Sarah Bajc kekasih Philip Wood percaya pesawat MH370 tidak terhempas

Ahad, 30 Mac 2014


Sarah Bajc kekasih kepada Philip Wood yang dikatakan menghantar masej meminta pertolongan (saya dah tulis sebelum ini - baca di sini) percaya pesawat itu tidak terhempas.Dalam temuramah dengan saluran BBC News dia mengatakan dia merasakan "seolah-olah wujud motif lain" di sebalik kehilangan pesawat tersebut.

Katanya lagi “Setiap jenayah mesti ada niat dan motif di sebaliknya. Terdapat 30 jurutera pertahanan dalam pesawat itu dengan kemahiran yang unik. Mereka boleh menjadi sesuatu yang berharga untuk mana-mana negara yang mencari kelebihan untuk peralatan tentera mereka".

Sarah Bajc berpendapat ada banyak motif disebalik kehilangan MH3700 tetapi dia tidak nampak ada motif untuk seseorang membuatkan pesawat terhempas.

Sarah Bajc berkata dia tidak memiliki sebarang kepakaran dalam membuat kenyataan ini tetapi berdasarkan "common sense". Tetapi katanya pandangannya juga banyak disuarakan pakar penerbangan dalam laman Facebook yang diwujudkan dengan nama ‘Finding Philip Wood’.

Sarah Bajc berkata ramai memberi pandangan pesawat itu dirampas, bukannya terhempas. Jadi saya pelik mengapa usaha pencarian hanya tertumpu di lautan.

Saya percaya ada sesuatu berlaku disebaliknya dan ramai merasakan kerajaan cuba mengelirukan kami,” katanya mengakhir temubuat berkenaan.



Manakala Datuk Hishammuddin Hussein menafi mengenai spekulasi yang kononnya MH370 mendarat di Diego Garcia. dalam temubualnya dengan media. Lihat youtube di bawah:-



@ jika youtube bermasalah dilihat di sini http://www.tv3.com.my/beritatv3/news-MAS/Spekulasi_Orang_Ramai_Disentuh.html

Kita belum pasti kebenarannya selagi serpihan atau mayat tidak ditemui..




0 comments:

Catat Komen

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan