN di Perak juga sebenarnya menjadi perangsang atau 'azimat' bagi parti itu menghadapi pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat iaitu sebelum Jun 2011.

Selain itu, mimpi ngeri BN apabila negara mengalami tsunami politik pada Mac 2008 dijangka dapat dipulihkan menjelang PRU-13 nanti jika parti itu berjaya mengekalkan penguasaannya di Perak.

Hakikatnya penguasaan di Perak merupakan benteng maruah BN untuk membuktikan bahawa mereka masih relevan untuk menjadi sebuah kerajaan yang dibentuk oleh rakyat bagi berkhidmat untuk rakyat.

Konflik tentang siapakah yang sebenarnya berhak menjadi Menteri Besar Perak, timbul tahun lepas apabila tiga wakil rakyat daripada pakatan meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi wakil Bebas dan menyebabkan kedua-dua pihak mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28 dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang mempunyai 59 kerusi.

Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering), yang meninggalkan PKR pada 30 Januari dan mengisytiharkan diri sebagai anggota Bebas yang menyokong BN.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Jelapang, Hee Yit Foong daripada DAP mengikut jejak mereka empat hari kemudian.

Berikutan itu, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga ADUN Pasir Panjang supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar pada ketika itu dan menitahkan Dr. Zambry mengangkat sumpah menduduki kerusi berkenaan pada Februari tahun lepas setelah mengisytiharkan bahawa BN mempunyai majoriti dalam DUN Perak.

Sementara itu, bagi pakatan pembangkang, keputusan esok adalah kayu ukur kepada kebangkitan mereka selama ini untuk membawa angin perubahan kepada landskap politik Malaysia.

Kebangkitan Pakatan Rakyat pada PRU Mac 2008 telah menafikan penguasaan majoriti dua pertiga BN dalam Parlimen.

Oleh yang demikian, bagi pembangkang keputusan 'mengembalikan' jawatan Menteri Besar Perak ke tangan mereka cukup signifikan bagi membuktikan kemaraannya.

Diramalkan juga jika keputusan berkenaan berpihak kepada Mohammad Nizar, kemungkinan beliau akan memohon perkenan Sultan Perak untuk mengadakan pilihan raya negeri bagi memberi peluang kepada rakyat 'menghakimi' pertikaiaan yang wujud sejak setahun lalu.

Esok, panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff akan mengumumkan keputusan mereka sama ada Zambry kekal sebagai Menteri Besar atau Mohammad Nizar memperoleh semula jawatan itu.

Penghakiman itu juga akan merungkai isu perlembagaan sama ada ketua negeri boleh membuat pertimbangan dengan mengatasi undang-undang sedia ada dalam menentukan sama ada ketua kerajaan telah hilang kepercayaan daripada majoriti wakil-wakil yang dipilih.

Selain Alauddin, panel hakim berkenaan dianggotai Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Ini merupakan rayuan peringkat terakhir bagi Mohammad Nizar dalam cubaannya mendapatkan semula kerusi panas tersebut.

-Mstar
Baca Lagi...

Anwar Akan Manipulasi Perbicaraan Di Mahkamah

Rabu, 3 Februari 2010

NURUL AIN MOHD HUSSAIN

PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan mahkamah dan perbicaraan liwat kali ini untuk agenda politiknya.

Dr Mahathir berkata, Anwar akan menggunakan pentas mahkamah untuk kepentingan politiknya.

"Dan kes perbicaraan kali ini akan dipolitikkan olehnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Yayasan Hepar Malaysia di Ara Damansara hari ini.

Beliau mengulas prosiding kes berprofil tinggi tersebut yang bermula hari ini selepas tertangguh selama 18 bulan.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Permatang Pauh, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Sebelum itu Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff menetapkan satu tarikh dalam minggu ini bagi semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang sebelum ini menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak pendakwaan bagi tujuan pembelaannya.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, bekas timbalannya itu akan terus mengemukakan rayuan bagi melambatkan proses perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.

Kata beliau, Anwar mempunyai barisan peguam yang akan membantunya mengemukakan rayuan tersebut.

"Ini strategi dia untuk melambatkan proses pembicaraan sesuatu kes. Dia pernah saman saya RM100 juta kerana mengeluarkan keputusan penghakiman mengenai kes liwatnya sebelum ini.

"Kes itu masih tertangguh sehingga kini. Dia akan terus mengemukakan rayuan. Beliau ada peguam yang akan merayu untuknya.

"Jadi dia menggunakan mahkamah untuk mengetepikan kes yang sedang dihadapinya,"


Baca Lagi...

Saiful beritahu tentang ajakan seks Anwar

Hafiz Yatim

Mohd Saiful Bukhary Azlan memulakan keterangannya dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, dengan menceritakan tentang dakwaan ajakan seks oleh ketua pembangkang itu.

Mohd Saiful adalah pengadu dalam kes tersebut dan merupakan saksi pertama pihak pendakwaraya.

Anwar dituduh melakukan kesalahan tersebut di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Dalam kenyataan pembukaannya, Peguamcara Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin berkata pihak pendakwaraya akan membuktikan bahawa kesan air mani Anwar ditemui dalam dubur Mohd Saiful.

Katanya, kesan air mani itu diperolehi oleh doktor dari sampel tisu.

Mohd Yusof berkata, pihak pendakwa akan membuktikan kesnya melalui keterangan oleh Mohd Saiful dan laporan ahli kimia, pakar forensik dan doktor.

Menurut Mohamed Yusof berkata, pihak pendakwaraya akan memanggilkan lebih 20 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut, yang didengar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Dalam keterangannya, Mohd Saiful menceritakan bagaimana dengan bertemu dan Anwar dan bekerja dengannya.

Pada 26 Jun, katanya, dia diarahkan bertemu dengan Anwar di kondominium Desa Damansara pada jam 2.30 petang, untuk berbincang
tentang tugasnya.

Mohd Saiful berkata dia telah menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar dan Anwar berkata: "Can I f*** you today?"

Walaupun dia 'takut dan tidak mahu", Mohd Saiful berkata, dia mengikut juga arahan Anwar dan membersihkan diri dalam bilik air serta keluar dengan memakai tuala dan masuk ke dalam bilik tidur.

"Saya nampak Anwar memakai tuala. Dia mendekati saya dan memeluk saya," katanya.

Ketika itu, Karpal memohon supaya baki keterangan Mohd Saiful dibuat secara tertutup. Hakim Mohamad Zabidin bersetuju dan menangguhkan prosiding sehingga jam 9.30 pagi esok.

Walaupun hujan lebat, para penyokong Anwar berhimpun dekat pintu masuk kompleks mahkamah. Dua penyokongnya kelihatan memakai topeng Najib dan Rosmah. Polis mengeluarkan amaran tangkap.

Sebelum itu, peguam Karpal Singh membuat bantahan kerana laporan polis menyebut kejadian liwat itu didakwa berlaku pada kira-kira jam 6 petang, yang berbeza dengan waktu yang tercatat pada kertas tuduhan.

DPP Mohd Yusof menjawab banyak insiden yang berlaku. Katanya, laporan polis itu merupakan bukti utama, yang membawa polis melakukan penyiasatan.

Mohd Saiful memulakan keterangannya dengan menceritakan mengenai latar belakang pendidikannya kepada DPP kanan DPP Mohd Yusof.

Katanya, dia tercicir dari Universiti Tenaga kerana keputusannya yang teruk.

Dia kemudiannya menunjuk ke Anwar ketika diminta mengecamnya. Anwar tidak memandang ke arahnya.

Sebelum itu, ketika Mohd Saiful melangkah ke kandang saksi, kedengaran seseorang melaung "taubatlah", menyebabkan mukanya berubah.

Mohd Saiful berkata, dia bekerja untuk Anwar sebagai seorang sukarelawan seminggu sebelum pilihan raya umum Mac 2008, dengan gaji RM1,000.

Selepas pilihan raya tersebut, dia menjadi pengawai khas, dengan tugasw mengatur perjumapan dengan ahli-ahli parlimen BN yang berkemungkinan melompat parti.

Beliau meletak jawatan pada bulan Jun, atas alasan "malas dan tidak berdisiplin".

Tetapi hari ini Mohd Saiful berkata sebab sebenarnya ialah "kerana tidak tidak tahan lagi diliwat".

Perbicaraan bersambung esok.

Baca Lagi...

Mohd Saiful Saksi Pertama Perbicaraan Liwat Anwar

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula hari ini dengan bekas pembantunya yang juga pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, memberi keterangan sebagai saksi pertama perbicaraan.

Anwar yang mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan, sedang berusaha menangguhkan perbicaraan dan membatalkan pertuduhan itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berlangsung 18 bulan selepas Anwar, 63, pertama kali didakwa dengan pertuduhan itu pada Ogos 2008.

Dalam keterangannya, Mohd Saiful, 25, berkata, beliau bekerja dengan Anwar mulai Mac 2008 dan meletak jawatan pada Jun tahun yang sama sebagai pembantu peribadinya kerana tidak mahu lagi diliwat oleh Anwar.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam ucapan pembukaannya berkata, pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan bahawa kesan air mani daripada spesimen yang diambil dari dubur Mohd Saiful yang disahkan oleh Jabatan Kimia adalah milik Anwar.

Selain keterangan langsung Mohd Saiful dalam perbicaraan, pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan forensik oleh doktor-doktor dan ahli kimia, di samping keterangan mengikut keadaan serta keterangan dokumentar.

Terdahulu, Hakim Mohamad Zabidin yang menetapkan perbicaraan bermula 2.30 petang ini menangguhkan prosiding kerana Anwar tidak hadir di mahkamah. Anwar tiba pada pukul 3.27 petang.

Peguamnya, Karpal Singh memohon kepada mahkamah supaya perbicaraan itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan Anwar didengar di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan beliau untuk membatalkan pertuduhan, dan juga permohonan beliau untuk semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan beliau memperolehi dokumen daripada pihak pendakwaan untuk pembelaannya.

Pertuduhan terhadap Anwar dibacakan selepas Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonan itu. Mahkamah sesak dengan wakil-wakil media tempatan dan asing serta pemerhati antarabangsa selain orang ramai.

Turut kelihatan di mahkamah adalah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, dan veteran DAP, Lim Kit Siang.

Mohamed Yusof turut dibantu oleh tujuh timbalan pendakwa raya yang terdiri daripada Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Farah Azlina Latiff, Mira Mirna Musa dan Naidatul Athirah Azmad.

Anwar pula menampilkan barisan pembelaan yang terdiri Karpal Singh, Raja Aziz Addruse, Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C.V. Prabakharan, Ram Karpal Singh Deo, S. N. Nair, R.Sivarasa, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya, Mohd Radzlan Jalaludin dan Marisa Regina Fernando. - BERNAMA


Baca Lagi...

Lembaga Disiplin PKR Akan Siasat Tan Jika Terus Kritik

ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng akan mengalami nasib yang sama dengan tiga lagi pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) lain yang dirujuk kepada lembaga disiplin parti jika masih berdegil mencabar prinsip parti.

Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata, tindakan Tan yang tidak mengendahkan desakan supaya ‘menutup mulut’ daripada mengkritik kepincangan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seolah-olah mencabar prinsip parti.

“Ok, tak mengapa kalau dia tetap tak mahu (tutup mulut), jadi maknanya beliau macam cabar prinsip parti.

“Nampak juga macam beliau nak kita buat sesuatu terhadapnya,” katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tan yang bertegas enggan berhenti mendedahkan kepincangan kepimpinan Lim sekalipun berdepan risiko akan dipecat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal baru-baru ini secara terbuka mengkritik kepimpinan Lim dan menyifatkan Setiausaha Agung DAP itu sebagai pemimpin berat sebelah selain tidak menghiraukan pandangan rakan-rakannya dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Bayan Bayu, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mencetuskan kontroversi apabila dengan lantang mengkritik kepimpinan Lim yang dilabelnya sebagai diktator, cauvinis dan berpemikiran komunis.

Ekoran itu, Biro Politik PKR telah merujuk Zahrain kepada lembaga disiplin parti bersama dua lagi pemimpin lain iaitu Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin kerana membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Selain itu, turut dirujuk ke lembaga disiplin parti adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim kerana lantang mengkritik parti PKR yang tidak mengambil tindakan tegas terhadap Zulkifli.

Menurut Syed Husin lagi, Biro Politik PKR yang akan bermesyuarat malam ini dijangka akan membincangkan mengenai perkembangan terbaru ini.

“Perkara ini (isu Tan) akan turut kita bincangkan malam ini, keputusan untuk merujuk beliau kepada lembaga disiplin ataupun mungkin menjadi salah satu pilihan yang kita ada,” katanya.

Katanya lagi, mesyuarat Biro Politik PKR malam ini akan dipengerusikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Baca Lagi...

Mereka Yang Terlibat Dalam Kes Liwat Anwar

KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai mereka yang terlibat dalam prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi 3, Tingkat 5, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur di sini, yang dijadual berlangsung selama 17 hari mulai hari ini.

Tertuduh: Datuk Seri Anwar IbrahimPertuduhan:

Beliau dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan iaitu dengan memasukkan zakarnya ke dubur Mohd Saiful Bukhari bin Azlan pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Hakim: Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah

Pembelaan: Karpal Singh

:Datuk Param Cumaraswamy

:Datuk C.V. Prabhakaran

:Marisa Fernando

:Mohd Razlan Jalaluddin

:S.N.Nair

:Ramkarpal Singh Deo

Pendakwaan:Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden

:Datuk Nordin Hassan

:Mohamad Hanafiah Zakaria

:Wong Chiang Kiat

:Noorin Badaruddin

:Farah Azlina Latif

Peguam Pemerhati:Zambri Idrus (untuk Saiful Bukhari)

:Rajpal Singh (untuk Majlis Peguam)

:Andy Yong (untuk Majlis Peguam) - BERNAMA


Baca Lagi...

Polis Mula Siasat Kes Pegawai Khas PM

STEVEN DANIEL

KUALA LUMPUR:
Polis Melaka telah membuka kertas siasatan melibatkan Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar atas dakwaan memberi ceramah yang mempunyai unsur perkauman

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kes itu sedang disiasat di bawah Akta Hasutan.

Katanya, seberapa banyak laporan polis dibuat diseluruh negara tetapi pihaknya akan membuat satu siasatan sahaja.

"Memandangkan kejadian berlaku di Melaka, pihak polis di sana akan menguruskan kes tersebut," katanya di sini hari ini.

Semalam Nasir dilaporkan membuat kenyataan berunsur perkauman pada seminar 1Malaysia di Melaka.

Beliau dikatakan mengeluarkan kenyataan tersebut semasa membuat perbandingan terhadap kehendak yang dibuat oleh kaum India dan Cina berhubung dengan polisi pendidikan kerajaan.

Beberapa delegasi daripada MIC dan MCA yang turut hadir pada majlis itu bertindak keluar daripada dewan dan membuat bantahan terhadapnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin memberitahu, sebanyak 12 laporan polis berkaitan dakwaan tersebut dibuat.

Beliau berkata, kesemua laporan polis itu dibuat oleh pelbagai pihak di seluruh negara dan pihaknya akan menyiasat perkara itu.


Baca Lagi...

Lembaga Disiplin Umno Enggan Ulas Isu Tengku Razaleigh

ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, pihaknya tidak boleh mengulas mana-mana kes yang dirujuk kepada lembaga itu termasuk isu melibatkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung tindakannya yang bertentangan dengan dasar parti.

Beliau berkata, sebagai 'hakim' pihaknya tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung sesuatu kes termasuk isu berkenaan jika ia dirujuk kepada lembaga berkenaan.

"Tak boleh, tak boleh cakap apa-apa. Mana boleh seorang 'hakim' nak mengulas mengenai sesuatu kes," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kesediaan Tengku Razaleigh untuk berhadapan dengan sebarang tindakan disiplin oleh Umno kerana menggunakan pentas pembangkang untuk menuntut isu royalti minyak Kelantan.

Baru-baru ini, Tengku Razaleigh menyertai Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kota Bharu untuk mengetuai kaukus yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang.

Pada majlis itu juga, Tengku Razaleigh sekali lagi menegaskan bahawa sebagai individu yang terlibat dengan penubuhan Petronas, beliau tahu kerajaan negeri mempunyai hak menerima royalti berdasarkan Akta Petroleum 1974.

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu mendakwa, royalti itu masih tetap milik Kelantan walaupun pada kawasan yang bertindih dengan Thailand dan ini bertentangan dengan pendirian Kerajaan Pusat yang menetapkan Kelantan hanya layak menerima wang ihsan.

Tindakan Tengku Razaleigh itu mengundang pelbagai reaksi termasuk Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang menyarankan beliau melepaskan jawatan dan menyertai PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana dilihat lebih sesuai dengan sikap serta pendiriannya.

Mengulas lanjut, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, buat masa ini tidak ada apa-apa perkembangan daripada pihaknya berhubung perkara berkenaan.

"Tunggulah dulu... anda jangan risau," katanya.


Baca Lagi...

Wajib Lulus BI: PIBGN, NUTP Mahu Kerajaan Kaji Dulu

Selasa, 2 Februari 2010

NURUL AIN MOHD HUSSAIN

PETALING JAYA: Kerajaan diminta membuat kajian secara terperinci sebelum mewajibkan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus untuk semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan menegaskan, dasar pengajaran Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) perlu diimplementasi secara komprehensif dan berkesan sebelum ia dilaksanakan.

"Kerajaan perlu pastikan semua sekolah terutamanya di kawasan luar bandar perlu ada guru terlatih yang cukup untuk mengajar subjek BI," katanya kepada mStar Online hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai cadangan kerajaan mewajibkan semua calon peperiksaan SPM lulus subjek BI.

Semalam, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dilaporkan berkata, langkah itu selari dengan tumpuan kerajaan untuk meningkatkan penguasaan BI di kalangan pelajar dan dijangka akan dilaksanakan mulai tahun depan.

Sebelum itu, Timbalannya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi memberitahu, dasar mewajibkan calon SPM lulus BI kemungkinan akan dilaksanakan mulai 2012.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Mohamad Ali berkata, guru BI di sekolah juga perlu menggunakan modul pengajaran yang efektif dan terkini agar ia mudah difahami oleh pelajar.

"Kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan seperti makmal Bahasa Inggeris di semua sekolah untuk memberi perhatian yang khusus kepada pelajar yang tercicir dan mereka yang mempunyai masalah untuk menguasai subjek itu.

"Saya lihat banyak sekolah di luar bandar masih tidak mempunyai kemudahan sebegini. Jadi bagaimana kita mahu wajibkan syarat lulus BI untuk mendapat sijil SPM.

"Kalau pelajar di kawasan bandar mungkin tidak ada masalah, tapi bagaimana dengan pelajar di luar bandar. Kita tidak mahu golongan itu terus ketinggalan dan tercicir," ujarnya.

Tambahnya, sebelum kerajaan melaksanakan langkah itu mereka perlu memperbaiki sistem pengajaran dan pembelajaran BI itu bagi memastikan pelajar di kawasan luar bandar tidak akan tercicir.

"Jika guru besar di Sekolah Beprestasi Tinggi (SBT) diberikan insentif khas, apa salahnya guru-guru yang mengajar subjek BI terutamanya di kawasan luar bandar diberi insentif yang sama.

"Langkah ini akan dapat menjadi pendorong kepada guru-guru BI dan pelajar itu sendiri untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam usaha melahirkan pelajar yang fasih BM dan BI," katanya.

Justeru, jika semua syarat tersebut telah mampu dilaksanakan oleh pihak kerajaan pihak PIBGN katanya, tidak ada masalah dengan langkah kerajaan mewajibkan BI sebagai syarat lulus SPM.

"Sudah tiba masanya kita lahirkan lebih pelajar yang bersifat glokal dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, kajian yang mendalam perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum menjadikan BI sebagai syarat wajib lulus dalam SPM.

"Kerajaan tidak boleh laksanakan serta-merta cadangan tersebut. Pelajar dan guru perlu membuat persediaan awal dengan menguasai BI sebelum langkah tersebut dilaksanakan.

"Kita setuju dengan cadangan kerajaan itu, namun kerajaan tidak boleh laksanakannya dalam tempoh terdekat kerana langkah itu akan memberi impak yang besar kepada prestasi pelajar di kawasan luar bandar khususnya," katanya.


Baca Lagi...

MP PKR Tan Tee Beng Rela Dipecat Kerana Ingkar

CHRISTINA CHIN

GEORGE TOWN: Bekas Ketua Penerangan Negeri PKR, Tan Tee Beng rela dipecat kerana enggan menurut arahan parti.

Ahli Parlimen Nibong Tebal itu berkata, beliau menerima SMS daripada Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali yang menasihatinya untuk berhenti mengkritik parti komponen Pakatan Rakyat.

“Menerusi sms tersebut, beliau berkata perbuatan saya menjatuhkan imej parti. Dan saya tidak membalasnya.

“Saya masih akan terus meluahkan pendapat walaupun parti membuat keputusan untuk menghadapkan saya kepada jawatankuasa disiplin.

"Melainkan PKR membuat pendirian serta mengkaji semula masalah-masalah yang telah diutarakan.

“Mulut saya tidak akan diam walaupun dipecat daripada parti,” katanya yang menambah ramai ahli lain bersetuju dengan pendiriannya.

Tambah anak kepada bekas pengerusi parti Gerakan Pulau Pinang Datuk Tan Gim Hwa itu, ramai pemimpin negeri PKR yang menyebelahi Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak menegurnya (Tan) kerana mereka tahu beliau bercakap benar.

“Setakat ini, saya tidak bermusuh dengan rakan-rakan lain dalam parti walaupun mereka menyuruh saya untuk bertenang,” jelasnya.

Tan pada November tahun lalu mengutuk barisan ahli jawatankuasa baru negeri yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman.

Sebelum itu, Tan pernah menghentam bekas Pengerusi PKR Negeri, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim kerana tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Walaubagaimanapun, pada hari Ahad lepas, Tan meyebelahi Zahrain, semasa Zahrain mengkritik Guan Eng secara terbuka.

“Saya dahulunya meminta jawatan Zahrain sebagai ketua PKR negeri digantikan dengan orang lain bukan diatas sebab peribadi tetapi hanya mewakili mereka yang mahu menyingkirkan beliau dan meluahkan perasaan ahli-ahli lain ketika itu,” katanya.

Beliau juga menyangkal dakwaan laporan sebuah portal berita yang mengatakan Tan memberi amaran akan keluar daripada parti jika PKR serta kerajaan negeri tidak menyelesaikan masalah yang diutarakan.

“Pihak media menghubungi saya untuk bertanya mengenai amaran tersebut. Saya juga tidak pasti bagaimana khabar angin wujud,’ katanya.

Namun Tan hanya mendiamkan diri apabila ditanya sama ada beliau akan meletak jawatan jika masalah di tidak dapat diselesaikan.


Baca Lagi...

Tindakan Tegas Kepada Ahli PKR Kritik Pimpinan Tanpa Bukti

ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memberi amaran keras dengan mengambil tindakan tegas terhadap ahlinya yang mengkritik kepimpinan parti dan Pakatan Rakyat (PR) tanpa asas dan bukti kukuh.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menegaskan, demi menjaga hubungan baik dalam PR, kepimpinan parti itu bertekad mengambil langkah tegas terhadap anggotanya yang melakukan salah laku disiplin tanpa mengira status, pangkat dan kedudukan.

“Dalam hubungan ini kepimpinan PKR bertekad mengambil langkah tegas terhadap mana-mana anggota parti yang melakukan salah laku disiplin.

“Tindakan ini diambil tanpa mengira status, pangkat dan kedudukan, justeru amalan disiplin yang kuat sahaja bakal menentukan parti terus kuat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini PKR mengambil tindakan merujuk tiga pemimpinnya kepada lembaga disiplin parti selepas tindak-tanduk mereka didapati tidak selari dengan disiplin parti.

Pemimpin berkenaan ialah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin kerana membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Bayan Bayu dan Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti ekoran kritikan yang dibuat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Selain itu, turut dirujuk ke Lembaga Disiplin parti adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Beliau dirujuk ekoran lantang mengkritik parti yang dikatakan tidak mengambil tindakan tegas terhadap Zulkifli berhubung laporan polis yang dibuat ke atas Khalid.

Sehubungan dengan itu Saifuddin berkata, beliau telah menghantar surat kepada pemimpin-pemimpin berkenaan berhubung keputusan merujuk mereka kepada lembaga disiplin.

“Individu terbabit diminta memberikan kerjasama membantu proses ini dan parti memberi jaminan mereka akan akan diberi ruang untuk menyampaikan hujah dan pandangan masing-masing,” katanya.

Selain itu, Ahli Parlimen Machang itu berkata, walaupun PKR menyediakan platform untuk ahlinya menyuarakan pandangan, namun ia tidak bermakna ruang berkenaan menjadi tiket untuk membuat kritikan melampau terhadap individu-individu tertentu.

“PKR ingin mengulangi penegasan bahawa biarpun ruang berbeza pendapat terbuka luas, namun ia bukan suatu tiket untuk mana-mana anggota parti membuat serangan keras, melampau, keterlaluan dan dakwaan tanpa diiringi bukti terhadap pimpinan parti sendiri dan pimpinan Pakatan Rakyat sehingga membelakangkan adab dan disiplin parti,” katanya.

Saifuddin juga mengingatkan agar ahli-ahli parti sentiasa mematuhi prinsip perjuangan parti serta memelihara ikatan persefahaman seperti yang dipersetujui dalam Dasar Pakatan Rakyat.

“Saya ingin mengulangi adalah menjadi tanggungjawab dan tugas setiap pemimpin dan anggota parti untuk mendokong, mempertahan dan mengembangkan nilai-nilai dan prinsip perjuangan PKR dan perkara-perkara yang disepakati dalam Dasar Pakatan Rakyat.

“Sesungguhnya agenda reformasi parti adalah jauh lebih penting dipertahankan daripada memperjuangan faedah dan keuntungan yang bersifat sementara,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin juga membidas pihak media yang didakwanya memberi gambaran negatif terhadap parti itu.

“Lewat kebelakangan ini, sebahagian media gemar memberikan gambaran PKR semacam menghadapi kemelut dalaman.

“PR juga digambarkan berdepan krisis dalaman, hakikatnya gambaran ini amat tidak tepat,” katanya.


Baca Lagi...

Pegawai Khas PM Akan Letak Jawatan Ekoran Kenyataan Berunsur Perkauman

KUALA LUMPUR: Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar akan melepaskan jawatannya berikutan dakwaan yang mengatakan beliau telah mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dalam satu forum di Melaka awal pagi ini.

Bagaimanapun satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri lewat petang ini menyebut, komen yang dibuat oleh Nasir ketika berucap pada majlis itu tidak sama sekali dalam apa keadaan sekalipun mencerminkan pandangan Perdana Menteri.

"Datuk Nasir sendiri tidak pernah terniat untuk membuat sebarang kenyataan atau komen-komen yang bersifat menghina.

"Sebaliknya, beliau telah bercakap secara panjang lebar mengenai sumbangan yang telah dibuat oleh semua kaum dalam membangunkan negara ini.

"Bagaimanapun, Datuk Nasir ingin memohon maaf sekiranya terdapat komen beliau yang menyinggung," kata kenyataan tersebut.

Sehubungan dengan itu, jelas kenyataan itu lagi, Nasir akan melepaskan jawatannya sebagai pegawai khas kepada Perdana Menteri.

Nasir sebelum ini pernah menyandang jawatan sebagai ketua pemuda UMNO Negeri Johor pada era Tan Sri Muhyiddin menjadi menteri besar.

Beliau juga adalah bekas ketua pemuda UMNO Bahagian Pontian.

Pada forum 1Malaysia yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Budaya di MITC, Ayer Keroh Melaka hari ini, Nasir dilaporkan berkata, kaum bukan Melayu di negara ini asalnya adalah pendatang dan peminta sedekah.

Nasir dikatakan membuat kenyataan demikian ketika merujuk kepada beberapa isu dan tuntutan yang dibuat oleh kaum bukan Melayu dalam soal polisi pendidikan negara.

Kenyataan beliau itu khabarnya telah menyebabkan beberapa peserta dari MIC dan MCA keluar meninggalkan dewan.


Baca Lagi...

Anwar Kata PM dan Isteri Akan DiSepina Sebagai Saksi Kes Sodominya

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengsepina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi dalam perbicaraan kes sodominya yang kedua. “Ya... salah satu perkara pertama peguam saya Karpal Singh akan lakukan ialah memberi sepina kepada perdana menteri dan isteri,” katanya kepada para pemberita di luar mahkamah pada prosiding kesnya petang Selasa.

Bagaimanapun bila ditanya bilakah perdana menteri dan isterinya akan disepina, Anwar berkata, ia akan dilakukan pada permulaan perbicaraan kes ini tetapi yang pasti bukan esok (Rabu). Anwar mendakwa, beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa Najib ada bertemu dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum laporan polis ke atasnya dibuat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pendakwaan Datuk Nordin Hassan berkata, lebih 20 orang saksi pendakwaan dijangka akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes perbicaraan sodomi Anwar mulai esok.

Beliau berkata, tidak kurang daripada 26 saksi dijangka memberi keterangan.

Antara lain, katanya, mereka yang akan dipanggil sebagai saksi ialah tiga orang doktor kerajaan, dua pakar kimia, seorang doktor swasta dan lima saksi yang mempunyai kaitan dengan Kondominium Desa Damansara. Anwar, 63, tidak mengaku bersalah mensodomi bekas pegawai khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Sumber-sumber memberitahu The Star, Mohd Saiful sendiri berkemungkinan besar akan turut dipanggil sebagai saksi pada hari pertama perbicaraan.


Baca Lagi...

Perbicaraan Kes Liwat Anwar Ditetapkan Mulai Petang Esok

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya akan bermula di Mahkamah Tinggi di sini petang esok, 18 bulan selepas Ketua Pembangkang itu didakwa meliwat bekas pembantunya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah petang ini menetapkan perbicaraan bermula pada pukul 2.30 petang esok selepas beliau menolak permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraan.

Hakim itu berkata tidak wujud keadaan yang istimewa dalam prosiding undang-undang untuk membenarkan Anwar menangguhkan perbicaraan.

Perbicaraan akan dimulakan pada petang esok kerana kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan akan menemui Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff pada sebelah pagi untuk mendapatkan tarikh awal permohonan Anwar bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas yang menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen tertentu daripada pihak pendakwaan bagi tujuan pembelaannya.

Peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh berkata kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan bersetuju menemui Hakim Alauddin untuk mendapatkan tarikh sebelum perbicaraan kes liwat itu.

Hakim Mohamad Zabidin berkata memandangkan kedua-dua pihak bersetuju dengan perkara itu, beliau tidak mempunyai pilihan selain menetapkan prosiding pada petang esok kerana beliau tidak mahu lagi menangguhkan perbicaraan itu.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaan memberitahu wartawan bahawa pihaknya sudah bersedia untuk perbicaraan itu dan pihak pembelaan boleh mengeluarkan sapina kepada sesiapa sahaja dan terserah kepada hakim memutuskannya.

Ketika ditanya mengapa beliau bersetuju dengan permohonan pihak pembelaan bagi menangguhkan perbicaraan sementara menunggu pertemuan dengan Hakim Alauddin, Mohamed Yusof berkata ia bertujuan mempercepatkan perbicaraan dan pihak pendakwaan tidak mahu perbicaraan itu terganggu dengan permohonan Anwar bagi semakan.

Karpal, yang mengetuai pihak pembelaan, berhujah bahawa prosiding perbicaraan itu perlu ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan untuk membatalkan tuduhan liwat terhadap beliau.


Anwar, tiba di mahkamah pada pukul 9 pagi ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mahkamah Rayuan belum menetapkan tarikh untuk tujuan itu.

Anwar, 63, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anggota Parlimen Permatang Pauh dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 20 penjara dan sebat, jika sabit kesalahan.

Awal hari ini, Mohamad Zabidin menangguhkan perbicaraan bagi mendengar permohonan Anwar untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat ke sebelah petang selapas Karpal Singh memohon penangguhan kerana baru pagi ini mereka memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas yang menolak permohonan Anwar untuk diberikan akses kepada dokumen daripada pihak pendakwaan untuk tujuan pembelaannya.

Dalam permohonan menangguhkan perbicaraan yang ditolak oleh Hakim Mohamad Zabidin, Karpal Singh menghujahkan bahawa tuduhan liwat itu mala fide (berniat jahat) dan melanggari proses mahkamah kerana laporan perubatan pertama oleh Hospital Pusrawi menyatakan bahawa Mohd Saiful memberitahu doktor bahawa dia mendakwa diserang di bahagian dubur pada mulanya dengan tusukan plasik.

Laporan perubatan mendedahkan Mohd Saidul mengadu kepada doktor bahawa dia mengalami sembelit selama seminggu.

Namun menurut laporan bertarikh 28 Jun, 2008, doktor tidak perasan sebarang pendarahan pada rektum dan selama seminggu tiada darah pada najis.

Karpal turut berhujah bahawa laporan perubatan daripada tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd Saiful menyatakan bahawa tiada penemuan klinikal yang konklusif yang mencadangkan berlaku kemasukan ke dalam dubur Mohd Saiful.

Beliau berkata jika laporan Pusrawi dan HKL merumuskan bahawa tiada berlaku kemasukan, atas dasar apakah dakwaan itu boleh dikemukakan kerana mengikut Seksyen 377B, elemen penting bagi membuktikan kes liwat ialah kemasukan.

Mohamed Yusof berhujah bahawa perkataan "plastik" dalam laporan perubatan Hospital Pusrawi hanya ditimbulkan dalam perbicaraan hari ini dan doktor terbabit perlu memberi keterangan dalam mahkamah mengenai perkara itu.

Beliau berkata perkataan itu mungkin dibaca secara salah oleh pihak pembelaan kerana laporan itu ditulis tangan.

Mohamed Yusof kemudiannya memberitahu pemberita pihak pendakwaan akan memanggil ahli kimia mengenai specimen bagi membuktikan kes pendakwaan.

Anwar, tiba di mahkamah pada pukul 9 pagi ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mahkamah dipenuhi oleh petugas media tempatan dan luar negara, anggota keluarga Anwar dan para penyokong serta orang ramai yang ingin mengikuti perbicaraan yang ditunggu-tunggu dan telah berulangkali ditangguhkan.

Turut hadir ialah bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim, bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng.

Peguam Zamri Idrus bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Mohd Saiful.

Selepas prosiding ditangguhkan, pihak pembelaan yang terdiri daripada Karpal, Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C.V. Prabakharan, S. N. Nair, Mohd Radzlan Jalaludin dan Marisa Regina Fernando bergegas ke Istana Kehakiman di Putrajaya untuk berjumpa dengan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi untuk mendapatkan tarikh awal bagi mendengar semakan itu.

Pihak pendakwaan yang diketuai Mohamed Yusof dan para Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, dan Noorin Badaruddin turut bergegas ke sana.

Bagaimanapun, mereka gagal bertemu sama ada Zaki atau Alauddin dan menurut Karpal Singh, beliau dimaklumkan bahawa Zaki menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur manakala Alauddin mempunyai temu janji perubatan.

Karpal Singh memberitahu wartawan di Putrajaya bahawa Alauddin semasa dihubunginya menerusi telefon bersetuju menemui kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan esok.

"Kami tidak mahu kelewatan tetapi pada satu keadaan kami mahu menggunakan semua remedi perundangan yang ada kepada Anwar.



Perbicaraan ini seharusnya tidak dipercepatkan. Beliau harus dibenarkan menggunakan semua tindakan undang-undang," kata Karpal Singh.

Pada permulaan prosiding hari ini, Karpal Singh memberitahu mahkamah bahawa beliau memfailkan permohonan semakan semula pada pukul 8.40 pagi ini menerusi Tetuan S.N.Nair and Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.

Karpal Singh berkata beliau akan mengemukakan permohonan bagi menangguhkan perbicaraan di hadapan Ketua Hakim Negara dan jika Zaki membuat keputusan, Mahkamah Tinggi perlu terikat kepada keputusan itu.

Bagi meyakinkan hakim, Karpal Singh meminta mahkamah membenarkan pihak pembelaan untuk menemui Ketua Hakim Negara bagi mendapatkan peluang terakhir untuk semakan kehakiman bagi membolehkan dokumen-dokumen utama bagi tujuan pembelaan.

"Keputusan oleh Mahkamah Persekutuan dilakukan pada 29 Jan. Pagi ini merupakan tarikh terawal yang membolehkan kami memfailkan permohonan semakan. Berilah kami peluang untuk menemui Tun Zaki dan kami akan kembali ke sini pada 2.30 petang," kata beliau.

Mohamed Yusof berkata pihak pendakwaan tiada bantahan terhadap permohonan pihak pembelaan.

Dalam permohonan semakan yang difailkan bersama afidavit beliau, Anwar menyatakan Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa untuk mendengar dan membuat semakan terhadap keputusannya mengikut Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan.

Dalam afidavit yang diperakui beliau, Anwar berkata hakim-hakim Mahkamah Persekutuan telah tersalah arah diri mereka secara serius apabila merujuk permohonan kes jenayah bagi mendapatkan dokumen.

Antara dokumen utama yang dikehendaki termasuk sampel spesimen DNA Mohd Saiful, rakaman kenyataan-kenyataan saksi daripada Mohd Saiful, nota pemeriksaan Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, kenyataan oleh pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, dan daripada tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), nota ahli kimia dan laporan perubatan serta rakamaan CCTV kondominium pada waktu kejadian.

Pada 29 Januari, panel Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Md Raus Sharif, semasa menolak rayuan Anwar mendapatkan dokumen, memutuskan setiap tertuduh dilarang memiliki dokumen sebelum perbicaraan kerana ia mengandungi keterangan yang akan dibuktikan pihak pendakwaan pada perbicaraan kes. - BERNAMA


Baca Lagi...

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan