Sekumpulan siswa mengambil peluang untuk menyuarakan bantahan ke atas Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) dan pendirian AS berhubung hukuman mati ke atas 529 anggota Ikhwanul Muslimin di Mesir semasa acara presiden AS Barack Obama di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini.
Tahniah kepada kumpulan pelajar ini, walaupun sekitar 10 orang siswa mereka berjaya menyatakan pandangan tersebut untuk ditonton seluruh dunia.
Masej yang dipamerkan memalui poster membantah TPPA dan juga poster membantah penggulingan kerajaan Mesir ketika Obama sedang menyampaikan ucapannya suatu tindakan yang sangat berani.
Obama yang biasa dengan keadaan seperti berkata dalam ucapannya "Sebagai contoh ada orang berkata 'tidak' di sebelah sana. Saya tidak tahu apa yang mereka bantah. “Tetapi saya rasa idea asas bahawa sesorang itu tidak sama seperti anda dan jika ada perbezaan kita mesti melayan mereka seperti kita mahu dilayani.
Jurucakap kumpulan berkenaan Adam Fistival Wilfrid berharap dapat menggunakan sesi soal jawab berkenaan untuk meminta Obama menyatakan pendirian berhubung hukuman mati ke atas 529 anggota Ikhwanul Muslimin di Mesir. Kumpulan berkenaan dihukum mati kerana didakwa terlibat dengan demonstrasi.
0 comments:
Catat Ulasan