Ahad, 30 Mac 2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Pelan
Induk Pembangunan Perdana Quay di Teluk Burau di sini dan melahirkan
harapan untuk melihat tiga juta pelancong akan mengunjungi Langkawi
setiap tahun dan menyumbang RM3.8 bilion kepada ekonomi.
Beliau berkata pelancongan adalah elemen utama Program Transformasi
Ekonomi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi
menjelang tahun 2020.
“Saya mahu melihat ketibaan 3 juta pelancong ke pulau ini setiap
tahun, membawa RM3.8 bilion kepada ekonomi dan melahirkan
sekurang-kurangnya 4,200 pekerjaan baharu kepada rakyat Malaysia,”
katanya semasa pelancaran itu.
DS Najib sedar tak??
1. Tiket penerbangan Malaysia Airlines (MAS) diboikot agensi pelancongan atas talian China kerana tidak berpuas hati dengan cara mereka mengendalikan insiden MH370.
2. Agensi popular China seperti eLong, LY.com dan Qunar didapati tidak lagi menjual tiket MAS, menurut laporan laman berita agensi South China Morning Post.
3. Perniagaan hotel dan pusat peranginan terjejas dalam jangka masa pendek walaupun bukan untuk
jangka panjang menurut Pengarah Eksekutif Berjaya Hotels and Resorts Leong Wy Joon.
4. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, bercakap di Dewan Parlimen 24 Mac berkata, insiden pesawat hilang tersebut menyebabkan jumlah pelancongan luar terutama dari China, berkurangan secara mendadak. Beliau tidak dapat dinafikan insiden MH370 memberikan kesan besar kepada sektor berkenaan. Ekoran itu, Nazri berkata, kementeriannya telah membuat keputusan untuk menangguhkan promosi ‘Tahun Melawat Malaysia’ bagi menghormati perasaan ahli keluarga penumpang serta anak kapal MH370.
5. Litar Antarabangsa Sepang (SIC) turut sama-sama merasai kesan tragedi MH370. Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali mengakui penjualan tiket F1 tahun ini tidak begitu memberangsangkan.
Semua yang saya tulis di atas menjadi lebih parah apabila DS najib membuat rumusan "MH370 berakhir di lautan Hindi"
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan