Objek dikesan satelit China juga tidak ditemui, sekali lagi kita seolah-olah tertipu!

Ahad, 23 Mac 2014


Misi pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi berdasarkan satu objek yang dikesan oleh
satelit China berukuran 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar juga tidak dijumpai.

Sebelum ini satelit Australia memaparkan 2 objek dan misi pencarian juga dikatakan gagal menemui dengan beberapa faktor antaranya cuaca yang tidak baik dan pihak Australia telah membuat satu kenyataan mungkin objek itu sudah tenggelam.

Ini membuatkan Malaysia telah meminta bantuan peralatan daripada US untuk pengesan laut dalam yang dikatakan dalamnya lebih daripada 4 x KLCC.Kalau kita belajar tentang fizik, tentang obit, tentang hukum kepler kita mesti tahu tentang pengorbitan satelit yang mana kalau paling dekat dengan bumi satu pusingan mengambil masa 90 jam. Saya juga difahamkan gambar yang ditunjuk oleh pihak Australia itu diambil 16 Mac yang lalu.

Berita yang dikeluarkan oleh bernama hari menyatakan tentang kegagalan misi pencarian ini.


 "Misi pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi gagal menemui objek yang imejnya dicerap oleh satelit China, meskipun operasi semalam meliputi lokasi objek itu dikesan.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam kenyataannya di Kuala Lumpur hari ini, berkata AMSA menggunakan maklumat yang disalur oleh China itu untuk memeta plot pencarian.

Hari ini, pencarian dibahagikan kepada dua, dalam kawasan yang sama meliputi keluasan 59,000 kilometer persegi, kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth, kata kenyataan itu.

Sebanyak lapan pesawat dikerah melaksanakan operasi hari ini termasuk empat pesawat awam iaitu dua Bombardier Global Express serta sebuah Gulfstream 5 dan Airbus 319.

Satu daripada pesawat awam terbabit berlepas dari Perth kira-kira 9 pagi, manakala tiga lagi dijadual berlepas antara pukul 11 pagi hingga tengah hari.

Menurut kenyataan itu pesawat P8 Poseidon milik tentera udara Amerika Syarikat berlepas pada pukul 11 pagi, manakala sebuah P3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) berlepas pada 11.45 pagi.

"Sebuah lagi P3 Orion RAAF akan menyusul pada 2 petang," kata kenyataan itu yang menambah P3 Orion milik tentera udara New Zealand akan berlepas pada 4 petang.

Kenyataan itu juga menyebut kapal tentera laut Australia HMAS Success turut menjalankan aktiviti pencarian hari ini.

"Sebanyak 20 sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negeri (SES) dari Australia Barat ditugas sebagai peninjau bagi pesawat awam hari ini dengan lima orang bagi setiap pesawat, selain seorang Penyelaras Misi Penerbangan Aerorescue," kata kenyatan itu.

Dua pesawat tentera dari China Ilyushin Il-76 sudah tiba di Pangkalan Pearce RAAF dan AMSA dimaklumkan pesawat terbabit sedia untuk dikerah esok"


Sebelum ini ada pakar menyebut serpihan baru ini mungkin sayap MH370. Kita juga disebut tentang kos untuk pencarian ini adalah 10 juta, itu bergantung berapa kerap penerbangan dibuat.

Dalam beberapa hal kita seolah-olah 'tertipu' dengan maklumat yang diberikan dan akhirnya kita hampa. Memang kita faham pencarian MH370 bukan perkara yang mudah kerana maklumat sedia ada tidak memberikan sebarang pertunjuk kepada kita di mana sebenarnya MH370.

MH370 memberikan kepada satu tanggapan baru bahawa dunia canggih sebenarnya gagal. Dulu kita digemburkan kononnya satelit boleh melihat sepucuk pistol kerana kecanggihan teknologi, tapi hari ini kita tahu bahawa itu adalah omong-omong kosong dan tidak pratikal pada realiti sebenar,

Kita juga sedar bahawa negara kita cukup lemah dengan keselamatan sedangkan kita telah diberi info kononnya sebahagian besar wang negara telah dibelanjakan kearah itu.

Rakyat Malaysia perlu sedar dan Insaf untuk demi masa depan negara, siapa yang harus diketengahkan!

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

memang kena tipu dari awal. ..

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan