Selasa, 15 April 2014
Kementerian Pendidikan mengesahkan telah menerima surat
penutupan operasi daripada Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) yang
beroperasi di Alor Setar, Kedah. Bagaimanapun, Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh ketika
ditemui tidak mahu menjelaskan punca sehingga membawa
kepada penutupan operasi universiti milik penuh hartawan Malaysia, Tan
Sri Syed Mokhtar Albukhary.
KPM kini sedang memantau supaya kebajikan pelajar
dan kakitangan universiti berkenaan mendapat pembelaan sewajarnya. KPM juga sedang melakukan tinjauan dan perbincangan
dengan pihak universiti itu terutama membabitkan masa depan pelajar dan
kebajikan kakitangan termasuk pensyarahnya.
Semua pelajar akan ditempatkan ke universiti lain berdasarkan kursus
diambil. Ini melibatkan seramai 600 pelajar kebanyakannya pelajar antarabangsa sedang mengikuti pengajian di universiti berkenaan.
Pada Awal Februari 2014 lalu dimaklumkan satu perjumpaan telah diadakan di antara wakil kepada
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dengan warga universiti berkenaan
termasuk para pensyarah dan mahasiswanya tentang ura-ura penutup univisiti Jun ini disebabkan masalah dalaman antara orang yang dipercayai mengurus univisiti.
Syed Mokhtar sendiri berasa kesal kerana terlalu mempercayai pihak lain
sehingga menyebabkan banyak perkara yang tidak sepatutnya terjadi,"
kata pemberi maklumat.
AIU sebelum ini dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak
mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana tidak mengenakan
sebarang bayaran terhadap penuntutnya yang rata-ratanya terdiri daripada
golongan tidak berkemampuan dari seluruh dunia.
Selain tempat tinggal, makan dan minum serta kos pembelajaran,
penuntut juga ditanggung pihak Yayasan Al-Bukhary yang ditubuhkan oleh
Syed Mokhtar pada 1996.
Saya difahamkan selepas penutupan ini AIU akan dibina semula dan Tan Sri Syed Mokhtar akan memberikan tumpuan kepada perkara ini.
Saya secara peribadi menyokong penuh atas usaha Tan Sri Syed Mokhtar dalam membantu golongan miskin dan membangun sistem pendidikan.
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan