Sabtu, 1 Mac 2014
Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) semalam mengumumkan akan mencabar Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR. Sekali gus menamatkan teka teki selama ini.
Ramai berpendapat TSKI tidak layak kerana dia bukan orang politik tetapi orang ekonomi. Itu juga yang yang digemburkan selama ini dalam "Kajang Move".
Untuk mendapat natijah yang baik kita tak perlu sangat orang yang terlalu berpolitik. Dalam PAS contoh yang ketera ialah Dato' Mustaffa Ali dia memang bijak berpolitik malah dia boleh 'mengheh' Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, pasal itu dia masih kekal sebagai Setiausaha Agung PAS.
Mustafa Ali banyak masalah dalam PAS tapi kerana Presiden sayang dia dia akan kekal dengan masalahnya. Sama juga dengan Azmin Ali dia akan kekal dengan masalahnya kerana Anwar sayang dia. Masalah yang wujud di Selangor pun kerana Anwar sayang Azminlah!!
Lihat Cg Pas masih jadi Pengerusi Harakah semenjak Harakah ada jawatan itu lebih drp 25 tahun!!!!!
Fenomena sama akan berlaku dalam PKR jika Azmin dah jadi 'tunggul yang tak boleh diubah'.
Saya baca tulisan W. Fauzdin NS pasal pemilihan ini, saya berbeza dengan beliau pasal saya rasa sebenarnya TSKI adalah orang politik yang bijak dan jujur... sifat ini tidak ada pada Azmin.
Demi kebaikan PKR, sebelum PKR terkubur (maaf mungkin kasar tetapi itu hakikatnya) PKR perlu ada kepimpinan yang telus dan jujur dalam politik. Ini juga menjamin kerjasama baik dalam Pakatan Rakyat terutama dengan PAS. Sejarah menunjukkan PAS boleh malah terlalu bertolak ansur dalam mana-mana kerjasama tetapi PAS juga menjukkan sikap tegas dalam hal-hal yang merosakkan kerjasama.
Tulisan W. Fauzdin NS di rujuk untuk artikel ini.
TIMB PRESIDEN PKR - AZMIN VS KHALID, AKU HARAP ADA TOKOH KE TIGA
TEKA-TEKI kini hampir terjawab iaitu Azmin tetap akan dicabar di dalam pemilihan PKR nanti. TS Khalid telah menyatakan kesediaannya untuk menentang Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR. Ramai yang bertanya aku siapakah yang aku akan sokong di antara kedua mereka.
Jawapan aku, tidak cukup hanya menamakan TS Khalid untuk mencabar Azmin. Aku suka TS Khalid sebagai MB Selangor di dalam bab pengurusan dan pentadbiran seperti korporat tetapi menolaknya sebagai orang politik. Ertikata lain, TS Khalid hanya aku yakini sebagai pengurus ekonomi. Menjadi MB tidak cukup hanya sekadar pakar ekonomi tetapi mesti cekap berpolitik iaitu membaca langkah politik pihak lawan samada di dalam mahu pun di luar.
Justeru itu, aku masih mengharapkan orang ketiga iaitu orang politik yang bijak untuk merampas kedudukan Azmin. Memang Azmin orang politik, tetapi Azmin terlebih 'politing' maka itu pun tidak baik untuk parti. Memilih Timbalan Presiden mesti lah orang politik yang tidak terlebih berpolitiking. Azmin belum ada di dalam senarai yang aku akan pilih, tetapi jika tiada lain calon orang politik yang tampil untuk menentangnya, maka Azmin lah satu-satunya orang politik yang ada di jawatan itu.
Baik atau buruknya Azmin, itulah tokoh politik yang PKR ada di kedudukan nombor dua. Khalid tidak sesuai ke jawatan itu walaupun berbekalkan ketelusan dan ilmu korporatnya. Mentadbir parti tidak boleh seperti mentadbir syarikat.
Sehingga kini aku harapkan ada 'kuasa ajaib' yang akan menurunkan seorang tokoh politik yang setia kepada parti dan bijak menguruskan parti serta tahu membaca tipu muslihat Umno, tidak seperti TS Khalid. Jika tiada, berat juga rasa hati aku untuk menyokong Azmin tetapi terpaksa juga aku pilih dia.
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan