Adnan Yaakob Dilantik Pengarah Pilihan Raya BN Di Kerdau

Sabtu, 19 Februari 2011

BETONG, (SARAWAK): Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil Barisan Nasional bagi kerusi Dewaqn Undangan Pahang kawasan Kerdau.

"Saya yakin beliau berkemampuan dan banyak pengalaman," kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat dan menghadiri jamuan tengah hari di Masjid Darul Solihin Kampung Bungey di Debak sini pada Jumaat.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju dengan pelantikan itu yang berkuat kuasa serta merta.

Kerusi Kerdau kosong berikutan kematian penyadangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, daripada barisan Nasional akibat serangan jantung pada 12 Februarilepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual menetapkan tarikh pilihan raya kecil itu pada Ahad ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. -BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan