Sabtu, 5 April 2014
Semenjak model jelita 28 tahun yang pernah beraksi untuk majalah
Playboy mengejutkan masyarakat negara ini apabila berubah
imej daripada berpakaian seksi kepada bertudung miski pun dia bukan Islam dia menjadi liputan media, malah media sosial juga turut membuat ulasan.
Hampir setiap pergerakan Felixia telah menjadi buruan media kerana penukaran imej ini masih kekal bukan bersifat sementara sahaja.
Bila ditanya tentang memeluk Islam. Felixia menjawab dengan penuh ikhlas “Saya tak tolak kemungkinan peluk Islam. Semuanya bergantung pada Tuhan. Sama ada cepat atau lambat, Dia yang tentukan. Saya tunggu hidayah”
Kata-kata Felixia Yeap menunggu hidayah menjadi tanda tanya adakah dia menunggu seseorang untuk membimbingnya untuk menjalani kehidupan sebagai seorang Islam. Setakat ini belum ada jawapan yang sahih.
“Sejak memakai tudung, saya mempelajari serba sedikit mengenai Islam terutama mengenai Nabi Muhammad SAW dan Kaabah. Terus-terang, saya amat teringin menjejakkan kaki ke Makkah,” katanya.
Bagaimana hidayah akan sampai kepada Felixia, kita sama-sama tunggu dan lihat. Melainkan ada yang berusaha mencepatkannya!
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
3 comments:
Allah telah berfirman, Islam itu tinggi dan tiada yg menandinginya. Kata siapa lagi yg kita boleh percaya selain yang Allah kata.
Semuga dgn tulisan ku ini, menjadi asbab kepada F, Yeap mendapat hidayah. Sejarah hidup saya pernah mensyahadahkan seorang wanita muda dari Sabah.
hidayah itu milik Allah...Abu Talib yang rapat dengan Rasulullah dan membela Islam pon tidak beriman akhirnya...apalagi kita....doakan moga dia masuk Islam....
F,yeap boleh jumpa saya utk sama2 mencapai hidayah. He..he..he
Catat Ulasan