Kumpul Cadbury yang ada DNA Babi suruh Dr Abdul Shukor makan!

Jumaat, 30 Mei 2014



Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu "halal dimakan", demikian menurut Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

Katanya lagi "Dalam kes produk siap diproses dan dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai halal tetapi kemudian didapati berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

Saya tak nak ulas panjang pasal perkara ini sebab ini adalah kata-kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang arif tentang agama Islam!!!!!!

Saya hanya minta persatuan & NGO Islam kumpul coklat Cadbury yang ada DNA BABI tu suruh Pengerusi dan Ahli Majlis Fatwa MAKAN!!!

Lagi baik bagi makan semua anak beranak Dr Abdul Syukor.. Tak apa Ummum al-Balwa!!!


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)



17 comments:

Tanpa Nama berkata...

Sokong 110%..gamak ke x agaknye?.hehehe

Tanpa Nama berkata...

bukan ke 'halal dimakan' tu ditujukan kpd yg dah termakan.. kerana wktu mkn coklat tu kita masih x tahu ttg hal babi ini.. kes ni hanya untuk yg dah termakan sblm ni... setelah disahkan benar tentang hal babi ini, maka haram kita untuk makan coklat tu sbb kita dah tahu pasal kewujudan dna babi dlmnya.. wallahualam

XUMNO berkata...

Coklat "umum al-Balwa"??? Coklat ni makanan yang tak boleh tidak mesti makan ke Prof kangkung? Tak tahulah kalau orang besar2 pangkat tinggi2 kalau sehari anak beranak tak dapat makan coklat bercampur dna babi mati kebuluran!!

Tanpa Nama berkata...

laporan kajian bertarikh 27hb Feb 2013, tp knp baru ni saja diwar warkan? dari tarikh dna diketahui pada 27hb Feb hingga diumumkan, sapa yg tanggung dosa mkn babi tsb?

MAEL... berkata...

apa punya mangkok prof. shukoq....yang haram tetap haram..kalau sebelum ni kita boleh terima sebab istilah TAKTAHU...atau pun diorang ni dah dapat RM dari sykt coklat...?kalu mcm ni punya sikap ahli majlis fatwa...baikla letak jawatan je...!!!

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
30 Mei 2014 12:00 PTG ...
kalau betul apa yang kau maksudkan tu kenapa tak guna aje ayat yang mudah utk di fahami ..contoh" kalau taktahu, itu di kira halal ..tapi kalu dah tahu haram di makan..jika benar dakwaan yang mengatakan ada dna babi ..maka haram di makan" baru senang faham..... wallahualam..tunggu komen dr asri pula..

Tanpa Nama berkata...

Fulus msk itulh sebabnya "Ummum Al- Balwa" jika trlalu berat terus jadi BARUA.....dah terang2 ada kesan baalipbaya maseh lagi berani memberi fatwa

BIcara Hati berkata...

Dia guna petua bkan fatwa...

Tanpa Nama berkata...

Biasalah ilmuan dunia, benda yang haram dicakap belit-belit supaya yang haram nampak macam halal. Saya rasa akan ada U-turn dari ada dna babi kepada tak ada. Mana taknya pemilik-pemilik saham di Malaysia dah tentu vip-vip mana boleh tahan kalau saham merudum.... sapa nak tanggung rugi... takkan Panda pulak kot...jadi tahu-tahu sajalah.

Tanpa Nama berkata...

Dia ada syer kat Cadbury kot....

Tanpa Nama berkata...

Betul tu...terima kasih atas pencerahan ini..kita jgn la mudah manipulasikn kenyataan seseorang semata2 utk kepentingan diri sendiri...kalau tak faham brtanya,malu bertanya sesat la jalan...bila dh sesat kita mnyesatkan lg pula...Na'uzubillah minzalik...Wallahu'alam...

abdullahrani berkata...

Saya setuju

Tanpa Nama berkata...

kalau kita tak tahu dan dah jadi kebiasaan boleh mungkin tak ape agak nya..tapi sekarang kita dah tahu dan kalau pun masa depan kita dah was was mungkin Haram kalau kita makan. Wallahhurabbi.

Tanpa Nama berkata...

Betul. Skrg apa saja yg dinyatakn olih peg kerajaan dimanupulasikn

johan berkata...

Kenyataan org alim yg menyuruh kumpulkn coklat tu n bagi pd peg majlis fatwa kebangsaan?

Tanpa Nama berkata...

jelaskan halal atau haram...itu saja.. ini dok pusing cakap....supaya nak jadi halal juga..buat hujjah umum al balwa..la..tah apa lagi..
cakap saja la yg dah termakan hukumnya tak berdosa sebab tak tahu...tapi bila dah tahu ada dna babi maka hukumnya haram..
itu saja jelas...
yg dok lekat tanda lebel halal tu untuk apa... syarikat menipu pun nak sokong lagi ke..

Tanpa Nama berkata...

aku nak buat kenduri coklat ni kat ahli majlis fatwa dan keluarga mereka makan banyak2..
ada mau ke...free.. tak payah bayar...
syarat makan depan aku...

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan