Mubarak diberitakan sakit

Rabu, 16 Februari 2011

Sumber : Rauter

KAHERAH 16 Feb. - Kesihatan bekas presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak dilaporkan semakin teruk namun beliau tidak mahu untuk mendapatkan rawatan selanjutnya, menurut akhbar milik Arab Saudi, Asharq al-Awsat semalam.

“Yang pasti kesihatan bekas presiden itu ketika ini semakin teruk, di samping itu ada maklumat menyatakan Mubarak tidak mahu mendapatkan rawatan,” kata akhbar tersebut dalam edisi dalam taliannya.

Tentera mahu serah Mesir dalam tempoh enam bulan
Pasukan tentera Mesir berkata, semalam pihaknya berharap untuk menyerahkan Mesir kepada satu kerajaan yang dipilih rakyat dalam tempoh enam bulan. Namun kumpulan Islam Brotherhood pula berkata jika undang-undang darurat ditamatkan dan tawanan-tawanan politik dibebaskan, ia akan membina satu lagi “jambatan keyakinan” kepada rakyat negara ini.

Dalam pada itu, menurut sumber ketenteraan, bekas presiden, Hosni Mubarak, 82 dilaporkan masih berada di pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah dan turut dilaporkan kurang sihat.

Kes rasuah Mubarak disiasat

Menurut agensi pula, peguam Negara Mesir, Abdul Meguid Mahmoud semalam mula menyiasat dakwaan rasuah terhadap bekas Presiden Hosni Mubarak berikutan permintaan daripada persatuan peguam negara ini.

Persatuan Peguam Mesir telah meminta pendakwa raya menyiasat sumber kekayaan Mubarak yang didakwa bernilai di antara AS$40 bilion (RM124 bilion) hingga AS$70 bilion (RM217 bilion).

Namun para peguam berkata, permintaan mereka adalah berasaskan laporan media dan kerana itu mereka menyeru 'rakyat yang berani' supaya mengemukakan sebarang bahan bukti yang ada pada mereka.
Persatuan tersebut turut melahirkan keraguan mengenai keupayaan Mahmoud, yang dilantik oleh Mubarak, untuk menjalankan siasatan secara objektif.

Dalam pada itu, Timbalan Peguam Negara, Adel el-Said menafikan laporan bahawa seramai 43 pegawai kerajaan dan ahli perniagaan sudah pun dibekukan aset mereka.

El-Said, antara kira-kira 12 pendakwa yang menyiasat kes-kes rasuah sejak kejatuhan Mubarak berkata, beliau tidak dapat mendedahkan bilangan sebenar mereka yang telah dibekukan aset sejak beberapa hari lalu.

Pejabat Peguam Negara telah pun memfailkan dakwaan terhadap tiga bekas menteri dan seorang ahli Parlimen, termasuk bekas Menteri Perumahan, Ahmed el-Maghrabi dan bekas Menteri Pelancongan, Zuhair Garana.
Aset mereka berempat telah dibekukan dan mereka dilarang meninggalkan negara ini.

1 comments:

maw berkata...

semasa berkuasa tak pulak kedengaran beliau sakit,dalam pelarian pelbagai kesakitan pulak yang datang.kalau dari segi keaadaan berkemungkinan beliau sakit,sakit hati kerana kuku sudah hilang taring,sakit hati wang yang berbilion tak dapat dibelanja secara mewah serta gah dan yang paling parah sakit otak,tak dapat berpikioq lagi macam mana nak kelontong supaya dunia melihat dia masih gagah.

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan