Khamis, 10 Februari 2011
BEIRUT - Pengguna internet di Syria menyatakan mereka boleh melayari ke laman sosial :Facebook: dan :YouTube: buat pertama kali selepas tiga tahun berikutan keputusan kerajaan untuk menarik balik sekatan terhadap kedua-dua laman sosial tersebut.
Bagaimanapun, Ketua Pusat Kebebasan Suara Media Syria, Mazen Darwish berkata, pengesahan perkara itu belum dilakukan secara rasmi.
Tindakan melonggarkan sekatan itu diambil susulan kemelut yang melanda Mesir dan Tunisia.
Kempen yang diadakan secara dalam talian untuk mengadakan 'Hari Kemarahan' sebagai bantahan terhadap pemerintahan rejim Presiden Bashar Assad, minggu lalu tidak mendapat sambutan apabila tiada penunjuk perasaan berhimpun di Damsyik.
Hal ini membuktikan kerajaan Syria tidak terjejas walaupun negara di benua Arab lain sedang bergolak.
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan