Timbalan Perdana Menteri kata perjanjian air yang dimeterai dalam Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Putrajaya dengan Selangor tidak boleh terbatal. Pakar perundangan Syahredzan Johan menolak kata boleh batal.
Timbalan Perdana Menteri guru kena tukar dia tak tahu. Rasanya pasal penjanjian air ini lagi dia tak tahu. Yang penting ada yang minta dicepatkan sebelum PRK Kajang.
Saya percaya Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) seorang yang bijak politik walaupun ramai rakan-rakan PKR sendiri kata Tan Sri Khalid tak tahu politik dia hanya orang ekonomi pasal itu jawatan Menteri Besar Selangor harus diberi kepada orang lain.
Saya juga percaya dan yakin bahawa TSKI mengambil kesempatan dalam hal ini untuk selesaikan masalah air di Selangor. Rekod pentadbiran di Slangor menunjukkan TSKI mengutamakan kepentingan rakyat lebih daripada yang lain.
Krisis kepimpinan di Selangor juga berpunca daripada sikap ini, iaitu sikap menjaga kepentingan kewangan Selangor. Beberapa orang yang dpecatjuga diihat adalah untuk kepentingan rakyat bukan kepentingan diri TSKI.
Saya percaya TSKI lebih mengetahui pasal perjanjian itu daripada orang yang membuat ulasan kerana TSKI tak sebodoh itu membuat sesautu keputusan. Jelas dan nyata TSKI adalah seorang yang cukup smart dalam politik menyangkal pendapat kata TSKI tak bijak.
Petikan daripada TMI berkeadaan tajuk di atas.
Persetujuan persefahaman (MoU) Putrajaya-Selangor bagi pengambilalihan aset air negeri dan pembinaan loji rawatan air nampaknya ada yang tidak kena.
Pertama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini
mengatakan MoU yang ditandatangani Rabu lepas sebagai perjanjian yang
mengikat, walaupun Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzukefly Ahmad mengatakan
ia tidak begitu, bukan seperti memorandum perjanjian (MOA)
Dan apabila kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak kena, mesti ada sesuatu tidak kena.
Para peguam juga turut serta dalam isu ini, mengatakan MoU bukanlah sebuah perjanjian yang mengikat, kerana ia bertujuan menampakkan keinginan pihak yang ingin berusaha menuju ke matlamat yang sama.
"Kebiasaannya (MoU) ditandatangani apabila dua pihak hendak bekerjasama tetapi tidak mahu perjanjian yang mengikat antara satu sama lain," peguam Syahredzan Johan memberitahu The Malaysian Insider.
"Bagaimanapun saya katakan ini sebagai seorang yang masih belum melihat kandungan MoU yang ditandatangani kerajaan negeri Selangor dan Putrajaya."
"Apa yang penting sekarang adalah kandungan dokumen tersebut, bukannya labelnya. Kita boleh sahaja memiliki dokumen perjanjian yang terikat, dan masih memanggil dokumen itu MoU," kata Syahredzan.
Peguam itu meneliti kandungan utama MoU tersebut dan mengatakan, "Saya rasa MoU yang ditandatangani Selangor dan Putrajaya ini lebih berkait kepada pengambilalihan konsesi air dan kelulusan pembinaan loji rawatan air Langat 2."
Untuk memastikan dua komponen tersebut berjaya, Syahredzan berkata perlu ada perjanjian undang-undang untuk mengambil alih konsesi air tersebut dan untuk membina loji rawatan air RM1.2 bilion di Langat, Selangor.
Adakah MoU itu akan luput jika salah satu komponen tersebut tidak berjaya? Dan adakah MoU ini punyai jangka masa untuk siap bagi setiap komponen? Hanya satu perkara yang jelas kepada rakyat, bahawa kerajaan Selangor perlu meluluskan Langat 2 sebaik tender pembinaan dikeluarkan.
Akhirnya adakah ini hanya tentang siapa yang akan bermanfaat daripada kontrak pembinaan tersebut?
Sementara ahli perniagaan boleh bergembira dengan pampasan RM9.65 bilion yang mereka perolehi daripada empat pemegang konsesi, yang lain pula dapat bergembira kerana terdapat satu lagi projek infrastruktur yang dapat memberi manfaat selepas lima tahun tawar-menawar.
Laporan media tahun lepas mengatakan ketiga syarikat ini – Salcon Bhd, MMC Corp Bhd dan Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) – terpilih dalam senarai untuk membina loji rawatan air Langat 2 yang bernilai RM1.2 bilion itu.
Terowong pemindahan air Pahang-Selangor sudahpun dibina menggunakan pinjaman faedah rendah RM2 bilion daripada Japanese International Cooperation Agency (JICA) yang mempunyai pelan pembayaran 40 tahun bagi terowong yang melalui pergunungan Titiwangsa sepanjang 45km itu.
Selain itu, seluruh projek itu juga melibatkan pembinaan empangan dan rumah pam di Pahang, dan loji rawatan air di Selangor dengan jumlah keseluruhan RM7 bilion.
Sementara mereka yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur akan bermanfaat daripada projek ini apabila ia siap pada tahun 2007, para pengkritik berkata loji rawatan air Langat 2 hanya boleh membekalkan kapasiti air sehingga 2025 dan kemudian kerajaan akan memerlukan lebih banyak loji dan empangan di kawasan yang paling padat dalam negara ini.
Ini juga bermakna lebih banyak lagi projek pada masa akan datang, dan lebih kos.
Melainkan Putrajaya dan Selangor juga bersetuju dan bertegas konsesi air patut ambil langkah memotong kobocoran yang mengakibatkan lebih banyak bahagian air tidak terhasil (NRW).
Memanglah ada keperluan untuk air terawat untuk memenuhi permintaan populasi yang semakin meningkat, tetapi dalam tergesa-gesa memenuhi permintaan itu, kerajaan juga patut mencari jalan memulihara air kerana lebih banyak projek hanya bermakna pembayar cukai perlu menanggung bebannya manakala syarikat pula dapat menikmati keuntungannya.
Muhyiddin juga berkata hari ini, "MoU antara kerajaan negeri dan persekutuan adalah bagi manfaat rakyat untuk mengatasi krisis air di Lembah Klang dengan pembinaan loji rawatan air Langat 2."
Ini akan mengambil masa lagi 3 tahun.
Dan kita tidak dapat lihat di mana-mana dalam MoU itu tentang bagaimana untuk menghentikan kebocoran dan NRW.
Jika ahli politik PKR dan Barisan Nasional (BN) fikir mereka sedang membantu Selangor dengan perjanjian ini, fikirkan semula.
Yang untung dalam hal ini hanyalah para kontraktor. – Malaysian Insider
0 comments:
Catat Ulasan