Dr Saharuddin, Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah Percaya MH370 Dirampas

Khamis, 3 April 2014


Makin hari makin ramai yang membuat telahan bahawa MH370 dirampas. Secara logiknya pesawat MH370 sudah mendarat di lokasi yang masih belum diketahui. Tidak ada sebarang klu yang menunjukkan pesawat MH370 telah terbakar atau terhempas atau dirampas.

Pencarian oleh negara-negara yang menguasai teknologi tinggi termasuk satelite pengawasan bumi tidak menemui sebarang kesan letupan atau hentakan kuat pada mana-mana lokasi di kawasan Asia.


Penganalisis jenayah percaya tiada unsur bunuh diri dalam misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan pesawat itu selamat mendarat di suatu kawasan yang tidak diketahui lokasinya.

Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata berdasarkan fakta-fakta diumumkan setakat ini, sesiapa jua yang mengambil alih pesawat itu tidak berniat untuk membunuh diri.

Katanya ini kerana pihak yang bertanggungjawab nampaknya membuat perancangan cukup teliti dan amat pakar tentang selok-belok penerbangan serta kedudukan radar termasuk cara untuk mengelakkan pesawat itu daripada dikesan oleh radar.

Dr Saharuddin juga percaya sesiapa sahaja yang mengambil alih pesawat Boeing 777-200ER itu cukup berpengalaman dalam mengendalikan pesawat itu.

“Walaupun pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam situasi sebegini, namun saya jangkakan tiada unsur bunuh diri melibatkan juruterbang pesawat berkenaan,” katanya.


Dr Saharuddin berkelulusan Doktor Falsafah Antropologi Sosial dari Universiti Antarabangsa Wisconsin di Amerika Syarikat, dan menaungi beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) selain menjadi tenaga pengajar di Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), cawangan Kuala Lumpur, dalam bidang Antropologi sejak 2009.

Berkecimpung sebagai pejuang hak pengguna selama lima tahun, beliau yang kini berusia 52 tahun itu kerap ditemu bual media tempatan mengenai isu-isu melibatkan keselamatan dan kepenggunaan.

Hanya kita tunggu kenyataan rasmi daripada kerajaan sahaja, apakah kerajaan juga akan membuat andaian MH370 dirampas setelah beberapa teori sebelum ini menemui kegagalan.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan