Kemelut UMNO Perlis tiada tanda berakhir

Ahad, 13 Februari 2011

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Kemelut yang melanda UMNO Perlis masih belum menunjukkan tanda akan berakhir apabila Datuk Seri Shahidan Kassim terus mendesak Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berubah sikap atau diubah daripada kedudukannya sekarang.

Menurut bekas Menteri Besar Perlis itu, tindakan Md. Isa yang seakan menafikan kedudukannya selaku Ketua UMNO Bahagian Arau dan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainol Abidin dalam membuat sebarang keputusan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Menurutnya, antara tindakan yang dikesali adalah sebarang perbincangan tidak melibatkan kedua-dua mereka tetapi diadakan dengan pihak lain menyebabkan UMNO bahagian berpecah.

"Semua ini gila sampai saya selaku ketua bahagian tidak dijemput ke program yang diadakan di kawasan sendiri. Saya tidak pernah berbuat begitu ketika menjadi menteri besar dahulu.

"Perkara seperti itu bukan menyumbang kepada penyatuan tetapi perpecahan. Sudah banyak kali kami bangkitkan perkara ini sampai naik malas mahu ungkit lagi," katanya selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ketua-ketua UMNO bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan