Bomoh Dah Ramal: Pemimpin AMK setuju tak terus saman Hadi

Rabu, 5 Mac 2014


"Tahi nah" kerana misi dan visi saman telah berjaya mencapai matlamat. Dah sampai misi 'permainan' kira games over. Bomoh politik pun tahu visi dan misi tersebut. Baca artikel saya berkenaan perkara ini dalam tajuk "Siapa Dalang Dalam Isu Penghakiman Ingkar Presiden PAS??" di sini.

Tulisan ini adalah berkenaan dengan artikel di bawah. (Gambar di atas adalah Abdul Rahman Yusof Setpol Anwar Ibrahim juga merupakan AMK Kemaman, Terengganu pada dasarnya tak ada kaitan...)


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon agar kes saman dua juta melibatkan presiden PAS dan ahli PKR tidak diteruskan bagi menunjukkan semangat setiakawan Pakatan Rakyat.

Menurut Anwar (kiri), beliau dan PKR telah menemui sendiri pihak keluarga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun Mohd Shamsul Mat Amin yang menang kes saman fitnah RM2 juta kerana penghakiman ingkar bulan lalu.


"Kita nasihatkan kes ini tidak wajar diteruskan kerana ia bukan saja libatkan sahabat tapi pimpinan Pakatan Rakyat.

"Saifuddin dah temui beliau (Shamsul) minta untuk tak teruskan dan beliau setuju dan saya sendiri dah jumpa ayah beliau dan beliau setuju," kata Anwar.

Pada 24 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengarahkan Abdul Hadi membayar saman berjumlah RM2 juta dalam penghakiman ingkar yang diperolehi Mohd Shamsul.

Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5 peratus faedah dari writ yang difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas Abdul Hadi gagal untuk memfailkan writ bagi menangkis dakwaan Mohd Shamsul.


Kalau tak faham juga rantaian artikel di atas nak buat macam mana!!

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan