Tidak ada yang murtad dalam tempoh 10 tahun Satu Kenyataan Bodoh

Isnin, 24 Mac 2014


Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) memberitahu Dewan Rakyat tidak ada penganut agama Islam termasuk saudara baru yang murtad direkodkan dalam tempoh 10 tahun ini.


Menurut menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, dalam tempoh 10 tahun ini Mahkamah Syariah langsung tidak menerima permohonan untuk keluar Islam.

Bagi saya ini satu kenyataan bodoh. Kalau polis dan pegawai pencegah maksiat tak tangkap dan tak buat serbuan, tak cari orang berzina, rasanya kita boleh sebut 10 tahun kebelakangan ini tak ada orang berzina sebab tak yang mengaku berzina seperti yang kita dengar dalam sirah Nabawiyyah seorang yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w. dia berzina.

Kalau kita jumpa bayi dalam tong sampah atau di tepi masjid itu adalah bayi mereka yang kahwin tapi tak suka anak.. kan logik macam tu!

Kalau nak dibahas secara lebih terperinci, kita ambil contoh wuduk ada perkara yang membatalkan wuduk, begitu juga iman ada yang membatalkan iman sebab itu kita dengar iman itu turun naik pagi seorang seseorang itu mukmin petang dia kufur dan sebaliknya.

Kalau diteliti batas iman dan kufur, ramai pemimpin UMNO pun murtad sebab ucapannya banyak mempersendakan Islam. Ini mungkin Datuk Seri Jamil Khir Baharom belum belajar habis!

Tulisan ini mengulas berita di bawah:-

Setakat ini tiada penganut Islam termasuk saudara baru yang keluar daripada Islam, tegas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ini, katanya, berdasarkan rekod, tiada permohonan untuk keluar Islam dibuat di Mahkamah Syariah.

Dalam jawapan bertulisnya, Jamil bagaimanapun berkata terdapat permohonan menentukan status agama yang dipohon oleh individu berikutan kekeliruan pada sijil kelahiran, kad pengenalan atau sijil akuan memeluk Islam.

"Mahkamah Syariah akan menimbang permohonan tujuan menentu status agama dalam keadaan berlakunya kekeliruan semasa pendaftaran nama terutama di negeri Sabah dan Sarawak di mana nama mereka seperti nama orang beragama Islam tetapi mereka bukan beragama Islam," kata Jamil.

Jamil (BN-Jerai) berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) mengenai jumlah orang Muslim-Melayu yang keluar daripada Islam dalam tempoh 10 tahun lalu.

Bagi menjawab soalan Ko berhubung jumlah bukan Islam yang memeluk Islam, Jamil berkata maklumat yang tepat hendaklah dirujuk kepada jabatan agama atau majlis agama Islam negeri-negeri.

Beliau berkata pendaftaran masuk Islam berada bawah kuasa jabatan dan majlis itu, seperti yang termaktub dalam Senarai 2 Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

"Dalam konteks ini, bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengikut rekod Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), bilangan orang yang memeluk Islam bagi tempoh 2008-2012 adalah seramai 4,520 orang," kata Jamil.

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

Ulama bangsat umno. ..si jamil khir... memalukan umat islam.. pecacai pengampu umno. Nama jer ustaz..taik kucing..m

alba berkata...

Masaalah jugak kalau ada menteri macam ni yek?

Unknown berkata...

Bila kesenangan dunia jdi pegangan...agama akn lari mninggalknnya...

Tanpa Nama berkata...

klu betul2 nak buat kerja, mai sini dtg sabah cari org murtad .......

Tanpa Nama berkata...

Tadak org islam yg murtad? Bodoh bangang jamil khir ni. Yg tuhan harun dan kassim ahmad tu ape citer?

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan