Isnin, 7 April 2014
Semalam saya mengulas pasal pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Syed Saifullah bertindak
memuat naik gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor
yang telah disunting menggambarkan kononnya beliau telah terkorban dalam
nahas pesawat baru-baru ini. Sila baca di sini
Seperti dalam artikel berkenaan saya menyokong diambil tindakan kepada mereka yang melampau dalam mengeluar sebarang kenyataan.
Tapi saya kesal sikap PDRM dan juga SKMM yang dilihat sangat tidak profesional dalam menjalankan tugas. Sikap hipokrit sangat ternyata dimana tindakan begitu cepat diambil jika melibatkan pemimpin kerajaan sedangkan langsung tidak membuat sebarang tindakan jika melibatkan pemimpin pembangkang. Walaupun caci maki dan kenyataan sangat buruk serta tidak bermaruah.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner
Khairi Arasa, berkata pihaknya dengan kerjasama polis Perak, berjaya
menahan suspek hasil risikan dan maklumat awam.
Rampas telefon, komputer
“Pemeriksaan di rumahnya turut merampas sebuah telefon bimbit,
komputer riba dan pemacu pena yang dipercayai digunakan suspek ketika
memuat naik gambar terbabit.
“Orang ramai diminta tidak menyalahgunakan akaun di laman sosial
dengan menyebar berita kurang sahih dan membuat spekulasi,” katanya
ketika dihubungi, semalam.
Katanya, suspek kini ditahan reman sehingga Selasa ini dan kes
disiasat mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia
(Jenayah Siber) serta Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana
mendatangkan fitnah dan khianat awam.
Bila PDRM nak bertindak kepada facebooker gambar macam ini dan banyak lagi yang lebih mengaibkan??
Jika ini sikap PDRM sampai bila pun PDRM tak boleh nak pulih tanggapan masyarakat PDRM sekadar 'barua' BN @ UMNO!
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
2 comments:
Nanti miss soru beb..
pdrm bermaksud polis datin rosmah mansor
Catat Ulasan