Negara perlu aset teknologi tinggi.. Ada peluang UMNO kebas duit rakyat lagi!

Isnin, 31 Mac 2014


Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Dr Noordin Ahmad, berkata sejak kejadian kehilangan MH370 negara menjadi bertambah matang dalam menghadapi situasi ini dan keperluan terhadap aset berteknologi tinggi adalah penting.

“Pelancaran satelit penderiaan jauh RazakSAT-2 pada 2016 dilihat dapat membantu negara merakam imej khususnya untuk tujuan perancangan pembangunan tetapi dapat juga digunakan bagi menghadapi insiden seperti kehilangan pesawat dan bencana.


Manakala Datu Hishammuddin pula berkata "Malaysia telah membuat keputusan amat berani untuk memaklumkan mengenai keupayaan pertahanan negara, Dan kini (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) perlu mencari wang untuk saya menukar sistem radar kita kerana seluruh dunia kini sudah tahu keupayaan pertahanan negara dari segi radar."

Kita tahu RazakSAT telah dilancarkan di Pulau Omelek, Kwajalein di Republik Kepulauan Marshall pada tahun 2006 dengan kos 134 juta.


RazakSAT seberat 180 kilogram telah melalui dua fasa pembinaan iaitu model kejuruteraan dan model kelayakan mampu menghasilkan imej pankromatik dengan resolusi 2.5 meter dan imej panca spektra lima meter.

Kedua-dua ciri ini antara lain akan digunakan untuk melakukan pemetaan prasarana, memantau laluan perkapalan, melakukan pemetaan geologi dan memantau ekosistem marin.

RazakSAT akan ditempatkan 600 kilometer (km) atau 700 km dari bumi dalam kedudukan Orbit Hampir Khatulistiwa (NEO).

Satelit itu mempunyai kemampuan pencerapan ke bumi sejauh 600 km dari angkasa dan berupaya memantau sebarang bentuk penerokaan hutan secara berleluasa menerusi penghantaran imej yang lebih kerap berbanding TiungSAT-1.

Selain berupaya memantau sebarang aktiviti alam sekitar lain termasuk cuaca dan iklim, RazakSAT juga boleh mengesan objek setinggi 2.5 meter iaitu bersaiz sebuah bas atau lori di bumi.

Tapi malang keupayaan RazakSAT yang dibanggakan itu tidak mempunyai apa-apa fungsi dalam pencarian MH370.

Sama juga dengan kapal selam Scorpene sebelum beli dikatakan boleh membuat  Search & Rescue Subs tetapi bila nak guna kata hanya untuk Search & Destroy subs.

Akhbar-akhbar pengampu akan memuji dan melambungkan keupayaan aset yang dibeli oleh kerajaan dengan kos yang tinggi sedangkan aset berkenaan adalah "sampah" daripada negara barat. Kerana penyelewengan dan rasuah negara menghabiskan duit untuk sampah ini!!


Scorpene juga tidak berfungsi dalam keadaan genting pencarian MH370. Hanya kita tahu skandal demi skandal pasal pembelian ini.

Akhbar Suara Keadilan telah mendedahkan dua bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah sebelum itu dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Saya melihat dalam keadaan negara memerlukan pakar dan aset tinggi demi keselamatan dan kesejahteraan ada kesempatan daripada puak UMNO yang rakus dan zalim untuk mengkhianati kepercayaan rakyat demi untuk memuaskan nafsu haloba mereka.

Negara tidak akan aman selagi ada pemimpin yang menerajui negara bukan untuk rakyat tetapi untuk tembolak mereka dan orang-orang yang berkepentingan bersama mereka (kroni)!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan