Adakah Tun Mahathir Sama Seperti Bill Clinton?

Khamis, 12 Jun 2014


Tun Mahathir adalah bekas perdana menteri Malaysia manakala Bill Clinton pula bekas Presiden Amerika Syarikat. Kedua-dua mereka meninggalkan rumah kerajaaan (Rumah putih & Putrajaya) untuk menjalankan kehidupan sebagai rakyat biasa berstatus 'bekas pemimpin negara'.

Soalannya adakah kedua-dua mereka sama?

1. Bekas wanita pertama Amerika Syarikat Hillary Clinton mengaku keluarganya berdepan dengan masalah kewangan selepas Bill Clinton tidak lagi menjadi presiden dalam wawancara dengan Diane Sawyer menerusi stesen televisyen ABC untuk mempromosi buku barunya ‘Hard Choices.’

Tun Mahathir ada juga lancar buku “A Doctor In The House: Memoirs Of Tun Dr Mahathir Mohamad” tetapi Tun tak papa dan melarat tak ada duit untuk sara hidup.

Kenapa? Tun mungkin jenis orang jimat cermat sebab UMNO ajar jimat cermat!!!

2. Bill dan Hillary Clinton yang juga bekas Setiausaha Luar Amerika Syarikat berkata, keluarganya bukan saja kehabisan simpanan tetapi juga berdepan dengan hutang selepas meninggalkan Rumah Putih pada 2001.

Tun Mahathir tidak habis duit malah anaknya adalah antara orang terkaya di Malaysia. Kenapa??

Tun Mahathir pandai didik anak bukan macam Bill Clinton!

3. Kata Hillary Ckinton “Kami bukan setakat bankrap tetapi juga berhutang. Kami tidak memiliki wang ketika memasuki Rumah Putih. Kami berjuang, mengumpul wang untuk membeli rumah dan membiayai pelajaran anak.”

Tun Mahathir tak perlu berjuang pasal kalau masuk UMNO memang diajar duit rakyat duit BAPAK KITA, pasal itu bagi pemimpin UMNO mereka tak perlu berjuang mengumpul duit kerana duit akan datang sendiri!!! he he he duit Bapak kita!

4.  Untuk mengatasi masalah kewangan mereka, Bill dan Hillary memenuhi jemputan ceramah. Bayarannya cukup menakjubkan. Untuk sekali ceramah, Hillary dibayar sehingga AS$200,000 (RM641,000).

Nilai suara Bill pula lebih tinggi, mencecah sehingga AS$750,000 (RM2.4 juta) untuk satu sesi.

“Kami bekerja keras kerana pertama, terpaksa membayar hutang dan kedua, membeli rumah serta mengurus keluarga,” kata Hillary.

Menurut CNN, sejak meninggalkan Rumah Putih, wang hasil ceramah yang diperoleh Bill Clinton mencecah AS$106 juta (RM340 juta). Pada 2012 saja, bayaran untuk 72 ceramahnya berjumlah AS$17 juta (RM55 juta).

Adakah Tun Mahathir berceramah sana-sini untuk menyara hidu anak-anaknya selepas dia keluar daripada Putrajaya tidak ada duit pasal dia amanah duit rakyat??

TIDAK SAMA SEKALI....

Dia giat ceramah kerana rasa kekuasaan politik dan orang-orangnya tergugat. Dia inginkan suara dalam pembahagian harta rakyat.... Pasal itu sekarang dia kembali ke Proton.

Bill Clinton bukan Islam bekas Presiden AS negara kuasa dunia tapi sangat berbeza dengan bekas pemimpin Malaysia negara sedang membangun yang bercakap Islam!!

Kalau tak tahu juga apa yang ditulis di atas, tak tahu nak kata apa lagi!!



TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

4 comments:

GEBU berkata...

Pemimpin Islam BN kat Malaysia mengaku saja Islam tapi amalan mereka HALAM..... sebab mereka semuanya berkedudukan no.1 dalam dunia.

Tanpa Nama berkata...

Penat ajer kau orang jelaskan, bukannya dia orang boleh faham pun. Apalah nak diharapkan dengan IQ penyokong ameno.

Tanpa Nama berkata...

CERITA RINGKAS...PESAWAT MAS MH370 TELAH HANCUR AKIBAT TERKENA TEMBAKKAN LATIHAN PELURU PANDU CHINA.

Tanpa Nama berkata...

SAMA TAPI TAK SERUPA.....MEMENG BETUL APA YANG TUN DR.M CAKAP DALAM AKHBAR THE SUN 19MAY2014..CHINA ACCIDENTLY SHOOT DOWN MH370....SEBAB SAYA PON TERBABIT DALAM HAL MH370 NI....CAYA LAH

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan