Ahad, 6 April 2014
Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Syed Saifullah bertindak memuat naik gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor
yang telah disunting menggambarkan kononnya beliau telah terkorban dalam
nahas pesawat baru-baru ini.
Status yang berbunyi "Dari Ia kita datang, dan dari Ia juga kita
dikembalikan” itu turut disertakan dengan gambar palsu cebisan daging
dan tulang yang disunting dan diletakkan wajah isteri Perdana Menteri
itu,
Polis berjaya menahan pemilik facebook berkenaan rumahnya di Seri Iskandar, Perak pada pukul 12.10 malam
tadi.
Syed Ahmad Saifullah Hashim, 24, ditahan di bawah Seksyen 233(1)
Akta Komunikasi dan Multimedia (Jenayah Siber) dan Seksyen 505(b) Kanun
Keseksaan kerana mendatangkan fitnah dan khianat awam.
Syed Ahmad Saifullah Hashim juga dikatakan mencabar report polis dalam facebooknya dengan kata-kata "Bila agaknya nak buat report polis secara berjemaah?"
Tak ada apa yang saya nak komen hanya memperingatkan kita kalau kita nak buat sesuatu jangan kita melampau batas, jahat mana seseorang itu bukan memberikan lesen untuk kita menghina. Islam tidak mengajar kita caci maki. Jika kita tak suka orang menghina dan menuduh kita kita sepatutnya tidak berbuat demikian kepada musuh kita.
Semoha Allah memberikan kita jalan yang lebih baik dalam sebarang tindakan.
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan