Pindaan RUU 355 sebahagian daripada perjuangan PAS

Selasa, 30 Ogos 2016

Di antara soalan yang dikemukakan dalam Liqa Fikri PAS Pusat, Sabtu baru-baru ini ialah telahan cadangan Pindaan RUU 355 adalah sia-sia. Presiden PAS menjawab dengan agak panjang lebar, bukan sahaja melihat aspek RUU 355 tetapi mengimbau perjalanan dan perjuangan PAS yang panjang dan istiqamah bagi menegakkan Islam sedari awal penubuhannya. Saya sempat mencatat sebahagiannya. Saya olah kembali.


Di awal kemerdekaan, PAS mendesak supaya diletakkan Islam dalam perlembagaan, walaupun kemudiannya Islam itu disebut sebagai agama persekutusn tanpa takrif. Suruhanjaya Reid dalam minit mesyuaratnya meletakkan Islam ialah religion, (sebagaimana yang difahami oleh Barat dan mereka yang menganut faham sekular).  Maka, tepulanglah kepada kita untuk mentakrifkan Islam (dan tentunya sebagai umat Islam yang faham Islam, kita akan mentakrifkan Islam itu sebagai addin, cara hidup, way of life yang terangkum di dalamnya seluruh aspek kehidupan). Banyak pindaan telah dibuat dalam perlembagaan (yang menunjukkan perlembagaan itu masih banyak perkara yang belum ‘diselesaikan’).


Di awal kemerdekaan, pemimpin PAS menyaksikan serangan terhadap PAS. Muncul kata-kata sinis: ‘Laksana Islam, kudunglah tangan orang Islam’ dan lain-lain. Namun, sebenarnya ia datang dari orang yang jahil dengan hukum Islam. Ketika itu, negeri-negeri yang mempunyai pusat pengajian pondok bertembung dengan mereka yang menolak Islam sebagai ad-din. Ini kerana tuan-tuan guru di pusat pengajian pondok menerangkan Islam yang sebenar yang meliputi segala aspek kehidupan-ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, (termasuk batas-batas iman dan kufur yang boleh menyebabkan seseorang Islam gugur dua kalimah syahadahnya jika beriktikad, mengucap atau membuat sesuatu yang bercanggah dengan aqidah dan syariat). Umno mengambil peluang ini untuk menyerang PAS. (Media ketika itu, terutama akhbar utama memainkan isu) seperti kafir mengkafir. (Sedangkan sebenarnya yang berlaku ialah para ulama mengingatkan tentang batas iman dan kufur, dan dalam masa yang sama ada kalangan umat Islam yang sangat mudah menghina agamanya sendiri).

Ketika peristiwa 13 Mei, Umno bingung kerana tidak dapat mengatasi masalah. Ketika ini juga kerusi Parlimen bukan Islam mula banyak, terutama di sebelah pantai barat. Umno minta PAS sertai kerajaan campuran. PAS bersedia menyertai kerajaan campuran dengan 8 syarat. Di antaranya, diizinkan berdakwah di kalangan Jabatan kerajaan, kerajaan harus laksana Islam secara tadarruj (berperingkat), PAS boleh bangkang kerajaan sekiranya ada perkara yang PAS tidak setuju. Perkara ini tidak boleh berlaku jika PAS salah satu komponen BN. Hasil dari usaha PAS, banyak adat penjajah ditarik balik seperti arak dalam majlis rasmi kerajaan, tiada majlis tari-menari, azan dalam tv, kefahaman agama yang meningkat di kalangan pegawai kerajaan dan kesedaran Islam, termasuk ramai yang mula aktif dalam kumpulan Islam seperti Abim, Al-Arqam dan lain-lain.

Pada tahun 1974, dibubarkan kerajaan Perikatan. Selepas itu, berlaku pelbagai seminar yang melibatkan ahli akademik seperti Prof Nik Rashid, Prof Ahmad Ibrahim menganjurkan pelaksanaan hukum Islam berkait dengan jenayah dan undang-undang Islam yang menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat. Dilaporkan, Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Hanif Omar pernah berkata jika dilaksanakan hukum jenayah Islam, kita akan bekerjasama.

Dalam Umno ada golongan sekular liberal yang tidak setuju melaksanakan hukum Islam. Inilah yang berlaku dalam krisis Kelantan suatu masa dahulu. PAS kemudiannya terus menjadi pembangkang, terus berdakwah , meneruskan agenda pembangunan negeri yang berkait dengan hal tanah, pentadbiran dan lain-lain.

Hasil tahaluf siasi, PAS menang di Kelantan. PM Malaysia ketika itu, Dr Mahathir mencabar Kelantan melaksanakan hukum syarak, kita sokong. Kata-kata ini datang dari orang politik, dari PM, tentu tidak boleh dibuat main-main. PAS tubuh jawatankuasa melibatkan tokoh akademik dan para ulama menggubal undang-undang jenayah. Seminar diadakan dahulu dengan Semangat  46 yang menjadi rakan politik ketika itu, juga dengan parti politik bukan Islam dan NGO bukan Islam. Ini menunjukkan kesungguhan PAS memberikan kefahaman yang sebenar kepada semua pihak, termasuk orang Islam yang jahil dan bukan Islam. Soalan-soalan mengenai undang-undang jenayah Islam dapat dijawab dengan baik. Selepas itu, barulah dilulus di Dun Kelantan. PM Dr Mahathir ugut Kelantan bahawa kerajaan pusat akan bertindak. PAS berfikir dari segi awlawiyyat (keutamaan). Ia ‘tertangguh’ seketika. Namun pelaksanaan hukum jenayah ini kemudiannya menjadi majlis ilmu yang sentiasa diajar, disentuh dan dibincang. Kelantan juga mengadakan Hari Hudud bagi mengingatkan umat Islam tentang kewajipan melaksanakan hukum syarak.

Pada tahun 1999, PAS menang di Terengganu. PAS gubal undang-undang jenayah Islam. Kes ini pernah dibawa ke mahkamah, menyebabkan kes ini tergantung. Kemudiannya, usul persendirian di Parlimen dikemukakan. Akta Parlimen 76A melibatkan semua hukum jenayah. Pindaannya memerlukan 2/3 majoriti ahli Parlimen. PAS minta pandangan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Oleh kerana ia usul persendirian, tidak mudah untuk dikemukakan dan diluluskan.

Kelantan mengadakan seminar dan lain-lain, memberi kesedaran dan membuat desakan, termasuk dari pengamal undang-undang supaya melaksanakan hukum syarak. Pihak kerajaan negeri Kelantan atau PAS secara umum boleh bincang dengan kerajaan pusat mengenai pelbagai perkara lain seperti hal air, elektrik, lebuh raya, kenapa PAS tidak boleh berunding dengan kerajaan pusat tentang syariah?

Justeru, jawatankuasa perbincangan melibatkan pentadbir-pentadbir kerajaan, berbincang tentang usul berkait dengan hukum syarak atau bidangkuasa mahkamah syariah dan Akta berkaitan. Ahli Parlimen Islam tanpa mengira parti, semuanya tidak cukup 2/3. Ini adalah kesilapan pihak Umno dan kerajaan sehingga menjadikan undi orang Islam merosot. Dengan kedudukan sekarang di Parlimen, undi ahli Parlimen dalam kalangan orang Islam boleh dapat ‘simple majority’, dan ini melibatkan pindaan RUU 355. Entahlah, kalau ada di kalangan ahli Parlimen Islam, samada dari Umno atau ‘pencuri kerusi’ tidak akan menyokong pindaan ini dengan alasan ia bukan hudud, dan hanya hudud yang tidak boleh dipertikai, lalu menjadikan ia sebagai satu justifikasi untuk menjadikan usul ini sia-sia.

Kita juga ada hujah. Kaedah fiqh menyebut; ‘Perkara yang tidak dapat dibuat semuanya, jangan ditinggalkan sebahagiannya (atau semuanya)’. Di sini maqasid syariah main peranan. Bukannya menggunakan maqasid syariah untuk menidakkan perjuangan memartabatkan hukum syarak. PAS juga mengambilkira fiqh realiti dengan mengemukakan hukum ini untuk orang Islam berdasarkan pendapat ulama dan sesuai dengan Perlembagaan Malaysia.

Pindaan RUU 355 adalah berkait dengan konsep kehakiman dalam Islam, walaupun melibatkan sebahagian hukum syarak, tetapi bukan hanya hukum. Dari hukuman 3 tahun penjara, RM5,000 dan 6 sebatan boleh diubah kepada hukum syarak. Di sana ada Akta 76A, namun kita boleh buat sebatan dan boleh perkenalkan tatacara saksi dan lain-lain prosedur.

Hukuman Islam ta'dib, bukan ta'zib. Undang-undang sekarang sebenarnya tiada roh. Ia akan menjadi pendidikan kepada masyarakat. Tersebarnya mungkar, maksiat bererti gagalnya undang-undang manusia. Keindahan hukum Islam akan dapat dilihat apabila dilaksanakan.

Dalam sejarah Islam, ramai hamba yang dimerdekakan. Hukum beberapa jenis kaffarah melibatkan memerdekakan hamba. Kerajaan Mamalik, Saljuk, Moghul dan lain-lain adalah bekas hamba. Ramai juga ahli hadis dari kalangan hamba yang dimerdekan yang disebut ‘mawla’. Amerika Syarikat sendiri lambat menangani dan menyelesaikan isu hamba walaupun ia dianggap negara hebat.

Berbalik kepada isu PAS keluar dari Pakatan, ia bukan semata-mata isu hudud, tapi prinsip parti, termasuk hal-hal politik. DAP sangat biadab terhadap urusan orang Islam dengan mencampuri perkara yang tidak ada kaitan pun dengan mereka. Umno adalah parti sekular. Islam ajar kita pendekatan dakwah, berdamai dengan orang yang mengajak berdamai, berlawan dengan orang yang mengajak kita berlawan. Sama ada ikhlas atau tidak, itu adalah urusan Allah.

Dalam sejarah Islam, pendekatan berdamai melonjakkan sokongan. Contoh Perjanjian Hudaibiah. Nabi punya pandangan jauh, pandangan politik. Apabila Quraisy tandatangan Perjanjian, bererti mereka mengiktiraf negara Islam yang didirikan oleh Nabi di Madinah. Butiran perjanjan pula, apabila dilihat secara zahir seolah-olah merugikan Islam tetapi sebenarnya ia menguntungkan Islam untuk jangka masa panjang. Walaupun tahun itu para Sahabat tidak boleh mengerjakan umrah, ini wajib muassa' (luas), boleh kerjakan umrah kemudian. Nabi letak politik negara, awlawiyyat (keutamaan) bebaskan negara dari buat umrah.

Usul Persendirian berkait dengan Pindaan Akta RUU355 adalah sebahagian dari perjuangan PAS yang panjang bagi memartabatkan agama Islam sebagaimana yang dikehendaki Allah. Kalau ia berjaya, sebahagian dari perjuangan itu Berjaya. Kalau tidak berjaya, niat dan kesungguhan telah dibuktikan dan mereka yang menggagalkan usaha baik ini tetap akan ditanya tentang niatnya. - HARAKAHDAILY 30/8/2016

NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK
..................
Penulis adalah Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulama PAS Pusat dan Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulama PAS Terengganu.



TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

4 comments:

Unknown berkata...

Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
KLIK-> PESUGIHAN TOGEL

Ky darsa berkata...



Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam pasang NOMOR

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi NOMOR


4"Anda udah kem-m tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat

Solusi yang tepat jangan anda putus asah...AKI akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh NOMOR 2D ,4D, 6D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub:KI JAYA DI NO: [[[085-321-606-847]]]


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D


ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D
DAN PESUGIHAN TUYUL

Jagoan berkata...

Tlg admin buang komen di atas kerana ia berunsurkan perjudian.

BERITA TERKINI berkata...

LOLIPOKER Agen Taruhan Poker Online di Indonesia. LOLIPOKER merupakan salah satu website poker, Bandar ceme keliling Terpecaya di indonesia. domino qq online Dengan Pelayanan Costumer Service Kami yang Ramah Dan Profesional yang Standby 24 Jam Di livechat untuk anda .

Agen Taruhan Poker

Situs Judi Terbaru

Bandar Judi Online

LOLIPOKER

Bandar Poker Uang asli

Situs Bandar QQ Online

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan