Jumaat, 7 Mac 2014
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan Penerbitan
terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power' kerana didapati mengandungi
unsur-unsur boleh memudaratkan ketenteraman awam. Itu berita yang diterbitkan oleh Bernama. Berita ini dipetik oleh beberapa portal lain termasuk Malaysiakini. Keliru dan banyak pentafsiran dibuat.
Ultraman hero penyelemat dunia sekarang menjadi ancaman awam?? Malaysiakini dengan videokini juga soalah-olah tak faham maksud sebenar.(rujuk di sini)
Berita bernama yang dimaksudkan adalah:-
Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan
terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power', yang didapati mengandungi
unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.
Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.
Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu
berkuatkuasa 18 Februari lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak
dan Penerbitan 1984.
"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta
Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak,
mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar,
mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya
bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan,"
menurut kenyataan itu.
Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara
tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau
kedua-duanya.
Manakalah blogger dan facebooker pula membuat macam-macam telahah sinikal daripada maksud pemberitaan bernama ini.
Blogger buat joke... Ini punca mungkin ultraman mengacam ketenteraman awam.
Sebenarnya hanya satu buku sahaja (lihat gambar atas) di haramkan kerana penterjemahan buku itu ke bahasa Malayu mungkin menggunakan google dan hingga nama Allah juga terkait sebagai kekuasaan ultraman.
Tolonglah jangan buat rakyat terkeliru. Sudah banyak isu kita tak faham kerana cara pemberita yang tidak tepat dan jujur.
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan