Hafiz Yatim
Mohd Saiful Bukhary Azlan memulakan keterangannya dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, dengan menceritakan tentang dakwaan ajakan seks oleh ketua pembangkang itu.
Mohd Saiful adalah pengadu dalam kes tersebut dan merupakan saksi pertama pihak pendakwaraya.
Anwar dituduh melakukan kesalahan tersebut di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.
Dalam kenyataan pembukaannya, Peguamcara Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin berkata pihak pendakwaraya akan membuktikan bahawa kesan air mani Anwar ditemui dalam dubur Mohd Saiful.
Katanya, kesan air mani itu diperolehi oleh doktor dari sampel tisu.
Mohd Yusof berkata, pihak pendakwa akan membuktikan kesnya melalui keterangan oleh Mohd Saiful dan laporan ahli kimia, pakar forensik dan doktor.
Menurut Mohamed Yusof berkata, pihak pendakwaraya akan memanggilkan lebih 20 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut, yang didengar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Dalam keterangannya, Mohd Saiful menceritakan bagaimana dengan bertemu dan Anwar dan bekerja dengannya.
Pada 26 Jun, katanya, dia diarahkan bertemu dengan Anwar di kondominium Desa Damansara pada jam 2.30 petang, untuk berbincang
tentang tugasnya.
Mohd Saiful berkata dia telah menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar dan Anwar berkata: "Can I f*** you today?"
Walaupun dia 'takut dan tidak mahu", Mohd Saiful berkata, dia mengikut juga arahan Anwar dan membersihkan diri dalam bilik air serta keluar dengan memakai tuala dan masuk ke dalam bilik tidur.
"Saya nampak Anwar memakai tuala. Dia mendekati saya dan memeluk saya," katanya.
Ketika itu, Karpal memohon supaya baki keterangan Mohd Saiful dibuat secara tertutup. Hakim Mohamad Zabidin bersetuju dan menangguhkan prosiding sehingga jam 9.30 pagi esok.
Walaupun hujan lebat, para penyokong Anwar berhimpun dekat pintu masuk kompleks mahkamah. Dua penyokongnya kelihatan memakai topeng Najib dan Rosmah. Polis mengeluarkan amaran tangkap.
Sebelum itu, peguam Karpal Singh membuat bantahan kerana laporan polis menyebut kejadian liwat itu didakwa berlaku pada kira-kira jam 6 petang, yang berbeza dengan waktu yang tercatat pada kertas tuduhan.
DPP Mohd Yusof menjawab banyak insiden yang berlaku. Katanya, laporan polis itu merupakan bukti utama, yang membawa polis melakukan penyiasatan.
Mohd Saiful memulakan keterangannya dengan menceritakan mengenai latar belakang pendidikannya kepada DPP kanan DPP Mohd Yusof.
Katanya, dia tercicir dari Universiti Tenaga kerana keputusannya yang teruk.
Dia kemudiannya menunjuk ke Anwar ketika diminta mengecamnya. Anwar tidak memandang ke arahnya.
Sebelum itu, ketika Mohd Saiful melangkah ke kandang saksi, kedengaran seseorang melaung "taubatlah", menyebabkan mukanya berubah.
Mohd Saiful berkata, dia bekerja untuk Anwar sebagai seorang sukarelawan seminggu sebelum pilihan raya umum Mac 2008, dengan gaji RM1,000.
Selepas pilihan raya tersebut, dia menjadi pengawai khas, dengan tugasw mengatur perjumapan dengan ahli-ahli parlimen BN yang berkemungkinan melompat parti.
Beliau meletak jawatan pada bulan Jun, atas alasan "malas dan tidak berdisiplin".
Tetapi hari ini Mohd Saiful berkata sebab sebenarnya ialah "kerana tidak tidak tahan lagi diliwat".
Perbicaraan bersambung esok.
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
2 comments:
"walaupun takut dan tidak mahu".kenapa sanggup membersihkan diri dan memakai tuala dan masuk ke bilik?Tidakkah ini dengan kerelaan sendiri?Apakah anwar terlalu kemaruk untuk meliwatnya dan apakah anwar mengacukan sebarang senjata sehingga 'haiwan 'ini bersedia untuk diliwati.Apakah 'haiwan ' ini lebih takutkan anwar daripada dosa dan laknat dari Allah.?Apakah anwar lebih kuat fizikalnya daripada seorang 'haiwan' yang dikatakan penuntut ilmu silat?
"kerana tidak tahan lagi diliwat" bermaksud bahawa dia selalu diliwat.tetapi masih tidak mahu mengelak dari berlakunya liwat.
Apa yang ditakutkan sangat pada anwar itu.Jika tidak hanya untuk memburuk dan memfitnah beliau.sekiranya terdapat perbicaraan yang berat sebelah,tidak perlu lagi ada mahkamah kerana tiada keadilan lagi.
Ingat tak lagi....Munawar....Ini kan pulak bontot si saiful??? mana lagi seksi....bontot munawar kah atau bontot si Saiful.....Alahaiiii.
Catat Ulasan